Sunday, July 21, 2013

12 Ramadhan 1434

Assalamualaikum

Oleh sebab aku ni suka sangat dengan sotong sumbat a.k.a ketupat sotong, maka hari ni wifey pun cuba la buat eksperimen sotong sumbat untuk suaminya yang tercinta ni. Hasilnya? 
ini lah paras rupa sesutun yang aku duk gila-gilakan tu...
Untuk first-timer macam wifey ni bagi aku sangat la not bad. Rasa macam bukan orang yang pertama kali buat sotong sumbat ni. Wifey cilok resepi kat internet je. Tapi rugi la jugak wifey sebab dia tak makan sangat pun sebab ada pulut kat dalam perut sutun tuh. Dia makan 2-3 ekor je sutun tuh, yang lain semua selamat hadam dalam perut aku.
jemput makan...
Good job my darling, nanti rajin-rajin buat la lagi! Kita beli sotong yang besar dan ada telur kat dalamnya tuh. Mesti lagi best!

Saturday, July 20, 2013

11 Ramadhan 1434

Assalamualaikum

Petang tadi terjebak kat kedai letrik area Danau Kota. Bukan terjebak la to be honest, menjebakkan diri. Wifey dah lama sangat nak merasa layan Running Man kat rumah sendiri. Kalau tak mesti browse kat internet, ataupun tunggu balik kampung dan jugak tengok kat RTM2 hari Sabtu pukul 4 petang untuk menghiburkan hati. Aku pun join sekali la tu, sekali sekala... bukan selalu!

Bila dah termasuk kedai tuh, mula la survey-menyurvey skrin tv mana paling berbaloi dan mampu untuk disambar. Sambil-sambil Chen the promoter sibuk explain segala jenis pro and cons setiap make and model, sempat jugak tanya-tanya pasal site yang dia selalu download Running Man. Kebetulan pulak tu Chen pun layan Running Man! Sempat la aku snapped gambar Chen bagi tutorial cara nak playback downloaded Running Man file kat smart tv tuh.
promote TV ke promote Running Man ni?
Di akhir kejadian petang tadi, sebijik tv dan jugak Android Player telah berjaya diangkut bawak balik ke rumah! Lepas ni kena la subscribe Beyond kot, baru puas hati tengok Running Man, EPL matches dan jugak segala jenis rancangan kat tv tuh.

Korban nafsu di bulan puasa la ni...

Saturday, July 13, 2013

Pajam-KUL-Selayang-Pajam

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan ni ingatkan nak la berehat je kat rumah masa hujung minggu macam ni, tapi hari ni ada panggilan pulak tentang kematian seseorang kat Selayang. Hmm, pergi mengadap Ilahi di bulan Ramadhan ni memang nampak macam lebih istimewa rasanya. Teringat pulak arwah bapa mertua yang pergi dalam bulan yang sama 7 tahun yang lepas. Al-Fatihah.

Sebelum ke Selayang, kena ke KLIA dulu untuk amik drebar yang baru sampai dari BKI. Seronok ni kalau dapat gi airport ni. Sampai kat KUL, parking dulu kat tepi jalan sementara menunggu drebar selesai urusan kerjanya kat dalam airport tuh. 
1453hrs XAX D7 522 KUL-HND departing from rwy32R
Saja je sampai lebih awal supaya dapat buat aktiviti skodeng kat pertengahan rwy32R. Hasil tangkapan hari ni tak banyak mana pun. Dapat la tangkap 2 ekor bas udara AXM dan XAX. Lagipun gambar dengan camera-phone yang tahap sederhana ni takde la menghasilkan gambar yang setaraf DSLR. Cukup la dengan apa yang ada.
1455hrs; port melepak dan skodeng hari ni...
Selepas menjemput drebar kat arrival hall, terus ke Selayang untuk ziarah wifey's aunt yang kematian ahli keluarganya. Pukul 1700hrs terus gerak balik ke Pajam; singgah di R&R Nilai untuk solat Asar dan singgah sekejap kat pasar remdan Nilai berhampiran bekas bangunan matriks UIA tu. Menarik jugak menu-menu kat pasar ni. Aku dah terjumpa dengan satu gerai jual murtabak yang agak sedap. So, mungkin esok kena datang lagi la ke pasar ni...
1456hrs: mungkin AK1452 KUL-SGN...Airbus A320

Thursday, July 11, 2013

Sotong Sumbat a.k.a Ketupat Sotong

Assalamualaikum

Saja je nak buat entry berunsur hasutan ni di bulan puasa. Ni merupakan my all time favorite cuisine. Masa kecik dulu la berkenalan dengan sotong sumbat ni. Sampai sekarang ni pun masih lagi menjuarai carta makanan aku. Cuma sekarang ni, kambiang dah berjaya menggugat sotong ni.

Wifey dah boring agaknya asyik dengar aku cakap pasal sotong sumbat ni. Kebetulan masa dia pergi tunjuk juadah untuk berbuka hari ni kat bazar remdan Wangsa Maju, dia terjumpa la dengan sotong yang aku duk sebut selalu mengalahkan orang mengidam! 
3 ekor ni RM5 @ bazar remdan nearby LRT Wangsa Maju
Wifey pun sambar la 3 ekor sotong untuk suaminya yang terchenta ni. Dengan harapan lepas dapat makan sotong ni suaminya dah boleh diam dan sebut menu lain pulak...thank you darling!
saje la nak close-up pulak kan konon nak tunjuk pulut tuh...
Puas hati jugak la dapat makan sotong sumbat ni. Walaupun harga agak mahal, dan wifey pun takleh makan sebab ada pulut kat dalam sotong tuh. Lebih jimat kalau pandai dan rajin buat sendiri!

Bulan puasa ni takleh tengok gambar ni lelama sangat kalau siang hari yer...

Tuesday, July 2, 2013

Nasi Beriyani Dari Hyderabad...

Assalamualaikum

Semalam drebar baru balik dari HYD/VOHS. Dia bawak la sekali buah tangan dari sana sket untuk di kongsi dengan kroni-kroni kat Malaysia ni. Sejak semalam la jugak dia text sambil provoke kitorang untuk balik ke Nilai untuk merasa nasi beriyani yang dia beli atas recommendation kaptennya yang dah selalu fly ke sana.
2100hrs; ni la rupa packaging untuk satu family makan siap dengan lauk kat dalamnya...
Lepas balik kerja hari ni baru la bersemangat waja nak lari kejap ke selatan semata-mata untuk melahap dan menilai sendiri nasi beriyani dari India tuh. Wifey datang kutip aku kat office pukul 1900hrs +/- dan terus meredah jam rush hour ke Nilai. Trafik takde la seteruk mana. Berhenti Maghrib kat R&R Nilai dan sampai destinasi pukul pukul 2100hrs.
Sampai je terus lepak kejap dan mengadap nasi beriyani tuh. Aku amik lauk kambiang la as usual. Beras yang diorang guna tuh memang beras basmathi yang panjang-panjang tu. Rempah-rempah dalam nasi tuh toksah cakap la. Gerenti lepas makan nanti asyik nak buang angin je...
2116hrs: ni la rupa sepinggan beriyani dengan lauk pauknya...kambiang malu nak tunjuk rupa..
Selain dari kambiang dan ayam, ada jugak telur rebus dalam bungkusan nasi tuh. Sayur memang takde, yang ada cuma bawang dan jugak yogurt cair la kot kalau tak silap aku. Wifey makan lauk ayam. 

Aku lebih suka beriyani kat Ruzz Aladin dengan kuzi kambiang tu lagi dari yang ni. Tapi sekali-sekala ok je la dapat rasa masakan negara lain. Pukul 2300hrs + baru la gerak balik KL dalam keadaan kenyang giler, nasib baik tak ngantuk!

Nak kena pergi ke Ruzz Aladin sebelum bulan puasa ni pekena kuzi kambiang...

Monday, July 1, 2013

Merapu...

Assalamualaikum

Kebetulan ada masa terluang sikit, boleh la merapu sekejap. Walaupun banyak yang tertangguh... adat la kan. Bila malas menguasai diri dan jari...

Cuaca panas memang merimaskan kepala dengan rambut aku yang selalu tersekat pada skala 6 ni. Jadi, dengan izinNya, aku menapak ke Bukit Bintang untuk cari kedai gunting rambut! Kedai gunting kat Greenwood asyik tutup awal dan ada yang macam dah tak beroperasi! 

Masa lunch tadi la aku mengheret kaki dengan malasnya ke BB. Pusing punya pusing, jumpa satu kedai; tapi tokeynya tengah kua lunch kot... lampu terpasang tapi pintunya terkunci. Terpaksa la aku mencari kedai lain. Dan nasib baik la terjumpa lagi satu kedai kat celah-celah lorong. Risau jugak, sebab tak pernah meronda sorang-sorang kat lorong-lorong pelik kat BB ni.

Bila barber tuh tanya nak potong style apa, aku tak terjawab sebab tak tahu nak potong camne. Aku cakap kat dia, potong je kasi nampak kemas, bersih dan membuatkan aku nampak hensem.... muntah muntah.. Ooo bukan takat potong je hari ni, aku mintak dia bersihkan sekali janggut misai semua. Kasi clear...

Kalau selalu potong kat Gombak tuh, kena dalam RM7-RM12 je, tapi kat sini aku kena RM15, sebab potong rambut dan janggut misai sekali... puas hati! Tapi pedih jugak la dagu aku kena belasah dengan pisau cukur tuh. Lepas ni takmo dah shave misai janggut dengan barber!

Selesai urusan mendandan diri, lunch je la sensorang kat mamak stall belakang McD BB tuh... pastu ronda Pavi jap, melabur kat KFH sebelum balik ke teratak dosa tu...boring giler!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...