Friday, May 31, 2013

Ambik Kitam...

Assalamualaikum

Aku suka hari ni. Sebab, hari ni aku kena pergi amik Kitam balik dari Shanghai kat airport. Kitam dijadualkan landing kat KUL dalam pukul 2100hrs dengan menaiki kapal Boeing 777-2H6 (ER) bernombor pendaftaran 9M-MRM.
Aku balik je dari opis terus kelam-kabut ke Sepang. Hari Jumaat by default trafik mesti lebih sesak dari biasa. Kat PLUS highway pun sesak jugak dari sebelum exit 213 (Putra Mahkota) ke arah Selatan.

Nasib baik aku tak sangkut lama sangat dalam trafik tu sebab aku exit 214 untuk ke KLIA. Sampai la kat terminal pukul 2140hrs. Masa tu Kitam dah sampai pun walaupun flightnya delay sket. Aku ambik kesempatan parked kat tepi jalan sambil enjoy skodeng aircraft yang take-off dari KLIA. Bunyi deruman enjin tuh yang meremangkan bulu tengkuk aku! Ha ha ha... timing tak berapa cantik, aku planned nak tunggu dan tengok A380 take-off. Tapi sebab A380 lambat lagi nak take-off terpaksa la aku tunggu kesempatan lain la untuk tengok kapal tu take-off.

Dekat pukul 2200hrs baru la kitorang bergerak meninggalkan KLIA untuk ke Puncak Alam. Sampai sana dah pukul 2300hrs, lepak kedai tomyam kejap dan minum kopi untuk refresh myself sebelum hantar Kitam balik rumah dan aku pun balik la KL ikut SZB sebab tak puas lepak dan usha KUL tadi. Esok tak keje takpe la...tapi kalau dah hobi suka tengok aircraft dan pergi airport memang la rajin je kalau bab-bab nak gi airport ni...

Ada sesiapa perlukan khidmat menghantar dan mengambik kat KUL/SZB? keh keh...

Wednesday, May 29, 2013

Monday, May 27, 2013

KLCC Twin Tower View From 48th Floor...

Assalamualaikum

Petang tadi kena attend satu briefing kat Bangunan Arab Malaysian Bank kat Jalan Yap Kwang Seng. Briefing tu bukan aku yang patut attend pun. Tapi sebab takde orang lain yang free kot, tu yang aku diarahkan untuk menurut perintah boss tu.

Boring giler kot briefing oleh 3 european consultant itu. Mengantuk jangan cerita la... dari 2.30 petang bertahan selagi yang boleh nak tunggu habis briefing tu pukul 5!!!

Gambar Petronas twin tower tuh aku snapped dengan camera phone aku je during tea break. Kagum la jugak dengan view dari banquet hall tempat briefing tu. Memang bird's eye view habih la...kalau dapat naik puncak twin tower tuh mesti view lagi menarik!

Wednesday, May 22, 2013

Monday, May 20, 2013

West Bromwich Albion vs Manchester United

Assalamualaikum

Ni game terakhir Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson! Game terakhir untuk musim 2012/2013.

Sempat jugak player dan staff West Bromwich Albion buat Guard of Honour untuk pasukan Manchester United dan jugak untuk Sir Alex Ferguson sebelum kick-off tadi. Mesti sedih giler kalau aku jadi Alex Ferguson tuh. Ni game ke 1500 untuk Alex Ferguson! Fuh.. tak terkata dah. Memang tak leh komen dah orang tua tuh. 

Masa aku type entry ni, tengah half-time break! MU leading 3-1! Sepatutnya boleh score lebih banyak lagi. Walaupun starting line-up memang la player yang jarang dapat peluang untuk jadi first eleven, tapi diorang main simple football dan menguasai sebahagian besar 45 minit yang pertama tuh. 

Pape pun, let's enjoy the last game for Sir Alex Ferguson!

Glory Glory Man United!

Game ni berkesudahan dengan keputusan seri 5-5! Agak mengecewakan bagi aku sebab sebolehnya patut menang la kan, walaupun memang dah menjuarai EPL 2-3 minggu lepas! Tapi sekurang-kurangnya untuk celebrate Alex Ferguson's retirement, main la untuk menang! Poor defending and lost of concentration la penyebabnya! Tapi tak pe la, ibarat kata commentator game tu, apala sangat 1 keputusan seri ni nak dibandingkan dengan apa yang Sir Alex Ferguson tuh dah buat untuk Manchester United sepanjang hampir 27 tahun tu ye tak...

Lepas ni boleh berehat sampai pertengahan bulan Ogos untuk sambung tengok Community Shield pulak antara Manchester United dengan Wigan kat Stadium Wembley! Jumpa lagi di season akan datang ye EPL! Saspen je nak tengok macamana Manchester United di bawah jagaan David Moyes pulak...ha ha!

Friday, May 10, 2013

David Moyes; Pengurus Baru Manchester United FC

welcome!
Assalamualaikum 

Dan selamat pagi. Takde pape yang penting; cuma pada penyokong Manchester United, ni penting la. David Moyes dah signed contract selama 6 tahun untuk menguruskan Manchester United FC.

Aku rasa benda ni memang dah well-planned antara Sir Alex Ferguson, MU board dan jugak David Moyes. Kalau tak, takkan la dia dah bitau awal-awal yang dia takmo sambung kontrak dengan Everton FC!

Apa-apa sekalipun, all the best to the new manager and to the going to be ex-manager, good luck for your new adventure in the board and as the club ambassador.
there's only one Alex Ferguson!
Saje je atuk Alex ni pilih Scottish jugak to replace him...he he he

(both photos credit to MUFC website)

Wednesday, May 8, 2013

Sir Alex Ferguson Letak Jawatan???

Assalamualaikum

BERITA PECAH!!! 
gambar ihsan The Sun UK hari ni...
Pengurus kelab bolasepak tersohor England; Manchester United bakal meletakkan jawatannya pada akhir musim ini selepas tamatnya perlawanan terakhir United pada 19 Mei ini. Sungguh terkejut semua penyokong United. Dan bukan penyokong United je yang terkejut, seluruh peminat dan pemerhati bolasepak pun terkejut dengan berita yang tak disangka ni. Aku tak sangka secepat ni. Aku predict sebelum ni mungkin dia akan bersara dalam masa 3 tahun lagi sebab aku rasa macam Pep Guardiola yang akan ganti Alex Ferguson! Ni mesti Alex Ferguson ikut jejak langkah Datuk Nik Aziz ni...hmm.

Ferguson akan terus bersama Manchester United selepas akhir musim ni tapi lebih sebagai duta dan juga ahli lembaga pengarah kelab tersebut. Sedih la pulak...hmm, sekarang ni mesti semua yang terbabit tengah duk pikir sapalah yang akan ganti tempat dia sebagai pengurus? Adakah David Moyes (Everton), atau Jose Mourinho (Real Madrid) atau ada lain-lain calon yang boleh buat kejutan? Datuk K Rajagopal (Malaysia)... mana la tau kan? 

Apa-apa pun, aku rasa bertuah la jugak sebab sempat merasa layan live match kat Old Trafford aritu di bawah kendalian atuk ni. Terima kasih banyak-banyak Sir Alex for the countless thropies you've won for the club, from Charity Shield, Community Shield, Club World Cup, Champions League, FA Cup and the Premier League.

Dah ada statue sendiri dah kat luar Old Trafford tu dan dan ada jugak Sir Alex Ferguson Stand kat dalam stadium, ok la tu kan. You are a living legend! Next time kalau MU buat Asia Tour dan singgah KL, jangan lupa ikut sekali yer. Aku nak mintak autograph!

Sekian sahaja laporan berita pecah ni khas untuk penyokong-penyokong Manchester United!

The 100th A380's... Our 6th Monster...

Registration number; 9M-MNF @ Toulouse, France
photo credits to Airbus

Sunday, May 5, 2013

Marilah Mari Kita Mengundi...he he he

Assalamualaikum

Amacam ngundi hari ni? Ok ke tak ok? Ngundi kat mana? Undi sapa? Ha ha ha...opps..undi adalah rahsia! Ha ha ha...
tempat in-law memangkah... kat sini la jugak wifey sekolah dulu...
Aku dan kroni-kroni bertolak ke Shah Alam dari Nilai lewat pagi tadi untuk ke Seksyen 6, Shah Alam untuk joined in-law ngundi kat sana. Dah lama betul tak gi Shah Alam...rindu woo! 
Pilot dengan jarinya yang comot bersama seekor pengundi yang dicurigai kewarganegaraannye...
Suasana mengundi kat Seksyen 6 ni Alhamdulillah nampak sangat tenang dan terkawal tanpa ada kecoh-kecoh! Syabas kepada semua penyokong parti yang bertanding! Keep it up
suspek kelihatan takut untuk memandang kamera!!! Kena report kat SPR ni!!!!
Cuaca di sekitar kawasan pengundian agak panas, tapi tak la terik. Dah la pakcik yang jual goreng pisang kat Seksyen 6 tuh tak meniaga pulak hari ni. Balik kampung untuk mengundi kot. Kalau tak sure murah rezeki pakcik tuh sebab ada 2 pusat mengundi di kawasan berdekatan. SPR please take note ye, lain kali janganlah letak 2 pusat mengundi dalam keadaan jarak yang agak dekat sebab ianya akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas!  
akhirnye suspek dengan telinga capangnya memandang kamera!!! ha ha ha...
Saluran mengundi untuk warga emas di pusat membuang undi ni agak slow hari ni. Ibu mertua den dan adiknya spent masa agak lama untuk beratur nampaknya. Tak tahu la pulak apa sebabnya. Planned nak ziarah ke kubur arwah bapa mertua terpaksa ditunda sebab aku nak rush balik ke Gombak untuk menunaikan tonggengjawab sebagai warga negara untuk membuang undi!
Datuk Najib dalam kelompok orang tak ramai tu..tak nampak le dari sini...he he he
On the way nak ke kereta yang diparked agak jauh dari kawasan mengundi tu, kitorang terserempak pulak dengan kehadiran konvoi polis yang escort Datuk Najib Tun Razak yang melawat salah satu kawasan parlimen yang panas ni. Tak ramai sangat pun penyokong yang ada kat situ, mungkin sebab cuaca panas kot. Dan lawatan tu mungkin secara rambang dan tak dirancang.

Mulanya aku ingat nak je gi salam dengan dia, tapi tak sempat sebab dia dah dibawa ke rumah salah seorang orang penting UMNO dan BN kat kawasan tuh untuk lepak-lepak dan menjamu selera sikit kot. 

Aku dan wifey terus ke Gombak secepat mungkin takut la pulak cuaca tak berapa bagus, kang susah pulak nak mengundi! Alhamdulillah jalan clear dan lancar. Aku selamat menunaikan tonggengjawab kat saluran 4 tanpa perlu beratur pada jam 1430hrs. Tak ramai orang...ha ha.

Suasana pusat pengundian kat Dewan MPS Taman Gombak ni pun sangat tenang. Peraih dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding pun nampak sangat harmoni; berdiri kat pagar nak masuk ke dewan tuh bertentangan antara satu sama lain dalam keadaan yang sangat rapat! Macam ni la suasana yang kita nak kan? Sangat baik sesama warganegara walaupun berlainan fahaman politik! 

So, malam ni marilah sama-sama kita tunggu keputusannya. Walaupun ada orang nak tengok game MU lawan Chelsea at Old Trafford pukul 10 lebih nanti...ha ha. Siapa dan parti mana pun yang menang, terimalah dengan redha dan seadanya. Tak perlu merusuh, kecoh-kecoh atau mereka kekecohan. Sebab, kalau ada apa-apa yang tak betul di sebaliknya tuh, pandai-pandai la yang terbabit tu jawab di kemudian hari kan! 

Pesanan dari suspek yang diragui kewarganegaraannya itu ialah; come and get me kat Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, Shah Alam ye, as soon as possible tau! Saya ni kurus je, tapi comel, saya mungkin kucing betina. Saya bersih dan tak comot! He he... cat lover at Seksyen 6! Alert!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...