Kelly 3572

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam yang tertengok/terbaca entry ni. Maaf zahir dan batin! 
tengah rajin la ni...
Kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, selamat bercuti. Dan kepada semua pengguna jalan raya tak kira ke mana saja destinasi dengan tujuan yang baik, berhati-hatilah selalu. Malang dan malam tak berbau...
sampul duit raya Malaysia Airlines 2013
Sekarang ni memang tengah banyak entry tertangguh dan terbengkalai. Bukan malas, tapi tak cukup masa! Ni semua kerja punya hal la ni. Tension tu memang tak boleh nak digambarkan, tapi sebab bulan Ramadhan masa tu, jadi aku berjaya la kawal Templer Park (temper) aku tu daripada meletup! Kena sangat banyak bersabar di atas setiap dugaan yang diberi.
ulangtahun pertama MAS beroperasi dengan Airbus A380-800
Jaga kesihatan masing-masing, jangan makan sesuka hati je. Pilih makanan yang berkhasiat, kurangkan makanan yang bersantan, berminyak, pedas, masin dan manis di setiap masa. Jadikan bulan Syawal ni sebagai langkah permulaan untuk kita semua menjaga kesihatan dengan lebih baik, terutama sekali corak pemakanan kita! Serius dah macam dietitian dah aku cakap!
spotting @ 1709hrs - tak pasti MAS1,2,3 or 4 (A380) LHR-KUL on descent FL +/-100 over N 2.937507, E 101.751588 (Bangi
Entry raya ni jugak aku ambil kesempatan untuk display sampul duit raya Malaysia Airlines yang aku dapat tahun ni. Katanya ni pertama kali MAS kuakan sampul duit raya. Bagus la jugak... Dah dapat sampul ni pun, macam la aku ada duit nak isi ke dalamnya... sampul kosong je la... kosong...kosong...koooosong!

Apa-apapun, semoga Ramadhan yang telah ditinggalkan dapat memberi sekurang-kurangnya sedikit manfaat dan pengajaran kepada kita semua, dan yang paling penting sekali, marilah kita berdoa agar Ramadhan kali ni bukan yang terakhir buat kita semua. Amin. 

Salam Aidil Fitri untuk semua dan selamat bercuti!

10 comments:

aby said...

salam mijoe ..
Selamat Hari raya dan maaf zahir batin ..
tema baju melayu pun ngikut sampul tu juga ker!!
apapun berhati hati dijalan raya utk mijoe sama ..

zurasayang77 said...

salam... klau ada lebey, nk mntk smpul duit raya mas tu 2 kping ;-)

Mijoe said...

salam Aby

selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

saya tak selalu beli baju raya, tapi tahun ni ada la terbeli, baju berkonsepkan corak kain pelikat..ha ha...kalau ada masa nanti saya buat entry ha ha...

Mijoe said...

salam Zura,

kalau nak boleh, sila emailkan address ande ok... :p

zurasayang77 said...

Mijoe... thanks for reply :D Boleh bg sy email address? Email add sy ~ hazural@gmail.com

Thanks!!

Mijoe said...

salam Zura..

please check your email.

TQ

Ninie Hanis said...

Salam uncle Mijoe,

Amboi..cantiknya sampul.Fahim kata simpan satu kat dia,thn depan dia balik nak salam ngan uncle Mijoe.*tak malu kan hewhew..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin. Silalah update cite raya ye.

Mijoe said...

Salam Mommy Fahim.

kalau utk Fahim, 2-3 sampul pun uncle mijoe boleh simpankan..tapi yang berisinya satu je la...he he...don't worry Fahim ye, mesti ada utk Fahim!

Tahun depan nak raya kat mesia ke? :)

Cerita raya takde sangat la Ninie buat masa ni...kalau ada yang gempak nanti akan diwarwarkan di sini ok :)

zurasayang77 said...

thanks for the 'sampul' :D

Mijoe said...

oo dah terima ek? ok...lega..
you're welcome! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...