Wednesday, May 8, 2013

Sir Alex Ferguson Letak Jawatan???

Assalamualaikum

BERITA PECAH!!! 
gambar ihsan The Sun UK hari ni...
Pengurus kelab bolasepak tersohor England; Manchester United bakal meletakkan jawatannya pada akhir musim ini selepas tamatnya perlawanan terakhir United pada 19 Mei ini. Sungguh terkejut semua penyokong United. Dan bukan penyokong United je yang terkejut, seluruh peminat dan pemerhati bolasepak pun terkejut dengan berita yang tak disangka ni. Aku tak sangka secepat ni. Aku predict sebelum ni mungkin dia akan bersara dalam masa 3 tahun lagi sebab aku rasa macam Pep Guardiola yang akan ganti Alex Ferguson! Ni mesti Alex Ferguson ikut jejak langkah Datuk Nik Aziz ni...hmm.

Ferguson akan terus bersama Manchester United selepas akhir musim ni tapi lebih sebagai duta dan juga ahli lembaga pengarah kelab tersebut. Sedih la pulak...hmm, sekarang ni mesti semua yang terbabit tengah duk pikir sapalah yang akan ganti tempat dia sebagai pengurus? Adakah David Moyes (Everton), atau Jose Mourinho (Real Madrid) atau ada lain-lain calon yang boleh buat kejutan? Datuk K Rajagopal (Malaysia)... mana la tau kan? 

Apa-apa pun, aku rasa bertuah la jugak sebab sempat merasa layan live match kat Old Trafford aritu di bawah kendalian atuk ni. Terima kasih banyak-banyak Sir Alex for the countless thropies you've won for the club, from Charity Shield, Community Shield, Club World Cup, Champions League, FA Cup and the Premier League.

Dah ada statue sendiri dah kat luar Old Trafford tu dan dan ada jugak Sir Alex Ferguson Stand kat dalam stadium, ok la tu kan. You are a living legend! Next time kalau MU buat Asia Tour dan singgah KL, jangan lupa ikut sekali yer. Aku nak mintak autograph!

Sekian sahaja laporan berita pecah ni khas untuk penyokong-penyokong Manchester United!

4 comments:

aby said...

Salam mijoe,
Brita baik utk team lain tu, mana tau lps ni tmbok kebal MU dapat d robek.
Hehe

Mijoe said...

salam Aby..

ha ha. Tu la pasal. Takut jugak bila dah berakhir era Ferguson ni. Kot2 MU jadi macam Liverpool, Nottingham Forest ke...

saya predict MU susah nak menang apa2 la kot untuk dalam masa 4 tahun akan datang... :)

Ninie Hanis said...

ha..tulah,dgr khabar yg paling dekat skrg si Moyes tu ye?Bak kata zaid MU kalau lawan Everton dulu pun cam susah nak menang. Maknanya coach dia tu dulu baguih la kot. Bolehla bawak MU plak lepas ni. :)

Mijoe said...

sama-sama la kite tunggu awal pagi esok kot diorang announce sapekah pengganti atuk tuh...

uncle mijoe berkabung arini, pakai black MU-kit yang auntie malin belikan masa birthday aritu...he he..first time pakai, price tag pun tak buang. Kalau BigBoss tau ni mesti ngeleng kepala BigBoss! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...