Kelly 3572

Wednesday, August 21, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah...

Assalamualaikum

Takziah kepada keluarga mangsa eksiden yang terbunuh kat km3.6 Jalan Genting Highland - KL jam 1430hrs tadi. Setakat berita kat Astro Awani dan Nightline TV3 tadi, dah disahkan 37 orang menemui ajal; termasuk pemandu bas malang tu, 16 cedera pelbagai tahap; semoga mereka akan selamat... Amin.

Sedih, tu yang merajinkan diri buat entry ni walaupun mesti semua orang dah sedia maklum. Aku dapat tahu pasal kejadian ni pukul 5 petang tadi, itupun sebab bila bukak blog, ternampak post ringkas blog Ondscene pasal kemalangan ni. Terus cepat-cepat nak balik tengok berita pukul 8 malam sebab nak tahu perkembangan terkini. Masa baca Ondscene tu, belum tahu seteruk mana kemalangan tuh sebab Bro Ondscene pun masa tu kat lokasi kejadian belum dapat berita penuh.

Seingat aku la, memang ni la eksiden yang meragut nyawa paling banyak kat Malaysia setakat ni. Untuk fakta yang lebih detail, boleh la klik blog Ondscene ni ya. Sumber yang reliable. Semoga takde lagi eksiden macam ni atau eksiden-eksiden lain berlaku kat Malaysia, Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...