Monday, June 17, 2013

Air Purifier...

Assalamualaikum

Oleh kerana udara kat KL ni sentiasa tercemar, ditambah pulak oleh keadaan wifey yang sensitif pada habuk, maka Majlis Keselamatan Rumah telah mengambil tindakan sewajarnya dengan membeli Sharp Air Purifier untuk di letakkan di kawasan yang sesuai di dalam rumah.
Setelah menjalankan sedikit kaji selidik berkenaan harga dan jenama-jenama air purifier di pasaran, MTR telah meluluskan untuk membeli secara senyap-senyap tanpa pengetahuan wifey air purifier jenama Sharp. Bajet nak buat surprise lagi la ni...
Aku beli menatang ni di kedai online je (RM289 termasuk khidmat penghantaran). Rasa macam sangat berbaloi la jugak sebab dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan di kebanyakan kedai menjual peralatan elektrik (RM499). Nak maintain menatang ni senang je, cuma perlu bersihkan penapis udaranya dengan menggunakan vacuum cleaner setiap 2 minggu. Jangkahayat penapis udaranya pulak adalah selama 18 hingga 24 bulan. Harga penapis udara untuk model ni adalah di antara RM80-RM110 seunit.
Penggunaan eletrik menatang ni pun lebih kurang sama macam kipas angin je, bukan macam air conditioner, peti sejuk ataupun seterika. Jadi tak perlulah risau sangat pasal bil elektrik tu...

Menatang ni jugak elok untuk rumah-rumah yang ada baby, mungkin boleh mengurangkan risiko selsema pada baby kot...
Citylink hantar menatang ni kat opis aku, jadi aku dengan gigihnya mengangkut menatang ni dari opis ke rumah, dengan berjalan kaki, naik bas dan LRT, demi isteri tercinta dan nak buat surprise punya pasal. Dan nasib baik surprisenya menjadi...he he

Jaminan setahun pun boleh register secara online jugak. Semoga dengan kewujudan air purifier ni dapat mengurangkan sket risiko penyakit-penyakit berkaitan saluran pernafasan, bukan takat pada wifey je, tapi pada aku jugak selaku ahli MTR! Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...