Monday, June 24, 2013

Hari Jerebu Peringkat Kebangsaan 2013

Assalamualaikum

Selamat menyambut Hari Jerebu Kebangsaan kepada semua dengan ucapan; kurangkan aktiviti di luar premis, minum air sebanyak mungkin, basuh muka selalu, pakai topeng untuk menutup hidung dan mulut bila berada kat luar premis dan jangan membuat pembakaran terbuka. 
0840hrs; pemandangan indah kota metropolitan dari platform stesyen LRT Wangsa Maju
Acara tahun ni agak serious dan kritikal berbanding tahun lepas rasanya. Tahun ni Muar menjadi juara keseluruhan acara jerebu ni dengan mendapat hampir 800 mata! Punya la teruk sehingga ke tahap ada beberepa penerbangan ke JHB/WMKJ terpaksa di divertkan ke airport lain; sumber ni aku dengar dalam berita kat TV je la. Di peringkat negeri Selangor pulak dimenangi oleh pasukan Pelabuhan Klang yang berjaya memungut sejumlah hampir 500 mata!
1132hrs; suasana indah dari opis
Keadaan kat opis hari ni memang agak merimaskan, ramai yang tak sanggup keluar lunch. Dan akibatnya, durian runtuh la kat peniaga di kafetaria bila kebanyakan penghuni bangunan pejabat mengerumuni gerai mereka. Kalau hari biasa pukul 1300hrs tuh masih banyak lauk belum habis dijual, lain cerita pulak pada hari ni, belum pukul 1230hrs pinggan mangkuk pun dah takde... kah kah kah. Alhamdulillah, hikmah di sebalik jerebu ni memberi lebih rezeki kepada peniaga; cuma tak elok la kalau ada peniaga ambik kesempatan untuk menyembelih pelanggan mereka sekaw-kaw yang boleh, tak berkat you...ha ha!
1910hrs; ketebalannya masih lagi jelas di mata...
Hari ni pun sekolah-sekolah di KL dan negeri Selangor tutup sebagai langkah berjaga-jaga supaya anak-anak dan adik-adik kita tak menghadapi risiko penyakit berkaitan pernafasan. Semoga cuti ni dimanfaatkan betul-betul. 

Jerebu tahun ni diburukkan lagi dengan ketiadaan awan yang sesuai untuk membuat pembenihan awan yang bertujuan untuk menghasilkan hujan. 3 negara yang turut menyambut acara tahun ini secara besar-besaran adalah Malaysia, Singapura dan Indonesia selaku tuan rumah. Singapura sibuk menunding jari kepada Indonesia yang gagal mengawal kebakaran hutan di Sumatera yang mungkin menjejaskan industri pelancongan di negara seberang Tambak Johor tu. Daripada sibuk menyalahkan satu sama lain, lebih baiklah ketiga-tiga negara ni bekerjasama sebagai satu unit untuk memadam kebakaran tu...lagi cepat masalah ni selesai.  

Ini baru sikit je ujian dariNya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...