Kelly 3572

Saturday, March 2, 2013

D4; Stafford - Manchester, Birthday & Manchester United vs Norwich City...

Assalamualaikum
0637hrs Selamat pagi Stafford!
Memula sekali, aku nak wish happy birthday kat diri aku sendiri pada hari ni! Special skit sambut hari tua tahun ni sebab lokasinya yang sangat menarik...bagi aku dan wifey la. Menarik sebab masa birthday kali ni, selain dari bersama wifey, dapat jugak bersama Zaid sekeluarga terutama sekali BigBoss! Dan another part of the day akan dihabiskan di Manchester, lebih spesifik lagi di Old Trafford!

Cuaca Stafford pagi ni agak baik. Alhamdulillah. Dapat tidur dengan nyenyak dalam keadaan dingin dan suam-suam kuku; sebab ada heater! Kalau takde heater, dah jadi ABC dah kot...he he..terima kasih tuan rumah! Jasamu dikenang! Tren ke Manchester Piccadilly yang kitorang dah booked tu akan berlepas dari stesyen Stafford pada pukul 1000hrs. Jadi pagi ni kitorang bersiap dalam keadaan yang tenang je la sebab Zaid akan hantar kitorang ke stesyen lepas breakfast nanti.

Pagi ni tuan rumah sediakan nasi lemak daun pisang dan jugak kopi O' Che Nah. Daun pisang yang diterbangkan khas dari KL! Fresh punya daun pisang...baru je potong hari tu semata-mata nak bawak ke Stafford! Nasi lemak yang simple, tapi bila makan beramai-ramai macam ni, jauh dari Malaysia pulak tuh, dengan daun pisang yang fresh, dilengkapkan pulak dengan kopi O' Che Nah, rasa macam sangat seronok! Ninie siap bekalkan lagi untuk kitorang bawak ke Manchester sebagai alas perut sebelum pergi tengok match tuh. Terima kasih lagi sekali. Macam nak pergi picnic kat atas pitch kat Old Trafford la pulak.

Lepas breakfast kitorang pun bergerak ke stesyen keretapi Stafford. Barang tak banyak pun nak kena bawak sebab nak tidur satu malam je kat Manchester. Bawak 2 backpack dengan barang keperluan yang basic dan gadget sahaja. Lain-lain luggage semua stay kat Stafford sebab esok nak balik ke Stafford semula lepas pergi melontar di Cheshire Oak!

Lepas Zaid dropped kitorang kat stesyen keretapi tuh, terus kitorang masuk ke platform untuk tunggu tren Cross Country ke Manchester Piccadilly. Tren sampai on time, dan departed on time! Perjalanan ke Manchester memakan masa hampir satu jam. Manchester Piccadilly ni memang stesyen terakhir laluan ni, jadi tak perlu risau la kalau terlepas perhentian ni ke, lain la kalau dah tersalah naik tren! Stesyen Manchester Piccadilly ni pun besar jugak, macam KL Sentral la kot.

Bila dah keluar dari stesyen, kitorang nampak ramai polis kat dalam stesyen tuh. Tak pasti pulak ada apa-apa kes ke dah jadi. Kitorang terus cari public transport untuk ke hotel Travelodge Manchester Salford Quays. Kitorang tempah bilik kat situ sebab hotel tu agak murah dan yang paling penting, boleh jalan kaki je ke Old Trafford nanti.
1125hrs; naik cab dari stesyen keretapi Manchester Piccadilly ke Hotel Travelodge Salford Quays
Oleh sebab nak cepat sampai hotel, kitorang naik cab ke hotel tuh. Nasib baik la senang dapat cab kat stesyen tu. Dan yang lebih best lagi, pemandunya ialah orang Islam, siap pakai ketayap lagi. Cuma dia tak banyak cakap la, just tanya nak gi mana tu je. Tak sampai 15 minit pun naik cab untuk ke hotel dari train station tu. Pukul 1130hrs camtu kitorang dah sampai kat hotel. Kitorang dah mintak early check-in pukul 1200hrs kat hotel masa buat tempahan dulu. Bayar la extra 10 pounds. Sebelah Travelodge ni ada pasaraya Morrisons! Travelodge ni terletak kat tepi main road nak menghala ke Old Trafford! Cawangan hotel ni agak baru berbanding dengan Travelodge yang kitorang stay masa 2010 dulu kat Manchester Ancoats. Sementara nak tunggu bilik kitorang siap, kitorang lepak dulu kat lobi.
1200hrs; selamat check-in
 


Dekat pukul 12 tengahari kitorang dibenarkan masuk ke bilik 204. Memang nampak serba baru lagi la furniture kat hotel ni. Rilek-rilek kejap sambil menjamu selera dengan nasi lemak yang Ninie bekalkan sebagai lunch sementara nak tunggu dinner kat rumah kawan wifey lepas game nanti. Masuk waktu zuhur, terus solat dan sebagainya. Kitorang kua dari hotel untuk menapak ke Old Trafford dekat pukul 1300hrs. Dari bilik hotel pun dah boleh nampak ramai supporter MU menapak ke stadium. Teruja betul first time nak tengok EPL match kat Old Trafford ni, masa birthday pulak tu!
1321hrs; pilih mana satu yang berkenan...
 
1325hrs; Old Trafford

1327hrs; kawasan berdekatan dengan stadium Old Trafford
Jalan kaki dari hotel ke Old Trafford ni memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Dengan cuaca dingin ni plus excited ni memang tak rasa penat langsung la. Banyak gerai-gerai kat luar stadium yang jual t-shirt dan macam-macam merchandise dan cenderahati Manchester United dan jugak team lain. Kitorang planned nak shopping kat gerai luar ni lepas habis match nanti. Yang penting sekarang kena cari gate nak masuk stadium untuk ke seat yang telah ditetapkan dalam tiket tu.

Nasib baik la jugak tak susah nak cari pintu masuk yang betul. Security check backpack yang aku bawak, diorang tak benarkan bawak masuk cecair dari luar. Nak minum kena beli kat dalam stadium sahaja. Lega la jugak aku sebab kamera dan videocam dibenarkan untuk dibawa masuk!
seat kitorang kat dalam Old Trafford. Diagram credits to this site.
Lepas je gate tuh, terus cari tangga nak naik ke atas. Tapi tak la pergi ke seat terus. Pergi beli air dulu untuk dapatkan botol kosong untuk urusan ke toilet nanti. Takde pulak gambar pemandangan luar stadium dari dalam Old Trafford yang betul-betul cantik untuk aku share kat sini. Lepas selesai minum dan pergi toilet baru la kitorang pergi cari seat kat dalam stadium tuh. Masa tu baru pukul 2 lebih, boleh la tengok team warm-up dulu sebelum kick-off @ 3pm. Gayat jugak seat kitorang tuh, dah la tinggi, hujung dunia jugak la. Dah bersempadan dengan Sir Alex Ferguson Stand dah!
1413hrs; crowd pun belum ramai kat dalam stadium
sebelah kiri seat kitorang
 
sebelah kanan seat kitorang
1424hrs; pemain United tengah warm-up
 
1500hrs; kick-off Manchester United vs Norwich City
United menyerang Norwich di awal 10 minit yang pertama...
Dipendekkan cerita, bersempena dengan birthday aku ni, MU berjaya menewaskan Norwich City dengan jaringan 4-0; 3 gol jaringan Shinji Kagawa dan satu dari rembatan cantik Wayne Rooney. Kalau bukan birthday aku tak la bermakna MU kalah pulak... cuma aku rasa sangat puas hati la datang dari jauh masa birthday lepas tu dapat tengok banyak gol! Wifey je yang missed 2 gol yang terakhir (gol Rooney dan Kagawa yang ke 3) sebab dia pergi toilet masa minit ke 80 lebih. Aku pulak sibuk dengan video-cam masa Rooney scored tu, jadi kelam kabut tak pasti nak concentrate shoot video ke atau nak tengok Rooney celebrate!
1702hrs; dah hampir takde penyokong dah sebab steward dah suruh keluar cepat-cepat...
Bila tamat perlawanan kitorang ingat nak posing lelama sket, tapi steward/security suruh semua orang keluar dari stadium dengan lebih cepat. Mungkin sebab diorang nak bersihkan stadium lebih awal dan buat preparation untuk next Champions League match hari Selasa nanti; 5/3/2013, lawan Real Madrid second leg! MU cuma perlu seri 0-0 untuk game ni atau tewaskan Madrid untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Tugas agak berat walaupun bermain kat Old Trafford... kitorang dah salah timing! Kalau tak memang dapat la merasa tengok live Champions League match kot. Bila lagi nak tengok CR7 beraksi live, walaupun bukan dalam jersey merah!

Keluar je dari stadium, kitorang merayau dan mini-shopping kat gerai-gerai yang jual merchandise kat sekitar stadium. Lepas selesai kat gerai, masuk pulak MU Megastore untuk cari barang yang dikirim oleh wifey punye colleague kat opis dan jugak usha merchandise lain yang mungkin menarik! Wifey hadiahkan aku sehelai jaket hitam yang selalu player MU pakai masa warming-up. Wifey pun beli jugak untuk dirinya sendiri! TQ wifey!

Masa kat dalam Megastore tuh boleh pulak aku terjumpa dengan junior aku masa kat sekolah menengah dulu, sekarang dah keje Shell kat KK. Bila aku tanya dia sokong MU jugak ke? Katanya tak, terpaksa layan game ni sebab game Liverpool dah ditunda! Kesian pulak bila penyokong LFC terpaksa masuk Old Trafford tengok game yang tak berkaitan langsung dengan LFC. Dia masuk megastore pun sebab kroni-kroninya kirim merchandise MU. Selesai urusan kat dalam megastore tuh kitorang lepak kat luar sekejap amik gambar lagi sket. Junior aku rushing balik ke London sebab dia dan kawan-kawannya dah nak balik KL esok pagi.

Habis cerita pasal bola! Kitorang menapak lebih kurang 15 minit ke stesyen tram yang terdekat dengan stadium iaitu stesyen Old Trafford untuk ke rumah Fauzi; ex-colleague wifey. Dari Old Trafford kitorang akan naik tram ke Abraham Moss (GBP3.40 one way adult). Kat hentian tram masa tu memang ramai la supporter MU menunggu tram untuk balik. Meriah betul! Kitorang menunggu tram agak lama, sampai risau la jugak takut service hujung minggu dihentikan lebih awal dari hari-hari biasa. Mengikut kata Fauzi, kitorang kena amik tram yang menuju ke Bury (through Woodlands or Victoria) untuk ke Abraham Moss ni. At last kitorang naik la tram ke Victoria sebab masa tu orang dah tak ramai kat stesyen Old Trafford. Panic dah jugak ni.

Suasana dalam tram yang di penuhi dengan penyokong MU tu? Fuhh!! Aku dengan wifey mula-mula macam takut gak. Diorang menyanyi-nyanyi macam orang mabuk! Siap terkinja-kinja sambil menepuk-nepuk bumbung tram. Sorang dari supporter tuh nampak aku pakai snow cap MU, terus dia ajak join diorang. Aku sengih je la, tak join pun. Dari apa yang aku dengar dan dapat tangkap, aku rasa diorang ada sebut nama Scholes dan Carrick dalam lagu yang diorang nyanyi tuh. Bila aku search balik kat internet, baru la aku dapat exactly apa yang diorang nyanyikan dan ulang berpuluh-puluh kali kat dalam tram tu...

"It's hard to believe it's not Scholes, it's Carrick you know..."
1919hrs; tunggu tram kat Picaddilly Gardens untuk ke Abraham Moss
Kitorang turun kat Piccadilly Gardens sebelum tunggu tram lain untuk ke Bury melalui Abraham Moss. Cantik suasana malam kat area stesyen Piccadilly Gardens tu sebab betul-betul kat tengah bandar Manchester. Dari Piccadilly Gardens ke Abraham Moss amik masa dalam 15 minit. Bila sampai kat Abraham Moss tuh, cuak jugak la sementara tunggu Fauzi datang pick-up kitorang. Dah la sunyi sepi dan tak de orang, kawasan macam gudang lama je...padahal belum pukul 8 malam pun! Nasib baik la tak lama sangat menunggu sebelum Fauzi sampai. Dari stesyen tram Abraham Moss tu cuma 4 minit je untuk sampai ke rumah Fauzi kat Lytton Avenue.
1942hrs; perhentian tram Abraham Moss
Kitorang dinner nasi arab kat rumah Fauzi. Bestnya masa cuaca sejuk ni dapat makan nasi arab panas-panas. Makan sampai kenyang dan malam ni boleh rileks, puas hati, bola pun dah menang besar, esok pulak nak pergi jalan-jalan dan wifey pulak dengan aktiviti melontarnya. Lepas tu dapat jumpa baby Fahim lagi!!! Memang tak sabar nak tunggu esok.

Dekat pukul 2245hrs camtu Fauzi pun hantar kitorang balik ke hotel. Tak sampai 15 minit pun kalau naik kereta, dah sampai hotel. Penat giler hari ni. Celik mata kat Stafford, naik tren, naik cab, tengok bola, naik turun tram, turun naik kereta, nasi lemak, nasi arab....lepas ni dah nak lelap kat Manchester...fuhhh bestnya cuti macam ni. Esok masih ada...

2 comments:

hafeeza shafiqca jamil said...

salam, saya pun akan duduk kat Travelodge tu November ni.. ok x hotel tu? kalau based on review, mcm byk problem.. risau gak..

Mijoe said...

Salam

so sorry sebab lambat reply pertanyaan Puan. Wpun saya rasa Puan dah pun stay kat Travelodge tu, saya tetap nak komen jugak hotel tu berdasarkan experience saya.

Bagi saya la, hotel tu sangat ok, sebab:

- masa saya pergi tu, hotel tu masih kelihatan baru, furniture pun semua elok dan berfungsi.

- walking distance to Old Trafford, senang kalau nak tengok game MU.

- dan bersebelahan dengan pasaraya.

hopefully Puan mendapat pengalaman yang baik stay kat situ dan jugak sepanjang bercuti di UK! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...