Kelly 3572

Sunday, May 5, 2013

Marilah Mari Kita Mengundi...he he he

Assalamualaikum

Amacam ngundi hari ni? Ok ke tak ok? Ngundi kat mana? Undi sapa? Ha ha ha...opps..undi adalah rahsia! Ha ha ha...
tempat in-law memangkah... kat sini la jugak wifey sekolah dulu...
Aku dan kroni-kroni bertolak ke Shah Alam dari Nilai lewat pagi tadi untuk ke Seksyen 6, Shah Alam untuk joined in-law ngundi kat sana. Dah lama betul tak gi Shah Alam...rindu woo! 
Pilot dengan jarinya yang comot bersama seekor pengundi yang dicurigai kewarganegaraannye...
Suasana mengundi kat Seksyen 6 ni Alhamdulillah nampak sangat tenang dan terkawal tanpa ada kecoh-kecoh! Syabas kepada semua penyokong parti yang bertanding! Keep it up
suspek kelihatan takut untuk memandang kamera!!! Kena report kat SPR ni!!!!
Cuaca di sekitar kawasan pengundian agak panas, tapi tak la terik. Dah la pakcik yang jual goreng pisang kat Seksyen 6 tuh tak meniaga pulak hari ni. Balik kampung untuk mengundi kot. Kalau tak sure murah rezeki pakcik tuh sebab ada 2 pusat mengundi di kawasan berdekatan. SPR please take note ye, lain kali janganlah letak 2 pusat mengundi dalam keadaan jarak yang agak dekat sebab ianya akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas!  
akhirnye suspek dengan telinga capangnya memandang kamera!!! ha ha ha...
Saluran mengundi untuk warga emas di pusat membuang undi ni agak slow hari ni. Ibu mertua den dan adiknya spent masa agak lama untuk beratur nampaknya. Tak tahu la pulak apa sebabnya. Planned nak ziarah ke kubur arwah bapa mertua terpaksa ditunda sebab aku nak rush balik ke Gombak untuk menunaikan tonggengjawab sebagai warga negara untuk membuang undi!
Datuk Najib dalam kelompok orang tak ramai tu..tak nampak le dari sini...he he he
On the way nak ke kereta yang diparked agak jauh dari kawasan mengundi tu, kitorang terserempak pulak dengan kehadiran konvoi polis yang escort Datuk Najib Tun Razak yang melawat salah satu kawasan parlimen yang panas ni. Tak ramai sangat pun penyokong yang ada kat situ, mungkin sebab cuaca panas kot. Dan lawatan tu mungkin secara rambang dan tak dirancang.

Mulanya aku ingat nak je gi salam dengan dia, tapi tak sempat sebab dia dah dibawa ke rumah salah seorang orang penting UMNO dan BN kat kawasan tuh untuk lepak-lepak dan menjamu selera sikit kot. 

Aku dan wifey terus ke Gombak secepat mungkin takut la pulak cuaca tak berapa bagus, kang susah pulak nak mengundi! Alhamdulillah jalan clear dan lancar. Aku selamat menunaikan tonggengjawab kat saluran 4 tanpa perlu beratur pada jam 1430hrs. Tak ramai orang...ha ha.

Suasana pusat pengundian kat Dewan MPS Taman Gombak ni pun sangat tenang. Peraih dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding pun nampak sangat harmoni; berdiri kat pagar nak masuk ke dewan tuh bertentangan antara satu sama lain dalam keadaan yang sangat rapat! Macam ni la suasana yang kita nak kan? Sangat baik sesama warganegara walaupun berlainan fahaman politik! 

So, malam ni marilah sama-sama kita tunggu keputusannya. Walaupun ada orang nak tengok game MU lawan Chelsea at Old Trafford pukul 10 lebih nanti...ha ha. Siapa dan parti mana pun yang menang, terimalah dengan redha dan seadanya. Tak perlu merusuh, kecoh-kecoh atau mereka kekecohan. Sebab, kalau ada apa-apa yang tak betul di sebaliknya tuh, pandai-pandai la yang terbabit tu jawab di kemudian hari kan! 

Pesanan dari suspek yang diragui kewarganegaraannya itu ialah; come and get me kat Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, Shah Alam ye, as soon as possible tau! Saya ni kurus je, tapi comel, saya mungkin kucing betina. Saya bersih dan tak comot! He he... cat lover at Seksyen 6! Alert!!!

6 comments:

aby said...

Kite tunggu jer keputusan.... Tk lama lg tau la ...
Huhu

Mijoe said...

saye ngadap Liverpool vs Everton...pasni Man Utd vs Chelsea...best best!!! :)

yang penting, sape pun yang menang, harap2 esok cuti!!! he he

Farahliza Isa said...

hahahaha, sempat buat iklan mencari jodoh....comel jerr..ekekeke

Mijoe said...

Farah kalau ada event kat Shah Alam tu nanti, gi la catnap budak tuh yer.. he he

Ninie Hanis said...

Fahim Zidane "uncle,TONGGENGJAWAB pun bole ka?" :p

Mijoe said...

ye BigBoss!!!

memang boleh! Uncle mijoe ni serba boleh... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...