Kelly 3572

Thursday, June 27, 2013

Jerebu.., Kau Pergi Jua Akhirnye...

Assalamualaikum

Akhirnya, Hari Jerebu Kebangsaan dah berakhir dengan bantuan dariNya. Sedikit hujan di beberapa kawasan Lembah Kelang, dan tiupan angin yang membawa jerebu pergi ke destinasi yang tidak didedahkan, mungkin termaktub dalam akta rahsia rasmi kot...ha ha. 
1436hrs; jauh betul perbezaan dengan gambar hari Isnin 24/6/2013
Apa-apapun, Alhamdulillah, boleh teruskan hidup seperti biasa, anak-anak dan adik-adik semua dapat ke sekolah dan belajar dengan lebih baik. Tapi tu la, industri penjualan topeng muka dan juga peniaga kafetaria kat bangunan-bangunan tertentu merosot la bila cuaca dah kembali pulih. Jangan risau, biasanya, tahun depan jerebu pasti kembali lagi menemui anda semua...silap haribulan tak sempat tahun depan pun...mana la tahu dia muncul kembali nanti...Nauzubillah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...