Saturday, June 29, 2013

Beli Belah Kat Pasar Sungai Haji Dorani...

Assalamualaikum

Hari ni ada wedding kawan wifey kat Tanjong Karang. Dah alang-alang sampai Tanjong Karang, dekat sangat dah dengan Kampung Sungai Haji Dorani, ala...dekat tempat aku shopping fresh seafood dulu tu! Kitorang bawak la sekali 2 icebox untuk ke wedding tu, tapi bukan la untuk tapau lauk pauk dan nasi kenduri tuh, tapi untuk pergi shopping kat pasar tu la. 
1639hrs: tengah mencari ikan pekasam...
Dari Nilai (1130hrs) bertolak ke KL untuk pick up teacher Yon sebelum sambung perjalanan ke Tanjong Karang melalui LATAR Highway, sebab nak cepat. Dengan keadaan trafik yang sesak nak masuk KL, menyebabkan pukul 1300hrs baru la bertolak ke Tanjong Karang dari Taman Melati. Pukul 1500hrs sampai ke lokasi kenduri dalam keadaan cuaca yang panas dan kering. Kenduri pun dah hampir nak tutup kedai dah. Tapi yang penting, selamat sampai dan memenuhi undangan kan.
1639hrs; view dari hujung jalan...orang berniaga kat kiri dan kanan jalan ni la...
Selesai mengerjakan nasi kat kenduri tuh, stopped kejap untuk solat di masjid Tanjong Karang sebelum meneruskan perjalanan ke utara dan selamat tiba di pasar tu lebih kurang 30 minit kemudian. Apa tunggu lagi, mulakan shopping dengan wifey dan teacher Yon berbaju kurung formal kat pasar kampung di petang Sabtu!
1643hrs; antara bouncer kat pasar tu yang 'menjaga' ikan-ikan segar...
Banyak jugak la hasil tangkapan kitorang pada petang ni. Berbaloi la bawak 2 icebox kecik tu! Sesuai dengan size Kelly pun yang comel! Antara hasil tangkapan yang aku ingat pada petang ni ialah;
  • ikan sebelah @ ikan sisa nabi (best giler ikan ni!! goreng je...first time beli dan tahu kewujudannya)
  • ikan senangin 
  • ikan cencaru
  • sotong
  • udang
  • ketam (beli untuk pilot yang suka ketam)
  • ikan pekasam
  • petai
  • satay ayam RM0.60 secucuk (last visit RM0.50 secucuk)
  • air tebu kaw yang memang kaw (RM1.50 sebotol 500ml tu, nyesal beli sebotol!)
  • tempe
  • isi lala
  • fishball yang campur dengan lobak
  • kuih lepat labu
  • etc...banyak yang dah terlufe...
Bila dah tersedar yang aku bawak Kelly hari ni, maka dengan berat hati dan berat kereta, kitorang blah meninggalkan pasar yang teacher Yon baru pertama kali datang ni describe sebagai terbaik tu. Tapi misi belum habis lagi. 

Lepas solat Asar kat stesen minyak Petronas dan sambung balik perjalanan balik ke KL, kitorang singgah la kat tepi jalan sebelum sampai ke Tanjong Karang tuh untuk merembat mentarang. Menatang ni memang wajib beli kalau dah sampai ke area sini. Aku beli 2kg mentarang dengan harga RM12/sekilo kat tepi jalan. Last visit harganya ialah RM10/sekilo... inflasi..inflasi! Chef Joe kat office aku cakap, kat Pasar Malam Tanjong Karang boleh dapat mentarang dengan harga yang jauh lebih murah... RM6/kilo!!! Biar mentarang Chef Joe!!! Tifu tertifah la ni...takpe, next time aku nak cari pasar malam kat area Tanjong Karang tuh untuk beli mentarang!
1719hrs; wifey pilih ketam untuk pilot
Sambung perjalanan lepas tu berhenti pulak untuk beli kerepek-kerepek yang pelbagai dan beli jugak nenas Sarawak yang tak tanam kat Sarawak; ni untuk ibu mertuaku. Beli 2 botol madu lebah kampung; RM8 sebotol; tak pekat sangat dan tak manis sangat, special untuk wifey yang ada masalah sistem pernafasan.

Sampai KL, hantar teacher Yon balik dulu sebelum hantar hasil tangkapan ke Gombak. Selesai urusan wajib, terus gerak balik ke Nilai untuk sesi merasa sket hasil tangkapan walaupun dah pukul 2230hrs masa sampai sana. Tapi perasaan lapar dan excited nak rasa fresh seafood tu yang menyebabkan masterchef-masterchef kat Nilai sanggup bersusah payah prepare bahan-bahan dan masak sket hasil tangkapan malam ni jugak...

Penat giler ooo...tapi serious la, nyesal beli sebotol je air tebu tuh... (masuk je lorong pasar tuh, cari first stall sebelah kanan yang jual air tebu dalam botol mineral water 500ml)

2 comments:

aby said...

salam mijoe ..
biar betul dalam bulan ramadan ni ada wedding .. N3 lama kot yg baru dipost .. apapun selamat menunaikan ibadat2 ramadan ..
mesti juadah best utk berbuka tu ..

Mijoe said...

salam aby...

he he..selamat menunaikan ibadah puasa untuk aby sekeluarga kat sana.

ni memang backdated entry ni bang. terperap lama kat draft. bila timbul kerajinan baru boleh disiapkan...ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...