Tuesday, April 23, 2013

CHAMPIONS20|13

Assalamualaikum

Dah lama tak bukak cerita pasal bola, pasal MU in particular. Maka pada pagi yang berbahagia ini, pada jam 0500hrs waktu Malaysia (GMT+7), ataupun pukul 2200hrs 22nd April 2013 kat Manchester; OLD TRAFFORD STADIUM ye, kena la specific kan, Manchester United dah berjaya mengembalikan trofi yang memang dah selalunya port dalam trophy cabinet Old Trafford!
Kemenangan selesa ke atas Aston Villa 3-0 hasil jaringan Robin van Persie seawal minit ke 2, ditambah pulak dengan satu volley yang cantik untuk gol ke 2 dan jugak field goal yang menarik untuk gol ke 3 dalam separuh masa pertama dah cukup untuk menghiburkan 73,000 penyokong Red Devils. 
Shinji Kagawa patut boleh score gol ke 4 United masa separuh masa kedua, tapi rembatan dia melambung tinggi ke atas palang gol. Aku kesian jugak kat Villa sebab diorang pun tengah fight to avoid relegation. Tapi MU terpaksa make sure diorang menang selesa dulu untuk mengelakkan peristiwa macam season lepas terjadi lagi. 
CHAMPIONS20|13
Dendam dah terbalas. Dibalas dengan penuh bisa dan racun!!! Aku pulak emo ni...ha ha ha. Ye la, last season kalah last minute dan kalah sebab perbezaan gol sahaja! Sekarang MU dah confirm juara dengan ada 4 lagi baki perlawanan, dan jugak perbezaan gol yang agak besar dengan 'jiran bising' itu. Hopefully diorang akan menang baki kesemua game tu untuk mencipta rekod baru dalam EPL sebagai juara yang memungut mata paling banyak dalam satu musim. 96 mata target MU kali ni.  
Van the man!
Aku ingat pagi ni nak gi office pakai jaket Nike MU hitam yang baru beli tu la. Tengok la keadaan cuacanya macam mana. Kalau sejuk atau hujan pagi nanti, boleh la pakai! Nak je aku pakai pin badge sekali kat jaket tuh! 

Berbaloi la jugak gi layan game Norwich aritu bila dah berjaya jadi juara lagi sekali, seperti kebiasaannya tu kan. Bestkan bila ada baki 4 game nanti semua opponent kena perform Guard of Honour kat player MU. Masa 'jiran bising' tu menang, perlawanan terakhir, jadi takde team perlu perform GoH tu kat diorang kan sebab dah habis season

Apa-apapun, ramai lagi pemain-pemain MU yang muda dan berbakat besar bakal meneruskan perjuangan MU dalam EPL nanti. Untung betul new signing MU untuk season ni sebab dah dapat EPL medal seawal musim pertama diorang.
  1. Robin van Persie
  2. Shinji Kagawa
  3. Nick Powell
  4. Alexander Buttner
Murah rezeki, penyokong dari Malaysia terpaksa la ke Old Trafford lagi sekali season depan untuk kasi semangat dan jampi serapah sket...ha ha ha!

GLORY GLORY MAN UNITED!

2 comments:

Ninie Hanis said...

Haha..dah agak dah mesti entry ni keluar dengan pantas. Smalam mmg daddy Fahim tersengih2 nengok bola.terus kebah pening sume. :p

p/s oo hari tu pi OT pi jampi serapah satu stadium ka?patut menang :p

Mijoe said...

@Ninie Hanis

biasa la Mommy, ini entry penting...takleh tangguh2..keh keh keh.

Kemsalam dgn Zaid tau! Get well ASAP to Zaid and his handsome BigBoss! :)

Kat OT hari tu pi jampi Kagawa je..tu yg dia score 3 bijik tuh. Maklumla malam sebelum gi Manchester tu kan uncle mijoe dgn daddy sibuk duk critic si jepun itu..ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...