Wednesday, April 10, 2013

Cubaan Pertama Di Too Woo Mba...

Assalamualaikum
Dah lama dah nampak restoren Melayu ni kat tepi Jalan Genting Kelang ni. Wifey pun dah lama ajak dine  situ, tapi tak berkesempatan. Padahal sekentut kucing je dari rumah. 

Ya...nama restoren ni Too Woo Mba. Diorang hidangkan makanan barat. Katanya steak la diorang punya specialty. Tapi aku order salmon. Ni sebab hari tuh aku belasah kambiang. Wifey je yang makan salmon

Hari tu aku jugak kata baik beli bahan dan buat sendiri kat rumah. Ni apa kes pergi makan kat kedai ni? Ooh...malam ni special sket. Nak bagi wifey rehat dan treat dia dinner kat tempat yang dia dah lama nak ajak aku makan...so takpelah. Malam ni dan hari ni hari istimewa, jadi abang belanja ye...he he he. Order la apa yang sayang teringin nak order ok?  
salmon aku ni RM18.90... tapi aku lagi prefer wifey aku buat...he he
Kat restoren ni jugak ada dijual daging-daging lembu yang diimport dari luar negara. Dan daging-daging lembu tu dibezakan mengikut apa makanan yang diberi kat encik lembu tu ketika hayatnya sebagai seekor lembu. Dan lembu ni duduk kat ladang, tak duduk di memana rumah pangsa... dah melalut dah. Sensitif la sikit... ha ha.

Wifey makan steak, tapi gambar tak sempat nak snap. Lapar sangat dah sebab malam ni hujan lebat sampai KL banjir kilat kat beberapa tempat. Tu yang buat aku menunggu bas dengan agak lama tuh

GPS location untuk restoren ni nanti la aku bagi. Nak cari senang je, landmarknya ialah PV128. Dekat la dengan Hospital Columbia Jalan Genting Kelang tuh. Parking mungkin agak susah kalau waktu malam, terutama sekali kalau malam minggu. Lagipun kawasan PV128 ni memang banyak tempat makan. Tu yang buat sesak sket tu.

Apa-apa pun selamat makan-makan cari jalan!

2 comments:

Ninie Hanis said...

aish..rajin pulak update citer JJCM ni smenjak dua menjak ni.Mmg terlior..takpe hari istimewa perlulah makanan pun istimewa. Best2..

18 hengget ye?hmm..kenyang tak?hihi..

Mijoe said...

rajin update pasal MMCJ tu saje je nak motivate diri sendiri supaya rajin dan bersemangat nak update benda2 yang dah tertunda itu...he he.

rasa macam tak berbaloi sangat RM18 tuh...sedap lagi wifey buat. Salmon agak keras...

uncle mijoe takkan bawak korang dine kat sini... unless u guys teringin la..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...