Kelly 3572

Monday, May 20, 2013

West Bromwich Albion vs Manchester United

Assalamualaikum

Ni game terakhir Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson! Game terakhir untuk musim 2012/2013.

Sempat jugak player dan staff West Bromwich Albion buat Guard of Honour untuk pasukan Manchester United dan jugak untuk Sir Alex Ferguson sebelum kick-off tadi. Mesti sedih giler kalau aku jadi Alex Ferguson tuh. Ni game ke 1500 untuk Alex Ferguson! Fuh.. tak terkata dah. Memang tak leh komen dah orang tua tuh. 

Masa aku type entry ni, tengah half-time break! MU leading 3-1! Sepatutnya boleh score lebih banyak lagi. Walaupun starting line-up memang la player yang jarang dapat peluang untuk jadi first eleven, tapi diorang main simple football dan menguasai sebahagian besar 45 minit yang pertama tuh. 

Pape pun, let's enjoy the last game for Sir Alex Ferguson!

Glory Glory Man United!

Game ni berkesudahan dengan keputusan seri 5-5! Agak mengecewakan bagi aku sebab sebolehnya patut menang la kan, walaupun memang dah menjuarai EPL 2-3 minggu lepas! Tapi sekurang-kurangnya untuk celebrate Alex Ferguson's retirement, main la untuk menang! Poor defending and lost of concentration la penyebabnya! Tapi tak pe la, ibarat kata commentator game tu, apala sangat 1 keputusan seri ni nak dibandingkan dengan apa yang Sir Alex Ferguson tuh dah buat untuk Manchester United sepanjang hampir 27 tahun tu ye tak...

Lepas ni boleh berehat sampai pertengahan bulan Ogos untuk sambung tengok Community Shield pulak antara Manchester United dengan Wigan kat Stadium Wembley! Jumpa lagi di season akan datang ye EPL! Saspen je nak tengok macamana Manchester United di bawah jagaan David Moyes pulak...ha ha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...