Kelly 3572

Friday, March 1, 2013

D3; London Euston - London Paddington - Reading - Birmingham - Stafford

Assalamualaikum

Cuaca London pagi ni Alhamdulillah, cerah dan sejuk walaupun ada hujan sikit. Hari ni nak travel jauh ke utara London, nak jumpa kawan blogger yang kenal kat alam cyber je, hari ni Insyaallah akan bertentang mata buat kali pertama! Tapi yang lebih bestnya ialah, nak jumpa anak dia yang boleh dikira baby lagi la... ha ha. excited ni.
0708hrs; selamat pagi London!
Kitorang bersiap dan check-out dari hotel lebih awal sebab nak bergerak ke stesyen King's Cross untuk naik tube ke Euston. Dari Euston baru naik intercity train ke Stafford. Tapi malam tadi kat news ada berita pasal gangguan perjalanan train yang melibatkan station London Euston ni yang mungkin berlarutan sehingga esok; hari ni la tu. Aku rasa macam tak sedap hati je, macam ada delay. Tapi papehal, kena pergi  ke Euston dulu.
0709hrs; ada tempat sewa basikal kat bawah hotel Travelodge ni...
Kitorang sampai kat Euston pukul 9 lebih. Memang nampak sangat ramai manusia. Bila tengok kat electronic information board, memang sah jangkaan aku, banyak train dari Euston ke destinasi tertentu dah cancelled! Bukan postpone lagi dah...cancelled terus! Announcement pun ada jugak yang suruh commuter consult dengan train staff untuk cari alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing.

Kitorang tanya dengan staff Virgin Train yang sepatutnya kitorang naik dari Euston tu tentang alternatif lain untuk ke Stafford. Panik tu jangan cakap la, sebab first experience, kat tempat orang pulak tuh, kalau kat KL Sentral tu takpe la. Staff tu cakap kitorang boleh naik train lain kat stesen Paddington untuk ke Stafford. Tiket yang kitorang dah beli still valid untuk perjalanan ke Stafford. Fuhh...lega tak payah beli tiket lain. Train dari Paddington tuh pun ada yang depart pukul 10am jugak. Kalau nak naik tren lepas tu pun boleh tapi aku nak kejar masa so that boleh sampai before solat Jumaat, tu yang bergegas nak jugak naik tren pukul 10 dari Paddington. Kroni kat Stafford diupdate dengan info train delay ni.

Dari Euston ke Paddington kitorang naik tube Victoria Line ke stesen Oxford Circus. Sampai situ tukar tube Bakerloo Line untuk ke Paddington. Nasib baik kitorang tak payah guna oyster card, cuma perlu tunjukkan tiket train London Euston ke Stafford tu je untuk perjalanan dari Euston ke Paddington.

Setelah ber'amazing-race' dari Euston, Alhamdulillah kitorang berjaya sampai kat Stesen Paddington sebelum pukul 1000hrs. Dari info yang diberi oleh staff kat situ, untuk ke Stafford, kitorang perlu naik train dari Paddington ke Reading. Sampai Reading kena tukar train lain ke Birmingham dan akhir sekali dari Birmingham kena naik tren lain pulak untuk ke Stafford! Nampak macam memenatkan, tipu aa kalau cakap tak penat! Tapi seriously tak rasa penat sebab rasa excited mengatasi segala-galanya! Aku la yang excited lebih...wifey tak tau penat ke tak. Tapi apa-apapun pengalaman ni memang priceless!

Tren berlepas dari Paddington ke Reading tepat pukul 1000hrs. Terus update kroni kat Stafford lagi sekali. Ezlika a.k.a Ez, kroni aku kat Coventry pun aku update jugak. Ez ni ialah schoolmate aku masa sekolah menengah dulu. Dia pun ada jugak planned nak jumpa aku kat Stafford malam ni sebab masa 2010 dulu tak sempat jumpa walaupun jarak rumah KMJ; wifey's cousin dengan rumah dia kat Coventry tuh hanyalah sekangkang snail...walaupun snail tak boleh mengangkang!

Aku planned nak solat Jumaat kat Stafford hari ni dengan Zaid, my new buddy; hubby to my blogger friend, Ninie ; proud parent of BigBoss, the handsome boy Fahim Zidane! Tapi dengan keadaan train yang terpaksa bertukar-tukar ni, tak pasti la sempat ke tak nak solat Jumaat hari ni, berserah sajalah pada Allah.
1030hrs; kat platform Reading train station waiting the next train to Birmingham
Kitorang sampai Reading dekat pukul 1030hrs; cepat-cepat keluarkan semua beg untuk tunggu next train ke Birmingham pulak. Cuaca yang dingin tuh membuatkan kitorang rasa selesa walaupun baju berlapis-lapis kat badan! Perjalanan dari Reading ke Birmingham ni la yang akan memakan masa paling lama, dekat 2 jam kot. Boleh la lelap-lelapkan mata kejap. Tak lama sangat pun tunggu tren untuk ke Birmingham ni.  Nasib baik orang pun tak la ramai sangat, takde la sampai kena berasak-asak atau kena berdiri. Semua orang dapat duduk! Dah settled dalam train, update Zaid lagi sekali.

Kitorang sampai di Birmingham lebih kurang pukul 1230hrs. Memang macam dah tak sempat nak solat Jumaat kat Stafford ni! Belum amik kira perjalanan dari Birmingham ke Stafford lagi yang memakan masa lebih kurang 35 minit. Macam biasa, terus update Zaid tentang lokasi kitorang.

Kitorang naik tren CrossCountry untuk ke Stafford dari Birmingham. Oleh kerana train tuh agak kurang lebar dan susah nak simpan luggage, jadi aku berdiri je sepanjang perjalanan tu, dan kasi wifey je duduk. Train tu pun tak ramai orang, tapi supaya senang aku nak monitor semua luggage, jadi aku berdiri je kat in-between coaches train tuh sesambil recording video. Ada la sorang mat salleh dan sorang pompuan berketurunan Middle East yang berdiri dengan aku kat situ.
1257hrs; approaching Stafford dah...wifey lepak kat seat dengan aman damai... he he
Bila train dah makin nak sampai Stafford, perasaan makin excited! Camne la bila jumpa blogger friend and her family in person...friendly ke tak? Boleh satu kepala ke tak? Ish...risau pulak...hopefully semuanya akan berjalan lancar dan 2 family ni bakal jadi good friend hendakNya...Amin!

Train CrossCountry tuh sampai kat Stafford Train Station lebih kurang pukul 1300hrs. Aku called Zaid bitau dia yang kitorang dah selamat sampai. Masa kua dari train untuk ke pintu keluar station tuh kitorang sempat borak dengan sorang makcik peramah yang balik ke Stafford dari London jugak. Siap bitau makcik tuh yang kitorang nak ke Manchester esok untuk football match. Makcik peramah tuh memang awesome! Patut amik gambar dengan dia buat kenangan!
1315hrs; Stafford Victoria Park dari pintu masuk stesen keretapi Stafford
While waiting for Zaid, wifey sempat la snapped gambar park kat depan stesen train Stafford ni. First impression aku yang pertama kali jejakkan kaki kat Stafford ni ialah, nampak tenang dan cantik! Beberapa minit kemudian aku noticed one guy yang selalu aku tengok kat blog wife dia je sebelum ni! Akhirnya berjumpa jugak aku dengan Zaid! Happy giler aku! Tak buang masa, terus angkat segala barang masuk kereta untuk terus balik rumah jumpa Ninie dan BigBoss! Dan memang kitorang tak sempat solat Jumaat hari ni. Takde rezeki aku agaknya kali ni...hopefully ada next time untuk aku solat Jumaat kat sini! Amin!

Dari stesen keretapi Stafford ke rumah diorang ni tak jauh pun, dalam 5 ke 10 minit je dah sampai, itupun sebab ada beberapa traffic light. Bila sampai kat rumah Zaid, Ninie tengah sibuk kat dapur while BigBoss taking his nap!! Alamak... risau pulak kot-kot nanti BigBoss terjaga sebab kebisingan luar biasa di tengahari Jumaat kat rumah dia. Biasa senyap je tengahari Jumaat, tetiba pulak hari ni kecoh-kecoh kat rumah!
1410hrs; lunch @ Dapur Perantau!!! Alhamdulillah...sedap dan kenyang giler!!!
Selepas sesi taaruf dengan lebih detail dan menenangkan perasaan kejap...ha ha, tuan rumah menjamu kitorang lunch dengan lauk yang simple tapi sampai hari ni aku terasa-rasa kat anak tekak lagi. Ni dah macam segmen testimonial untuk dapur perantau dah ni. Tapi ni bukan komen berbayar... ni komen ikhlas! Memang sedap ayam, salmon dan vegie yang cute tu! Ikutkan perasaan tanpa malu, memang bertambah-tambah kitorang nak makan tu...tapi memang bertambah pun! Cuma tak sampai tahap memalukan diri sendiri je la....he he. Tapi memang best la Ninie! Punye la syok makan sampai aku dah lupa bila masa BigBoss akhirnya terjaga dari nap dia tuh. Mungkin dia mimpi Uncle & Auntie dah sampai rumah dia kot...dia terjaga before lunch ke during lunch aku dah lupa! Yang aku ingat bila wifey nak bertaaruf dan cuba dukung dia, terus dia uwaaaaaaa nangishhhhh!!!! Ala haru dan kesian sungguh dengan budak comel tuh...satu insiden yang aku akan ingat sampai bila-bila. Terus wifey surrender! Itu budak terkejut + panic + tak cukup rehat kot. "Stranger dan alien mana pulak datang rumah aku neh?" mungkin tu la yang Fahim Zidane duk pikir kot...
1522hrs; view bahagian belakang rumah BigBoss dari bilik tetamu..dengan cuaca yang sangat best!
Selepas kekenyangan, kitorang berehat dan menunaikan kewajipan kat bilik tetamu yang tuan rumah sediakan! Sebelah bilik BigBoss! Barang-barang yang ibunda Zaid kirimkan kat kitorang pun Alhamdulillah berjaya disampaikan dengan tiada sedikit pun kekurangan dan kecacatan, perfect! Memang puas hati aku dapat laksanakan misi ni! Tuan rumah pun kasi kat kitorang Manchester United 2012/2013 Official Membership Welcome Pack dan 6 kotak Marlenka Honey Cake yang kitorang addresskan kat rumah diorang. Petang nanti Zaid nak bawak kitorang jalan-jalan around Stafford ni.
1638hrs: wifey & me kat Victoria Park entrance
Lepas Asar kitorang keluar jalan-jalan amik angin petang kat pekan Stafford yang bagi aku cantik, bersih dan tenang. Yang bestnya bila tengok gelagat BigBoss yang control macho je sepanjang perjalanan dengan kitorang ni. He he.
1641hrs; sekali-sekala dapat suasana nyaman camni...Alhamdulillah... landscape pun cantik...
1643hrs; tak tahu nak komen apa dah... cakap SubhanAllah je...
1647hrs; one of the street...
1648hrs; depan restoren The Soup Kitchen dengan BigBoss!
Aku dengan wifey memang rasa macam nak je ajak Zaid & Ninie dine kat Soup Kitchen ni... nampak macam sangat menarik, tapi sebab bukan halal, maka terpaksa bergambar je la depan restoren yang sangat berkonsepkan English ni. Bergambar pulak dengan BigBoss Stafford, lagi la bermakna..keh keh..pipi itu BigBoss memang menggeramkan uncle dan auntie!!!
1652hrs; jangan bawak wife korang lalu depan kedai ni...
1655hrs; depan Stafford Museum

1713hrs; kejutan budaya kejap bila terpampang bandar kecik, tak sibuk, bersih dan nyaman macam ni...
1723hrs; depan Shire Hall, dulu mahkamah, sekarang dah jadi art gallery...
1723hrs; agak-agak duit dah takde, boleh la withdraw fulus dari sini..ha ha ha
1733hrs; kincir air ni merupakan salah satu mercu tanda pekan Stafford ni...
1740hrs: on the way nak ke kereta Zaid yang parked dekat dengan Tesco Extra
1742hrs; BigBoss yang akhirnya selamat dibuai mimpi... geram tul uncle tengok ini budak...
Habis je aktiviti ronda town Stafford yang comel tu, kitorang pun balik la ke rumah Zaid untuk rest, dinner dan menunggu kedatangan Ez dan keluarganya.

Ez sampai kat rumah Zaid lebih kurang pukul 8 lebih dengan hubbynya Adam dan 2 orang anaknya; Rahil and Imaan. Kesian jugak kat diorang sebab susah nak jumpa rumah Zaid walaupun dengan bantuan 3 satnav! Zaid dengan aku meredah kesejukan malam winter untuk tunggu diorang kat tepi jalan. Yang aku takleh lupa ialah aku dengan selamba badaknya pakai short-sleeve t-shirt dengan pant yang nipis je berjalan kaki dengan Zaid yang pakai proper winter attire. Sejuk giler! Suhu masa tu dalam 3'C je.

Seronok gila dapat jumpa schoolmate yang memang dah berkurun tak jumpa. Seronok jugak sebab aku dapat kenalkan 2 families kat UK ni; hopefully diorang akan terus berhubung dan attend open house  atau kenduri-kendara bila ada! Kitorang dinner bersama-sama sambil bertukar-tukar cerita dan perkembangan keluarga dan kerjaya masing-masing. Sungguh skema ayat ni. Oleh sebab meeting dengan Ez malam ni agak terhad masanya, Ez planning to meet up again masa hari terakhir aku kat London nanti. Ok sangat la tu since flight nak balik KL pun pukul 10 malam, boleh la penuhkan masa dengan jalan-jalan dan lepak dengan Ez lagi!

Ez dan family bertolak balik ke Coventry dalam pukul 10 lebih. Sempat la aku bagi sekotak Marlenka cake kat Ez sebagai buah tangan dari aku setelah dia bersusah payah datang dari jauh nak jumpa aku. Thank you Ez and thank you jugak kat Zaid & Ninie & BigBoss (BigBoss tak jumpa pun Auntie Ez & family sebab BigBoss dah sampai ke bulan..he he) sebab sudi pelawa Ez datang rumah korang untuk jumpa uncle Mijoe ni. Agak terkilan sebab satu gambar 3 families pun aku lupa nak amik...aduh...sedih betul!

Sebelum pejam mata, kitorang packing barang sket sebab esoknya, big day dan nak travel north for a birthday treat!

Old Trafford Stadium... tunggggggggguuuuuuuuuuuuuuu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...