Friday, May 31, 2013

Ambik Kitam...

Assalamualaikum

Aku suka hari ni. Sebab, hari ni aku kena pergi amik Kitam balik dari Shanghai kat airport. Kitam dijadualkan landing kat KUL dalam pukul 2100hrs dengan menaiki kapal Boeing 777-2H6 (ER) bernombor pendaftaran 9M-MRM.
Aku balik je dari opis terus kelam-kabut ke Sepang. Hari Jumaat by default trafik mesti lebih sesak dari biasa. Kat PLUS highway pun sesak jugak dari sebelum exit 213 (Putra Mahkota) ke arah Selatan.

Nasib baik aku tak sangkut lama sangat dalam trafik tu sebab aku exit 214 untuk ke KLIA. Sampai la kat terminal pukul 2140hrs. Masa tu Kitam dah sampai pun walaupun flightnya delay sket. Aku ambik kesempatan parked kat tepi jalan sambil enjoy skodeng aircraft yang take-off dari KLIA. Bunyi deruman enjin tuh yang meremangkan bulu tengkuk aku! Ha ha ha... timing tak berapa cantik, aku planned nak tunggu dan tengok A380 take-off. Tapi sebab A380 lambat lagi nak take-off terpaksa la aku tunggu kesempatan lain la untuk tengok kapal tu take-off.

Dekat pukul 2200hrs baru la kitorang bergerak meninggalkan KLIA untuk ke Puncak Alam. Sampai sana dah pukul 2300hrs, lepak kedai tomyam kejap dan minum kopi untuk refresh myself sebelum hantar Kitam balik rumah dan aku pun balik la KL ikut SZB sebab tak puas lepak dan usha KUL tadi. Esok tak keje takpe la...tapi kalau dah hobi suka tengok aircraft dan pergi airport memang la rajin je kalau bab-bab nak gi airport ni...

Ada sesiapa perlukan khidmat menghantar dan mengambik kat KUL/SZB? keh keh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...