Tuesday, March 26, 2013

Al Amaan

Assalamualaikum

Wifey tak berapa nak sihat. Dari minggu lepas asyik semput memanjang. Asyik ulang-alik gi Klinik Idzham tuh for nebulizer. Akhirnye pagi tadi, dia menyerah diri ke spital yang biasa la kalau nak amik pakej berhari-hari dan bermalam-malam tuh. Lepas lunch aku terus ke spital tuh untuk tunggu wifey selesaikan urusan check-in ke wad. 

Bila urusan pendaftaran dah selesai, baru la aku bawak kete ke office. Dapat la deliver 3 kotak Corelle kat buyer, kebetulan pulak dah masukkan set Corelle tuh dalam bonet 2-3 hari sebelum tuh. 
Ni dah masuk kali kedua menggunakan kemudahan skim perlindungan insuran majikan untuk lepak kat bilik tanpa roommate ni. Lebih privacy, baru la boleh berehat semaksimum yang mungkin.
TV pun ada gak channel Astro. Walaupun bukan semua channel, tapi sekurang-kurangnya ada channel yang penting macam Fox Sport tu. Kang senang nak tengok game MU nanti! Ha ha. Kebetulan pulak game minggu ni lawan Sunderland ditayangkan kat Fox Sport (812). Boleh la tengok game tu nanti kat sini dengan wifey kalau wifey belum discharge dari sini. Kalau MU perform below par memang ada la bacaan tekanan darah yang tak berapa elok kot...ha ha ha.

Service kat Pusrawi ni rasanya masih banyak yang boleh diperbaiki. Ada yang ok, ada yang sedang-sedang je dan ada jugak yang mengecewakan sebagai sebuah hospital swasta. Kalau bandingkan dengan perkhidmatan dan kualiti hospital swasta lain kat KL ni macam Gleneagles, Ampang Puteri semua tuh, rasanya Pusrawi ni macam agak ketinggalan jugak la. 

Cuma yang best, ada laungan azan untuk setiap waktu solat, ada tafsir Al-Quran dalam drawer setiap katil dan jugak buku panduan solat untuk orang sakit. Memang la kena ada kalau dah namapun Pusat Rawatan Islam kan. Semoga Pusrawi akan terus improve dan maju! 

Wifey pulak, get well soon darling! Nampak sangat husband anda akan keboringan duk umah sensorang....ha ha ha.

5 comments:

Farahliza Isa said...

kakak, cepat sembuh yer....aminn

en. mijoe sempat lg nk tgok bola tuuu...kehkehkeh :P

Ninie Hanis said...

Salam korang, malin teruk ke asma nya? Semoga Malin cepat sembuh dan harap2 game MU vs Sunderland nnti dapat menyembuhkan Malin cepat2. Sedang taip ni,daddy tgh tgk bola le tu. Big boss..hmmpphh..nap kat atas sbb skrg tghari.

Get well soon ya! Amin..

Mijoe said...

Farah,

terima kasih utk doa pada wifey en mijoe tuh. :)

dah start guna ke set yg amik aritu? :) jangan kasi jejebons pun makan blackwood dalam bowl corelle dah le..he he

Mijoe said...

salam Zaid, Ninie & Big Boss! :)

auntie malin teruk la jugak sebab sampai skrg ni pun belum discharge dari sepital... :p

kitorang tgk bola kat sepital arini..he he, sib baik menang, dan masa nurse check BP tadi, sib baik normal bacaannya wpun MU main tak berapa best..ha ha.

dapat email uncle mijoe send video big boss x? ada 2 very large email...harap2 dapat la.. :p

aby said...

Salam mijoe,
Br 4 hari pun dh naik sarau?
Hahaha.
Apapun semoga wf mijoe cepat smbuh dan pulang ke pngkuan abg mijoe seawal mungkin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...