Wednesday, March 20, 2013

Suatu Ketika Bahulu...

Assalamualaikum

Ni merupakan satu babak dalam sebuah drama/telemovie yang aku telah tertengok kat TV; siaran rangkaian apa aku dah lupa, sebentar tadi.

Situasinya, sepasang suami isteri yang tak berapa elok perangainya sedang berborak-borak di dalam rumah diorang kat kampung apa ntah. Di siang hari adanya. Si isteri mengumpat tentang seorang perempuan; A dari kampung halaman mereka yang telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan pulang ke kampung dengan memandu kereta yang agak gempak la. Kepulanganya adalah untuk memujuk seorang rakan kampungnya; B untuk mengikuti beliau pulang ke KL untuk mendapatkan kerja; mengubah nasib diri dan keluarga. Si A ni bekerja sebagai GRO/pelacur. Ni konon nak perangkap si B ikut jejak si A la neh...

Si suami pulak telah merogol B dan masih syok kat B, selalu curi-curi peluang untuk berjumpa B, tanpa pengetahuan isterinya. 

Hmm, panjangnya intro...

Ni rakaman perbualan diorang...

Isteri: "Bang! Saya dengar si B tu dah ngikut si A tu ke kolumpo!!!"

Suami:"Apa??? (buat-buat terkejut..cover line la tu konon!) Apa la si B tu nak buat kat kolumpo tu? Apa kheroje yang dia boleh buat?"

Isteri:"Entah-entah dia kheroje macam si A tu la kot bang!!!"

Suami:"Kheroje macam si A tu? Kheroje apa?" tanya si suami pulak buat-buat tak tahu...

Lepas tu si isteri pi berbisik kat telinga suaminya untuk bitau kheroje si A tuh. 

Lerr... ni memang trend citer melayu kan? Walaupun diorang berdua je kat dalam rumah tuh, kenapa takleh cakap macam biasa je? Kenapa nak kena bisik-bisik sampai krew penggambaran drama tu pun takleh dengar setakat nak cakap si B tu ikut si A jadi GRO dan pelacur? Konon nak kasi saspen la kot kat penonton dan nak suruh penonton teka apa kerja si A kat KL tu ek? Rasa macam cacat je cerita tu bila ada adegan yang lawak macam ni...

4 comments:

aby said...

Salam mijoe,
Stesen tv tu menang dh, klu ada org komen brmakna org tonton. Tu yg result depa tu nak.
Komen mijoe kt n3 F1 aby. ..
Nad dh belikan tiket, grnd stand lg...

Mijoe said...

pasni ni tiap2 tahun la Nad kena belikan tiket kat papanye...he he he..

Farahliza Isa said...

typical malay drama...camtu lerrrr

sbb tu x braper suka sgt tgok citer melayu.....huhuhuh

Mijoe said...

@Farahliza Isa

ha ha...biasa la tu kan. Mmg selalunya kita boleh agak jalan cerita drama2 kat Malaysia ni kan. Susah nak cari drama atau telemovie yg ada kelainan yg tersendiri kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...