Kelly 3572

Friday, February 15, 2013

Amaran DariNya...

Assalamualaikum

Dari semalam lagi aku dah terbaca berita pasal Asteroid 2012 DA14 yang bakal melalui orbitnya yang paling hampir dengan bumi. Bila aku terbaca dan terimagine akan saiznya yang kemungkinan besar selebar ataupun sepanjang 45 meter tu, aku rasa seram semacam je. Seram memikirkan kesannya ke atas muka bumi sekiranya asteroid sebesar itu dan seberat 143,000 tan jatuh ke atas bumi dengan kekuatan yang dianggarkan lebih daripada 180 kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima dulu. 

Dan petang tadi, benda yang aku agak risau tu berlaku jugak. Chelyabinsk, bahagian timur Moscow dikejutkan dengan objek yang dipercayai serpihan daripada Asteroid 2012 DA14. Dari berita awal di internet mengatakan lebih 400 orang cedera akibat daripada terkena serpihan kaca bangunan dan apartment yang pecah akibat dari serpihan asteroid tersebut. 

Boleh cari video yang telah banyak diupload ke YouTube pasal ni. Ni salah satu dari video tu. Agak-agaknya, besar mana je la serpihan asteroid yang jatuh kat Chelyabinsk tu kan. Mungkin sebesar bolasepak, tapi tengok la cahaya yang dihasilkan tu, dan apa jadi kalau ianya kena rumah kita? Wallahualam.

Cuba la baca pasal Tunguska Event tu, salah satu daripada kesan hentaman asteroid ke atas bumi. Dari apa yang aku faham, kes Tunguska ni pun disebabkan oleh asteroid yang saiznya lebih kurang Asteroid 2012 DA14. Jatuh kat Russia jugak pulak tu pada tahun 1908. Nasib baik jatuh kat kawasan hutan. Kalau tengah-tengah bandar camno? Lebih dari 2,000 km persegi kawasan hutan berjaya diratakan asteroid tuh. 

Bayangkan, kalau Asteroid 2012 DA14 jatuh dalam laut. Kemungkinan besar tsunami terjadi. Kalau jatuh betul-betul kat tengah bandar, memang lenyap la segala-galanya. Tak sempat nak bertaubat nasuha. 

Bacaan di Wikipedia mengatakan Asteroid 2012 DA14 mungkin akan melanggar bumi pada tahun 2080 ataupun 2111. Tapi peratus kejadian tu akan berlaku memang sangat tipis la... tak sampai 0.00001% pun. Tapi, ni baru Asteroid 2012 DA14 yang baru diorang jumpa. Belum lagi meteor ataupun asteroid yang lain yang diorang belum discover dan saiznya mungkin jauh lebih besar! Nauzubillah.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang lebih beriman, berusaha untuk lebih mengingatiNya dan selalu beristigfar semoga dosa-dosa kita yang lalu diampuniNya.

Kiamat berlaku pada hari Jumaat...hari ni kan hari Jumaat...hmm..

1 comment:

meowwmania said...

mmg takut sgt...dah hampir sangat dah kan cuma kita manusia yg slalu lalai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...