Friday, April 5, 2013

Teringat-ingat Punya Pasal...

Assalamualaikum

Ni semua gara-gara duk teringat masa makan kat rumah Big Boss aritu. Terkena penangan air tangan dapur perantau grill button mushroom la ni. Sedap... bukan nak bodek tau!!! Memang sedap sangat...untung hero-hero kat Stafford tuh dapat isteri dan jugak mommy yang terer masak! Tu yang bila kat Jusco aku jadi rambang mata. Rembat je segala-gala aksesori masuk dalam troli. Kambiang yang dah dimarinated, ikan salmon 2 keping, buah kiwi dan yang paling penting Portobello Button Mushroom.
wifey punye...
Dan aku yakin wifey sure melompat-lompat gumbira tengok aku balik keje dengan tangan penuh bag plastik Jusco! Tak sabar la kot nak explore apakebenda yang aku shopping sampai bahu senget sebelah.

Bila dah revealed segala hasil tangkapan/lontaran aku, terus wifey teruja nak prepare dinner dengan barang-barang yang aku baru beli tuh. Aku pun apa lagi....excited  la kan. Perut tengah lapar, penat plak tu balik kheroje pastu meredah Jusco dengan gagahnya.
kambiang yang dah diperap bersama kawan-kawan sedunianya...

























Hasilnya, macam dalam 2 gambar kat atas ni la. Memang makan tak pandang kiri kanan ataupun TV kat depan mata dah. Senyap je makan... menghayati kesedapan cendawan butang tuh yang dicampur sekali dengan air kambiang dan ikan salmon tuh... erghhh, cerita balik pun aku sendiri yang 2-3 kali telan air liur.

Pelakon tambahan dalam dinner malam ni ialah pinggan Corelle Day Dream yang comel tuh...ha ha promote la ni. 

Apa-apa hal pun, puas hati sekali-sekala dapat makan macam ni. Buat sendiri lagi bagus...kang gi makan kat kedai kang mesti mahal giler kan. Beli dan buat sendiri kat rumah lagi puas hati dan boleh makan sambil tengok TV walaupun sebenarnya tak tengok pun.

Sekian saja sesi melelehkan air liur sendiri...ha ha.

4 comments:

aby said...

Erghhhh ....
Alhamdulillah

Ninie Hanis said...

Ini sekali lagi menimbulkan marah..hahaha! sebab telah melelehkan air lior BigBoss. Kahkah..sedapnya.Salmon tu serius nampak nak ngap.Mesti cepat sihat Malin kalau makan camni slalu :)

Heavennya kalau bleh bli kambing yg dah siap marinate..huhu..

Alah..puji pulok.time kaseyy..Bukan masak apa pun.Kita boh atas pan je.hehe..tp portobello mushroom mmg feberet :)

Mijoe said...

@aby

kambing tu kalau dapat 3 ketul baru betul2 kenyang bang...he he

Mijoe said...

@Mommy Fahim

tu la pasal...tapi harga salmon kat kl ni mmg tak hengat punya. Kalau murah takde la hal sangat kan. Sekali-sekala je boleh borong camni...

tgh survey2 mushroom farm kat kl/selangor... ni kes nak cari cendawan butang dengan banyaknye la ni... ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...