Kelly 3572

Saturday, July 20, 2013

11 Ramadhan 1434

Assalamualaikum

Petang tadi terjebak kat kedai letrik area Danau Kota. Bukan terjebak la to be honest, menjebakkan diri. Wifey dah lama sangat nak merasa layan Running Man kat rumah sendiri. Kalau tak mesti browse kat internet, ataupun tunggu balik kampung dan jugak tengok kat RTM2 hari Sabtu pukul 4 petang untuk menghiburkan hati. Aku pun join sekali la tu, sekali sekala... bukan selalu!

Bila dah termasuk kedai tuh, mula la survey-menyurvey skrin tv mana paling berbaloi dan mampu untuk disambar. Sambil-sambil Chen the promoter sibuk explain segala jenis pro and cons setiap make and model, sempat jugak tanya-tanya pasal site yang dia selalu download Running Man. Kebetulan pulak tu Chen pun layan Running Man! Sempat la aku snapped gambar Chen bagi tutorial cara nak playback downloaded Running Man file kat smart tv tuh.
promote TV ke promote Running Man ni?
Di akhir kejadian petang tadi, sebijik tv dan jugak Android Player telah berjaya diangkut bawak balik ke rumah! Lepas ni kena la subscribe Beyond kot, baru puas hati tengok Running Man, EPL matches dan jugak segala jenis rancangan kat tv tuh.

Korban nafsu di bulan puasa la ni...

2 comments:

aby said...

Running man yg rncangan Korea tu ke.
Anak2 sume layan crita tu. Siap depa tu recordkan ls. Utk ulang tngok

Mijoe said...

a'a Aby. Wife saya la yang peminat setia Running Man tu. Tapi saya pun join jugak...ha ha. Mesti Aby pun join anak2 tengok jugak kan sekali-sekala... he he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...