Kelly 3572

Monday, February 25, 2013

Ops Daun Pisang

Assalamualaikum

Masa semakin mendesak. Operasi terpaksa dilakukan malam ini jugak demi kestabilan hari esok dan impian untuk melihat kegembiraan penduduk di kawasan terbabit. Tiada apa yang perlu ditakutkan, walaupun terpaksa meredah kawasan perkuburan di malam hari dengan senjata tajam.

Hasil risikan dan maklumat yang telah sedia maklum, operasi di atas telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Spesimen dan bahan bukti yang sangat kukuh telah disejukbekukan untuk menjamin kualiti spesimen berkenaan yang akan dihantar ke makmal untuk tujuan selanjutnya pada hari Jumaat nanti.

Semoga segalanya akan berjalan lancar dan selamat, Amin.

6 comments:

Ninie Hanis said...

hah!! tak baca sebab tak bukak belog punya la lama..kahkahkah..

Inilah hasil specimen tersebut. Berjaya dengan hasil nasik lemak daun pise £1. Mantap. Time kasih incek mijoe terpaksa meredah malam2 buta amik daun pisang. :)

Mijoe said...

Ninie..

saje je buat gempak..padahal pokok pisang kat tepi pagar je..he he. Tang kubur tuh pun takde pape sebenarnye... tempat bersemadi memeow kesayangan kat belakang rumah kat Gombak tu..he he.

Dah settle dah daun pisang? boleh ke bakar salmon dalam daun pisang? he he

salam utk Zaid, dan istimewa utk big boss yg dah boleh jalan tu... :p

Ninie Hanis said...

uishh sayang nak guna.kami buat lagi skali nasik lemak daun pisang pastu. simpan2 sayang nak pakai.hihi..

Mijoe said...

agak2 la kan, kalau pos daun pisang dari KL ni ok lagi tak by the time sampai Stafford? :p

Farahliza Isa said...

uiiiii...saspennyerrr...hikhikhik

Mijoe said...

ha ha.. jangan saspen sangat Farah...intro je lebih tu..takde membahayakan keamanan negare pong...he he... membahayakan perut ada aa..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...