Tuesday, April 23, 2013

CHAMPIONS20|13

Assalamualaikum

Dah lama tak bukak cerita pasal bola, pasal MU in particular. Maka pada pagi yang berbahagia ini, pada jam 0500hrs waktu Malaysia (GMT+7), ataupun pukul 2200hrs 22nd April 2013 kat Manchester; OLD TRAFFORD STADIUM ye, kena la specific kan, Manchester United dah berjaya mengembalikan trofi yang memang dah selalunya port dalam trophy cabinet Old Trafford!
Kemenangan selesa ke atas Aston Villa 3-0 hasil jaringan Robin van Persie seawal minit ke 2, ditambah pulak dengan satu volley yang cantik untuk gol ke 2 dan jugak field goal yang menarik untuk gol ke 3 dalam separuh masa pertama dah cukup untuk menghiburkan 73,000 penyokong Red Devils. 
Shinji Kagawa patut boleh score gol ke 4 United masa separuh masa kedua, tapi rembatan dia melambung tinggi ke atas palang gol. Aku kesian jugak kat Villa sebab diorang pun tengah fight to avoid relegation. Tapi MU terpaksa make sure diorang menang selesa dulu untuk mengelakkan peristiwa macam season lepas terjadi lagi. 
CHAMPIONS20|13
Dendam dah terbalas. Dibalas dengan penuh bisa dan racun!!! Aku pulak emo ni...ha ha ha. Ye la, last season kalah last minute dan kalah sebab perbezaan gol sahaja! Sekarang MU dah confirm juara dengan ada 4 lagi baki perlawanan, dan jugak perbezaan gol yang agak besar dengan 'jiran bising' itu. Hopefully diorang akan menang baki kesemua game tu untuk mencipta rekod baru dalam EPL sebagai juara yang memungut mata paling banyak dalam satu musim. 96 mata target MU kali ni.  
Van the man!
Aku ingat pagi ni nak gi office pakai jaket Nike MU hitam yang baru beli tu la. Tengok la keadaan cuacanya macam mana. Kalau sejuk atau hujan pagi nanti, boleh la pakai! Nak je aku pakai pin badge sekali kat jaket tuh! 

Berbaloi la jugak gi layan game Norwich aritu bila dah berjaya jadi juara lagi sekali, seperti kebiasaannya tu kan. Bestkan bila ada baki 4 game nanti semua opponent kena perform Guard of Honour kat player MU. Masa 'jiran bising' tu menang, perlawanan terakhir, jadi takde team perlu perform GoH tu kat diorang kan sebab dah habis season

Apa-apapun, ramai lagi pemain-pemain MU yang muda dan berbakat besar bakal meneruskan perjuangan MU dalam EPL nanti. Untung betul new signing MU untuk season ni sebab dah dapat EPL medal seawal musim pertama diorang.
  1. Robin van Persie
  2. Shinji Kagawa
  3. Nick Powell
  4. Alexander Buttner
Murah rezeki, penyokong dari Malaysia terpaksa la ke Old Trafford lagi sekali season depan untuk kasi semangat dan jampi serapah sket...ha ha ha!

GLORY GLORY MAN UNITED!

Wednesday, April 10, 2013

Cubaan Pertama Di Too Woo Mba...

Assalamualaikum
Dah lama dah nampak restoren Melayu ni kat tepi Jalan Genting Kelang ni. Wifey pun dah lama ajak dine  situ, tapi tak berkesempatan. Padahal sekentut kucing je dari rumah. 

Ya...nama restoren ni Too Woo Mba. Diorang hidangkan makanan barat. Katanya steak la diorang punya specialty. Tapi aku order salmon. Ni sebab hari tuh aku belasah kambiang. Wifey je yang makan salmon

Hari tu aku jugak kata baik beli bahan dan buat sendiri kat rumah. Ni apa kes pergi makan kat kedai ni? Ooh...malam ni special sket. Nak bagi wifey rehat dan treat dia dinner kat tempat yang dia dah lama nak ajak aku makan...so takpelah. Malam ni dan hari ni hari istimewa, jadi abang belanja ye...he he he. Order la apa yang sayang teringin nak order ok?  
salmon aku ni RM18.90... tapi aku lagi prefer wifey aku buat...he he
Kat restoren ni jugak ada dijual daging-daging lembu yang diimport dari luar negara. Dan daging-daging lembu tu dibezakan mengikut apa makanan yang diberi kat encik lembu tu ketika hayatnya sebagai seekor lembu. Dan lembu ni duduk kat ladang, tak duduk di memana rumah pangsa... dah melalut dah. Sensitif la sikit... ha ha.

Wifey makan steak, tapi gambar tak sempat nak snap. Lapar sangat dah sebab malam ni hujan lebat sampai KL banjir kilat kat beberapa tempat. Tu yang buat aku menunggu bas dengan agak lama tuh

GPS location untuk restoren ni nanti la aku bagi. Nak cari senang je, landmarknya ialah PV128. Dekat la dengan Hospital Columbia Jalan Genting Kelang tuh. Parking mungkin agak susah kalau waktu malam, terutama sekali kalau malam minggu. Lagipun kawasan PV128 ni memang banyak tempat makan. Tu yang buat sesak sket tu.

Apa-apa pun selamat makan-makan cari jalan!

Mana Lah Bas Ni Tak Sampai-sampai???


Friday, April 5, 2013

Teringat-ingat Punya Pasal...

Assalamualaikum

Ni semua gara-gara duk teringat masa makan kat rumah Big Boss aritu. Terkena penangan air tangan dapur perantau grill button mushroom la ni. Sedap... bukan nak bodek tau!!! Memang sedap sangat...untung hero-hero kat Stafford tuh dapat isteri dan jugak mommy yang terer masak! Tu yang bila kat Jusco aku jadi rambang mata. Rembat je segala-gala aksesori masuk dalam troli. Kambiang yang dah dimarinated, ikan salmon 2 keping, buah kiwi dan yang paling penting Portobello Button Mushroom.
wifey punye...
Dan aku yakin wifey sure melompat-lompat gumbira tengok aku balik keje dengan tangan penuh bag plastik Jusco! Tak sabar la kot nak explore apakebenda yang aku shopping sampai bahu senget sebelah.

Bila dah revealed segala hasil tangkapan/lontaran aku, terus wifey teruja nak prepare dinner dengan barang-barang yang aku baru beli tuh. Aku pun apa lagi....excited  la kan. Perut tengah lapar, penat plak tu balik kheroje pastu meredah Jusco dengan gagahnya.
kambiang yang dah diperap bersama kawan-kawan sedunianya...

























Hasilnya, macam dalam 2 gambar kat atas ni la. Memang makan tak pandang kiri kanan ataupun TV kat depan mata dah. Senyap je makan... menghayati kesedapan cendawan butang tuh yang dicampur sekali dengan air kambiang dan ikan salmon tuh... erghhh, cerita balik pun aku sendiri yang 2-3 kali telan air liur.

Pelakon tambahan dalam dinner malam ni ialah pinggan Corelle Day Dream yang comel tuh...ha ha promote la ni. 

Apa-apa hal pun, puas hati sekali-sekala dapat makan macam ni. Buat sendiri lagi bagus...kang gi makan kat kedai kang mesti mahal giler kan. Beli dan buat sendiri kat rumah lagi puas hati dan boleh makan sambil tengok TV walaupun sebenarnya tak tengok pun.

Sekian saja sesi melelehkan air liur sendiri...ha ha.

Thursday, April 4, 2013

Untuk BigBoss Yang Super Duper Cute!

Assalamualaikum!

Oleh kerana ada orang tak berpeluang nak celebrate birthday BigBoss kat sana tu, maka terimalah satu entry special for the occasion, dari uncle and auntie untuk BigBoss.

Oo..sebelum terlupa, sorry la Zaid & Ninie sebab terpaksa displayed gambar BigBoss ni untuk entry kali ni yer...mintak ampun! He he... nanti dah balik sila la pau Uncle Mijoe itu.
Assalamualaikum & good morning!! BigBoss @ his office! :)
Tercapai jugak sebenarnya hajat uncle Mijoe nak jumpa BigBoss versi baby sebelum dia besar dan pekat slang Britishnya itu. Kalau tak, malu la uncle sebab takleh nak faham apa BigBoss cakap kan...ha ha. 
anak sape la ni comel sangat ni???
First time jumpa BigBoss  ni memang moodnya kurang baik. Mungkin sebab tidur BigBoss terganggu di tengahari Jumaat yang biasanya sunyi sepi je kecuali Mommy dengan aktiviti dapurnya preparing lunch for Daddy. Tapi hari tu pulak kecoh ye BigBoss... please forgive us ya BigBoss
Apa-apa pun, tak la lama sangat masa yang diambil untuk menarik perhatian BigBoss...terutama sekali dengan Uncle Mijoe kan. Daddy pun cakap yang BigBoss ni senang geng dengan lelaki-lelaki macho kan? Ha ha ha... dengan auntie Malin pun okay kan... he he.
pre-birthday shopping; walaupun bukan untuk BigBoss!
Tapi tu la, sekejap sangat masa kitorang lepak dengan BigBoss, ni gara-gara salah timing dan ada agenda lain yang agak penting untuk dilaksanakan. Nasib baik la uncle Mijoe sempat rakam video tengah chill bersama BigBoss masa sebelum breakfast hari Isnin tu. Memang kita boleh geng la BigBoss! Dah la kita ni teammate kan! 
favourite pose BigBoss... ha ha...
Macamana mood BigBoss masa kali pertama jumpa dengan kitorang, macam tu la jugak jadinya kali terakhir kita bertentang mata...alamak! Macam ayat sedih la pulok...

Yes, uncle and auntie excited to proceed our journey but at the same time rasa sedih nak tinggalkan BigBoss sebab kitorang tahu, the next we'll meet you dear, you'll not the same BigBoss baby version anymore... mesti dah makin handsome macam Daddy kan? 
Akhir kata dari uncle and auntie...

HAPPY 1ST BIRTHDAY FAHIM ZIDANE BIN MOHD ZAID

-XOXO-

Uncle Mijoe & Auntie Malin

Tuesday, April 2, 2013

Yang Mana Satu Idaman Kalbu???

Assalamualaikum

Ni merupakan gambar calon-calon yang bakal menggantikan tempat MiG-29; aset TUDM sekarang ni yang lebih banyak digunakan sebagai pertunjukkan udara. Pada sesiapa yang tak tahu pasal Smokey Bandits, boleh google.
Rafale (France) dan Eurofighter Typhoon (Germany, Spain, UK & Italy) ni jugak diperlukan untuk memperkuatkan lagi sistem pertahanan udara negara  yang sekarang ni dipertanggungjawabkan kepada pesawat F-18 Hornet buatan USA dan jugak Sukhoi 30 MKM buatan Russia.
So tak tahu la Mindef dan jugak kabinet berkenan yang mana satu antara 2 ni. Peruntukan cukup ke tak? Harga, pastu kos nak selenggara, senjata dan sebagainya.
Berapa la agaknya komisyen yang broker dapat dari deal ni ek...

Photo credits to Rafale Malaysia website.
Eurofighter's photo source Google.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...