Kelly 3572

Thursday, February 28, 2013

D2; Sesi Cuci Mata Dan Window Shopping...

Assalamualaikum 

Dan selamat pagi Londoners!! Malam tadi tak leh tidur dengan lena sangat sebab tak biasa dengan aircond yang agak power tuh! Jakun kan.... dah ada heater pun tak leh tido jugak. Tapi agak lewat jugak kitorang terjaga pagi ni. Matahari naik pukul 0648hrs camtu la. Subuh pun masuk pukul 0513hrs. Lepas menunaikan kewajipan, sambung tidur sikit lagi...lagipun bukannya ada nak ke mana-mana sangat pun pagi ni. 

Breakfast pagi ni ialah bahan-bahan yang dibawak dari rumah la. Roti gardenia, maggi dan nescafe 3 in 1. Sedap woo pekena nescafe panas-panas dalam cuaca yang sejuk ni. Kalau kat KL memang tak pandang dah nescafe 3 in 1 ni...belagaks!!! Ha ha ha... semakin ringan la luggage bila start gunakan bahan-bahan makanan yang dibawak ni. Senang la nak bergerak ke sana ke mari nanti.

Pakaian mestilah yang sangat bersesuaian dengan cuaca bawah 10'C ok! Aku pakai 3 lapis la. T-Shirt lengan pendek, t-shirt lengan panjang dan jugak sweater yang ada hood, senang sikit kalau tak tahan dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu. Glove dan snow cap pun mesti bawak jugak woo...

Aksesori lain yang kena bawak sekali ialah, botol kosong untuk urusan ke jamban bila perlu. Dan jugak air untuk diminum. Air masak la, takut dehydrated pulak dengan cuaca macam ni. Kamera dan gadget yang dirasakan perlu untuk urusan posing nanti!
1003hrs; dalam St Pancras International Train Station...rimau tu dibuat daripada tin-tin minuman terpakai...
Pukul 9 lebih kitorang berjalan kaki ke King's Cross St Pancras sebab nak pergi print ticket Eurostar ke Brussels pada 5hb Mac nanti. Print siap-siap supaya tak kelam-kabut bila dah sampai harinya nanti. Print ticket tuh kat kiosk je. Ramai je staff Eurostar yang sudi membantu. Selain dari print ticket Eurostar, kitorang print sekali ticket intercity train untuk perjalanan esok dari stesen London Euston ke Stafford dan jugak dari Stafford ke London Euston pada 4hb Mac nanti. Tu la salah satu kemudahan yang menarik tentang public transport kat UK ni, boleh book online sebulan dua sebelum tarikh perjalanan dan boleh amik atau print ticket tuh kat mana-mana stesyen train diorang.

Selesai print ticket train, kitorang cuci mata sket kat kedai-kedai dalam stesyen St Pancras tu sebelum ke agenda seterusnya, nak ke Buckingham Palace, istana tempat kediaman rasmi keluarga diraja Britain. Naik je tube Piccadilly Line dari stesen King's Cross St Pancras (zone 1) tu ke Hyde Park Corner (zone 1); tambangnya ialah GBP2.10 (ni tambang standard kalau travel within the same zone)
1041hrs; wifey @ Wellington Memorial, sebelum ke Buckingham Palace! Pengawal berkuda kat background tuh..
Sampai kat Hyde Park Corner tuh kena jalan kaki sket ke arah timur (Constitution Hill) dalam 10 minit la kot untuk sampai ke istana Buckingham tu. Masa tengah berjalan ke arah istana tuh kitorang dah terserempak dengan pasukan tentera berkuda yang handsome bergaya dalam uniform masing-masing menunggang kuda ke arah istana. Woaa..mesti acara pertukaran pengawal istana dah nak start la ni kot...tu yang terlintas dalam kefale hotak kitorang masa tuh.
2 alien sesat...

Bila sampai kat depan istana, manusia dah ramai dah. Tapi tak la seramai yang aku pernah tengok dalam video kat internet sebelum ni. Sebab crowd tak berapa ramai, senang-senang je la kitorang boleh pergi ke tepi pagar istana untuk usha dengan lebih dekat. Usha gak kat balkoni tempat Kate dengan William duk melambai-lambai masa hari diorang kawin dulu, tapi takde sape pun kat balkoni dan sebalik langsir dalam istana tuh. Mana aa tau kot-kot Kate usha-usha jugak orang datang ke istana dia kan. Rupa-rupanya acara pertukaran pengawal istana pada hari ni ditangguhkan keesokan hari sebab cuaca yang agak kurang baik. Malam tadi aku rasa macam hujan kot sebab London basah je kat sana-sini. Frust la jugak bila acara yang penting kat istana Buckingham ni tak dapat kitorang nak tengok live. Masa dulu tak sempat langsung nak ke Buckingham ni, sekarang bila dah ada depan mata, acara tu pulak ditangguhkan. Takde rezeki la tu namanya. Lain kali la jawabnya...dapat usha dari tepi pagar guard mundar mandir macam robot tu pun dah kira bagus dah tu.
1105hrs; takde acara pertukaran pengawal istana hari ni...
Kitorang habiskan masa dengan posing URTV je la. Dan sempat lagi sekali tengok pasukan berkuda tadi patah balik ke arah yang bertentangan. Kuda-kuda tu semua sure bangga sebab ramai manusia datang tengok diekor berkawad dalam bandar London ni kot!
Kitorang sambung jalan kaki keluar masuk kedai kat area istana tuh, konon nak usha souvenir tapi takde yang berkenan di hati. Agenda seterusnya ialah nak gi masjid kat Regent's Park, masjid yang aku rasa yang terbesar di UK. Sungguh terharu perasaan masa nak ke situ. Kitorang naik tube dari stesen Victoria (zone 1) ke stesen mana ntah, dah lufe...antara Marble Arch ataupun Edgware Road kot, tapi memang stesen zone 1 jugak la. Kalau nak ke masjid tu nanti, stesen paling dekat ialah Baker Street (zone 1) pada pendapat aku la. Baker Street tu jugak dekat sangat dengan Madame Tussauds.
1143hrs; salah satu kedai yang jual souvenir Buckingham Palace...
Dari stesen tube yang aku dah lufe tuh, kitorang berjalan kaki lagi, agak jauh jugak la. Sampai terpaksa berhenti kat satu kedai yang ada staff muslimah kat dalam kedai tu yang bersungguh-sungguh memberi kitorang direction ke masjid tuh. Thank you sister! May Allah bless you...Amin. Kitorang hampir tersesat jugak sebenarnya sebab tak jumpa main entrance ke masjid tuh. Main entrance ke masjid kat Regent's Park tuh terletak kat depan main road; Park Road (A41). Jangan pergi keliling masjid tu pulak macam kitorang sampai ke park tu...penat nak kena pusing balik sebab kawasan masjid tu yang luas! :)
Alhamdulillah...jumpa jugak akhirnya...
Selesai menunaikan kewajipan, kitorang lunch dulu kat restoran kat bahagian bawah masjid ni. Alhamdulillah, rasa sangat selesa bila dah sempurnakan tanggungjawab, lepas tu ada tempat makan yang tak perlu diragui statusnya. Sangat memudahkan...dapat makan nasi beriyani pulak tuh. Sesiapa yang berpeluang ke London, jangan lupa singgah kat masjid ni ye. Bukan sahaja dapat beribadat dengan aman dan selesa, nak makan pun senang. Dan ada jugak kedai-kedai yang menjual bermacam-macam buku, pakaian dan wangian yang sesuai untuk orang-orang Islam.
masjid ni memang besar...mampu menampung jumlah jemaah yang besar pada satu masa...
waktu solat London pada hari tu...
beriyani for lunch...

kitorang suka dengan minuman dalam kotak ni...specially yang pineapple & coconut tuh..
Kitorang teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Madame Tussauds. Takde la plan nak masuk dalam tu pun sebenarnya. Rasa macam tak berbaloi bayar mahal-mahal untuk gi tengok real size replica atau patung celebrity. Setakat pergi depan Madame Tussauds tu cukup la kot. Daripada bayar tiket untuk masuk dalam tu, aku rasa lebih baik naik London Eye atau naik river cruise sungai Thames tu ke kan... lagi puas hati rasanya. Papepun, dari masjid ke Madame Tussauds ni kalau jalan kaki adalah 10-15 minit je. Sampai depan Madame Tussauds, posing sket pastu terus sambung perjalanan ke destinasi paling wifey suka, Oxford Street.
1500hrs; wifey depan Madame Tussauds

1503hrs; aku pun sibuk nak posing jugak...
Jalan kaki jugak. Kasi exercise sket time cuaca sejuk ni. 15 minit jugak la jalan kaki dari Madame Tussauds ke Oxford Street tu. Bila dah sampai Oxford Street. Aku dah lost time. Follow je wifey terjah menerjah kedai dan butik-butik kat situ. Sampai biru muka aku kot...ha ha ha. Pompuan kalau shopping atau window shopping...biasa la kan. Tau-tau aje la kat situ kat kiri-kanan jalan tu kedai-kedai yang menggoda jiwa shopaholics! Nasib baik aku bukan kaki shopping!

Lama la jugak aku ikut wifey survey tuh. Bila dah wifey tengok muka aku hampir biru tuh, baru la kitorang decided to balik hotel! Nak kena rest secukupnya dan packing barang sebab esok nak gi Stafford!!!! Yeayyyyy... happy gila! Nak jumpa baby!!!
my dinner...
Kitorang terus tapau dinner, malas dah nak keluar semula. Malam ni aku makan burger pun cukup. Kalau tak cukup jugak boleh tambah maggi!. Tak elok makan maggi ni ok! Lepas ni dah tak nak makan maggi dah seboleh-bolehnya. Dah la pagi tadi pun belasah maggi jugak!
burger saje mana cukup...
Selesai mandi-manda dan buat pape yang patut, layan tv, dan terus sign-off the day! Esok nak kena gerak ke London Euston! Train ke Stafford pukul 1000hrs! Kang tertinggal kang naya je kena beli tiket baru!!! Tak sabar nak jumpa kawan baru in person, dan yang paling penting, nak jumpa baby handsome!

Good nite London! Harap-harap malam ni boleh tidur dengan lebih lena...

Wednesday, February 27, 2013

D1; The Arrival And Check-In To London

Keluar je dari perut kapal, dapat la terasa sket macamana suhu 4'C tuh. Tapi tu belum keluar dari terminal lagi. Belum betul-betul suhu kat luar bangunan. So takleh la nak eksen sangat. Dalam terminal mesti ada heater kan...

Mula-mula kena pergi jamban dulu. Kang nanti nak gi collect luggage, nak beratur kat kastam dan imigressen lagi, nak naik tube lagi ke town dengan beg-beg ni semua dengan suhu yang kitorang tak biasa tuh, makan masa lama jugak tuh! Selesai urusan seri paduka baginda kat jamban, baru la gi collect luggage. Ramai la jugak aku perasan student Malaysia yang nak balik ke uni masing-masing yang satu flight dengan kitorang tadi. 

Beratur kat imigressen agak lama jugak, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Staff imigressen tanya soklan basic je la, datang untuk apa, nak gi mana lagi, bila balik KL, tengok game MU lawan sapa...ha ha ha. Dah settled dapat cop kat passport baru la dengan penuh debaran tolak troli ke area kastam ha ha. Selawat banyak-banyak oo...dengan penuh harapan biar tak sangkut dan tak disoal jawab pasal barang-barang dalam luggage tuh. Anjing kastam pun takdok masa tu. Mungkin diekor tengah tea-break kot, tak ye pun dah balik awal hari tu...ha ha ha. Dan dengan berkat doa kitorang sendiri, Makcik Zaiton, Zaid and family, maka Alhamdulillah sangat-sangat. Staff kastam tak pandang pun kitorang. Ha ha ha...cepat!!! tolak troli laju-laju keluar ke arrival hall!!! He he...
1708hrs; Tube station Heathrow Terminal 4...
Sebelum ke stesyen tube, stop kejap kat kedai untuk top-up Oyster card. Aku beli yang baru sebab Oyster card aku yang dulu tak tahu mana pergi dah. Dari stesyen Heathrow Terminal 4 (Zone 6) takyah tukar tube dah, duduk je dalam tube sampai la ke stesyen King's Cross St Pancras (Zone 1). Ni tube service Piccadilly Line yer...kaler dark blue kalau tengok kat London Tube Map tuh.
1852hrs; selamat check-in kat Travelodge Kings Cross Royal Scott
Sampai kat King's Cross, jalan kaki ke Travelodge Kings Cross Royal Scott. Ada la lebih 10 minit jalan kaki ke hotel tu, sebab dengan luggage tu semua. Bila dah kat luar stesyen tube tuh baru la merasa macamana suhu 4'C tuh, tapi aku rasa lagi rendah dari tu kot sebab masa tu dah gelap. Mungkin dalam pukul 6 lebih dah kot.
view luar dari bilik kitorang...
Dah check-in kat hotel, lepak-lepak kejap kat bilik, pastu baru la keluar semula nak cari dinner kat restoren halal yang sangat mudah nak cari kat London ni. Ada la 3-4 restoren kat Grays Inn Road dan King's Cross Road yang kitorang dah marked untuk cuba tapau or dine-in nanti. Kebab, burger dan fish & chips tu memang akan jadi menu standard la kalau kat sini. Aku beli sim card Lebara Mobile kat tepi jalan lepas  tapau dinner. Dulu pun memang guna Lebara ni, tu yang aku terus beli je. Memang jimat la guna Lebara ni daripada subscribe international roaming!
harga sim card pack ni ialah 0.99p plus GBP5 untuk airtime = GBP5.99
Bilik yang kitorang booked tu biasa-biasa je, bukan bilik mewah pun. Lagipun hotel ni memang dah lama wujud. Kitorang stay sini pun sebab jaraknya yang dekat dengan tube station dan murah la dari hotel-hotel lain yang ada kat sekitar King's Cross ni. TV dalam bilik pun TV kecik skrin 14 inci tu je, bukan flat-screen tv pun! Takpe la, bukannya nak terperap 2 hari kat dalam bilik ni pun kan. Kata nak meronda-ronda dan window-shopping London! 
bilik setelah di huru-harakan...ha ha ha...
Lepas selesai dinner, mandi manda dan layan tv sket, kitorang pun sign-off the day yang sungguh sejuk tuh dan charge bateri untuk merayau kat town esok!!! Good nite London! 
dah ada heater dalam bilik pun still sejuk giler...

selamat malam London!
Landing at Runway 09 R at +/- 1545hrs (GMT 0)

D Day; Malaysia KUL - United Kingdom LHR

Assalamualaikum

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Pukul 7 lebih pilot hantar aku dan wifey ke KLIA bersama-sama 4 beg yang takla besar mana dan tak la berat sangat pun walaupun penuh dengan barang-barang untuk dimakan...ha ha.

Pilot dropped kitorang kat departure hall dan balik lepas salam-salam dengan kitorang. Aku terus amik troli untuk angkut segala beg to check in dan amik boarding pass. Urusan check-in semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 

Perasaan memang sangat gembira dan teruja sebab ni lah kali pertama kitorang nak merasa naik Airbus A380 yang sudah tentu la milik Malaysia Airlines. The brand new double-decker aircraft. Selama ni asyik duk usha kat YouTube je kan. Pagi ni MH 0004 MAS A380 (Registration number 9M-MNB) akan mengangkut kitorang dan penumpang lain ke London Heathrow.
ni bukan A380 yang kitorang naik tuh...  mungkin flight malam ke London nanti kot...

Pukul 9 lebih aku dan wifey naik aerotrain untuk ke Satellite Building A untuk ke gate C17. Kalau dulu Boeing 747-400 yang menunggu, kali ni monster yang boleh bawak 494 penumpang dan anak kapal pulak parked kat gate tu. 

Flight and fare detail

Callsign: MAS4
Flight: MH4
Registration Number: 9M-MNB
Destination: KUL-LHR-KUL
Fare: MYR2,880.00 (Return trip)
MAS Travel Insurance: MYR129.50
Seat number: 56J (Main deck, Window; but not recommended since the A380's wing is too wide)
Flight duration: 12 hours 50 minutes (non-stop)
Departing from Runway 32 R KUL
Departure time: 1045hrs
Hand luggage: 7kgs per person
Check-in luggage: 30kgs per person

Sementara nak menunggu panggilan masuk tuh, kitorang sibuk la mengusha duty free shop kat situ. Saje la kan nak dapatkan price comparison untuk barang-barang macam perfume dan coklat-coklat mahal bila dah sampai Heathrow nanti. Lepas tu sempat la jugak browse internet kat komputer yang ada kat terminal tuh. Sempat la emailed kroni-kroni kat UK yang bakal kitorang jumpa nanti, bitau diorang yang kitorang ni dah nak berlepas...

Pukul 10am baru la gate dibuka dan penumpang dibenarkan masuk. Bila flight pagi macam ni, cabin crew semua muka fresh dan ramah, sengih memanjang. Ha ha... hopefully sampai ke London la diorang boleh maintain dengan senyuman tuh. Baru la aku boleh akui Skytrax punye rating tuh.

Bila dah dapat seat kat main deck, first impression, memang nampak lebih lebar dari seat kelas ekonomi Boeing 747-400 dulu. Dan sistem IFEnya pun nampak canggih. Oo..IFE tuh singkatan untuk In-Flight Entertainment. Skrin yang lebih besar, macam tablet 10 inci. Dan touch-screen. Ada USB port pulak tu untuk charge electronic gadget. 
nah kau nak sangat view tepi tingkap kan!!!

Aku terus amik seat tepi tingkap la, macam biasa...senang nak usha view luar nanti. Taaaaapi, sebab A380 ni bagak sangat kan, kena pulak seat aku ni betul-betul kat atas sayap, maka, kelebaran sayap A380 ni dah menutup semua view yang sepatutnya aku boleh enjoy during take-off, cruising and landing nanti! Sabor je la. Dah la balik nanti pun kitorang dapat seat yang sama! Seat configuration kapal ni ialah 3-4-3 kat main deck; first class (8 seats; 1-2-1) and economy dan 2-4-2 at upper deck consisting of business (66 seats; 2-2-2) and economy.

1030hrs - kapal pun dah mula gerak menuju ke runway untuk berlepas. Kali ni aku dah ready dengan videocam. Masa naik 74 dulu tak terpikir pulak nak shoot video during take-off and landing. Padahal memang dah beli dah pun videocam masa tu.
bye-bye Malaysia!!! 9M-MNB flying for 216 times...

1057hrs- MH 0004 selamat berlepas meninggalkan tanah air dengan take-off yang memuaskan! Boleh la dikatakan brilliant jugak la kalau nak bodek MAS kan. Tapi honestly memang smooth. Kurang gegaran.
ni la seat kitorang, 56H, 56J & 56K















Flight ni tak berapa penuh, jadi sorang Mat Saleh kat seat 56H ni dengan sportingnya pindah ke row tengah yang boleh occupy passenger tapi ada sorang je masa tu. Lega la sket kitorang, boleh la nak baring-baring nanti bila dah tak tau apa nak buat. Nasib baik jugak la banyak hiburan jugak la kat IFE screen tuh. Movie yang terbaru macam Argo, Silver Linings Playbook pun ada. Tapi aku lebih banyak habiskan masa dengan main game... ha ha..macam budak-budak! 
1155hrs acara yang sentiasa ditunggu-tunggu; lunch
Sementara nak menunggu lunch tu, macam biasa la aku minum macam-macam sebanyak mungkin dan sapu lotion pelembab sebab keadaan dalam cabin yang sangat kering. Bila kulit dah terlampau kering boleh jadi gatal-gatal yang sangat la annoying! Jadi, rajin-rajin la minum air sebanyak mungkin dan sapu krim pelembab terutama sekali kat bahagian badan yang terdedah kepada udara dalam cabin tu.

Lepas lunch, aku perasan ramai penumpang yang tidur. Mungkin diorang amik kesempatan la kot kebetulan takde bayi meragam dalam kapal ni. Crew kapal pun awal-awal lepas take-off  tadi dah suruh tutup tingkap, tak pasti apa sebabnya, mungkin nak menghalang cahaya matahari yang terik kot. Bila semua tray lunch dah diangkat, lampu cabin dipadamkan. Lagi la ramai yang buat taik mata. Aku je yang tak tidur-tidur. Konon tak nak bagi jet-lag la ni.

Kapal A380 ni dilengkapi dengan beberapa kawasan yang dikhaskan untuk umat Islam menunaikan kewajipan solat fardu. Aku perasan macam ada 2 atau 3 tempat di bahagian belakang cabin, lengkap dengan sejadah dan langsir untuk menghalang pandangan penumpang lain. Alhamdulillah, memang terasa seronok sangat bila ada kemudahan macam ni. Masa naik 74 dulu terpaksa solat ditempat duduk sendiri je. Tak pasti ada atau tidak ruangan tempat solat dalam kapal 74 tuh. Aku lupa nak amik gambar ruang solat dalam A380 ni. Tapi memang lebih dari cukup untuk seorang dewasa menunaikan solat sambil berdiri seperti biasa. Amik wuduk macam biasala di dalam toilet. Bawak la botol 500ml untuk memudahkan urusan mengambil wuduk. 
2119hrs; dinner dah ready! Fish & noodle untuk aku!
Bahagia betul badan aku yang makan minum tak berhenti dalam kapal ni. Makan kacang, minum free flow apple and orange juice. Lepas lunch pulak crew distributed Magnum ice-cream. Teringat pulak ice-cream Magnum yang aku tak boleh makan masa flight ke London dengan 74 tahun 2010 dulu. Tu sebab tengah berpantang, almaklum la masa tu baru discharged dari Ampang Puteri kes demam dan batuk yang berlarutan. Sekarang dah boleh balas dendam..ha ha.

Masa dinner kenala makan bersungguh-sungguh sebab bila dah sampai London nanti jauh pulak perjalanan nak sampai ke hotel. Aku pulak kena jadi gila kuasa sket since wifey pun tak berapa sihat dan tak boleh mengangkat barang yang berat. Maka secara automatiknya aku yang bertubuh sasa lagi tegap ni bakal mengangkut semua luggage yang berat tu. Nasib baik la jugak dah tahu selok belok nak ke town dari Terminal 4 tuh. Dan hotel yang dah ditempah pun boleh la dikatakan lebih dekat dengan underground station Kings Cross berbanding dengan Hotel Travelodge London Farringdon dulu. 
2315hrs; sediakan pakaian yang sesuai...ha ha
Lepas dinner aku teruskan aktiviti main game, sekali-sekala layan sitcom dan ada la jugak percubaan melelapkan mata bila dah betul-betul boring. Nasib baik la cabin crew kapal ni semua rajin jalan-jalan dan offer drinks. Aku terasa macam aku la penumpang yang paaaaling banyak minum dalam kapal ni. Pantang diorang offer, mesti aku belasah minum. Berapa kali aku keluar masuk toilet pun dah tak terkira. 

Tapi bagus la jugak berjalan-jalan dalam long haul flight macam ni, betul-betulkan urat. Tak elok duduk kat seat tu terlampau lama! Aku teringin nak tengok macam mana rupa upper deck kapal ni. Sempat la kasi hint kat sorang stewardess ni yang gila baik layan kitorang berdua! Agaknya dia pun boring kot takde passenger lain tanya apa-apa pasal kapal A380 ni. 
2321hrs;  9M-MNB approaching Heathrow
Bila lampu kabin dah dibuka yang menandakan penerbangan dah agak hampir ke destinasi, stewardess yang baik hati ni pun offer kitorang untuk jalan-jalan ke upper deck! Lagi sekali aku lupa bawak handphone dan videocam aku untuk record kejadian tu! Agaknya mesti ramai passenger lain assumed stewardess yang baik hati tu sedara mara kitorang kot. Dari jauh dia datang jemput aku dengan wifey untuk dibawa tour ke upper deck.

Kitorang naik ke upper deck menggunakan tangga di bahagian ekor kapal. Kagum betul aku dengan kapal ni. Menurut stewardess ni lagi, kapal A380 ni memang selesa untuk penumpang tapi agak menyukarkan kerja-kerja cabin crew untuk menguruskan penumpang. Aku tak ingat pulak apa sebab yang stewardess ni kasi sebab aku ternganga mulut (jakun la tu..) tengok seat kat upper deck tuh.

Bila kitorang cakap yang kitorang pada mulanya prefer nak seat kat upper deck tapi tak dapat, stewardess  tu pun bitau la yang window seat kat upper deck ni agak sempit untuk orang dewasa. Agak susah untuk melentokkan kepala ke dinding kapal bila nak tidur. Cuma yang agak specialnya window seat kat atas ni ialah adanya compartment untuk menyimpan barang di tepi seat tersebut. Thank you very much ya Puan Stewardess yang baik hati di atas tips yang awak bagi tuh.

Tak cukup dengan bawak tour ke upper deck, Puan Stewardess bawak pulak kitorang ke crew rest area yang mempunyai 11 tempat tidur untuk crew kapal A380 tuh. Bilik tuh memang private area yang hanya boleh dimasuki oleh crew sahaja. Keadaan dalam bilik tuh memang sunyi dan macam sangat best untuk tidur! Aku tak sempat nak test baring kat bed diorang tuh.

Bila dah selesai tour kapal tuh, kitorang cakap terima kasih banyak-banyak kat Puan Stewardess tu untuk pengalaman yang sangat priceless tuh. Hopefully dapat jumpa lagi dengan Puan Stewardess ni masa flight balik ke KL nanti, tapi dia cakap masa kitorang nak balik ke KL tuh dia baru je sampai ke London pada pagi 9hb tuh. Kalau satu flight lagi masa nak balik boleh la jugak bodek ice-cream Magnum dan meal untuk first class kot...ha ha ha.

Kapal MH 0004 kitorang ni selamat mendarat di Heathrow pada pukul 1547hrs (GMT 0) dengan suhu 4'C dan sinaran matahari yang terang benderang! Lepas ni bermula la sesi lain yang mendebarkan, nak mengadap custom and immigration dengan macam-macam barang yang dibawak kat dalam luggage kitorang ni...he he he. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Dan sebelum keluar dari perut kapal, sempat lagi Puan Stewardess yang baik hati tuh datang salam dengan wifey. Hmm, ada tak anugerah untuk best cabin crew untuk setiap flight ek? Kalau ada, senang-senang je kot kitorang kasi kat Puan Stewardess ni.

Bersambung ke D1; The Arrival And Check-In To London... tunggu!!!

Monday, February 25, 2013

Ops Daun Pisang

Assalamualaikum

Masa semakin mendesak. Operasi terpaksa dilakukan malam ini jugak demi kestabilan hari esok dan impian untuk melihat kegembiraan penduduk di kawasan terbabit. Tiada apa yang perlu ditakutkan, walaupun terpaksa meredah kawasan perkuburan di malam hari dengan senjata tajam.

Hasil risikan dan maklumat yang telah sedia maklum, operasi di atas telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Spesimen dan bahan bukti yang sangat kukuh telah disejukbekukan untuk menjamin kualiti spesimen berkenaan yang akan dihantar ke makmal untuk tujuan selanjutnya pada hari Jumaat nanti.

Semoga segalanya akan berjalan lancar dan selamat, Amin.

Tuesday, February 19, 2013

Maafkan Daku...

Assalamualaikum

Wahai kawan-kawan sedunia yang mana email address korang ada dalam address book Yahoo aku, mintak maaf banyak-banyak sebab aku rasa email Yahoo aku dah dijangkiti kuman rasanya. Dia dah mula autosend segala jenis sampah sarap kat semua email address yang ada dalam address book aku. Minta maaf sangat-sangat kalau ianya menyusahkan korang dan mendatangkan masalah ok. Memang angin satu badan bila kena serangan kuman ni...

Aku sedar pasal kuman ni petang tadi bila email office aku pun ada dapat email aku kat Yahoo tu. Dah consult dengan IT, diorang advice suh tukar password Yahoo tu secepat mungkin! Tu nasihat yang sama jugak yang diberikan oleh kawan cyber/blogger aku, Zairol, bila aku dapat email dari dia alerting me about the kuman. Aku dah tukar password dah. Hopefully kekuman tuh dah tak meracau lagi.

Sekali lagi aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki. 

Friday, February 15, 2013

Amaran DariNya...

Assalamualaikum

Dari semalam lagi aku dah terbaca berita pasal Asteroid 2012 DA14 yang bakal melalui orbitnya yang paling hampir dengan bumi. Bila aku terbaca dan terimagine akan saiznya yang kemungkinan besar selebar ataupun sepanjang 45 meter tu, aku rasa seram semacam je. Seram memikirkan kesannya ke atas muka bumi sekiranya asteroid sebesar itu dan seberat 143,000 tan jatuh ke atas bumi dengan kekuatan yang dianggarkan lebih daripada 180 kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima dulu. 

Dan petang tadi, benda yang aku agak risau tu berlaku jugak. Chelyabinsk, bahagian timur Moscow dikejutkan dengan objek yang dipercayai serpihan daripada Asteroid 2012 DA14. Dari berita awal di internet mengatakan lebih 400 orang cedera akibat daripada terkena serpihan kaca bangunan dan apartment yang pecah akibat dari serpihan asteroid tersebut. 

Boleh cari video yang telah banyak diupload ke YouTube pasal ni. Ni salah satu dari video tu. Agak-agaknya, besar mana je la serpihan asteroid yang jatuh kat Chelyabinsk tu kan. Mungkin sebesar bolasepak, tapi tengok la cahaya yang dihasilkan tu, dan apa jadi kalau ianya kena rumah kita? Wallahualam.

Cuba la baca pasal Tunguska Event tu, salah satu daripada kesan hentaman asteroid ke atas bumi. Dari apa yang aku faham, kes Tunguska ni pun disebabkan oleh asteroid yang saiznya lebih kurang Asteroid 2012 DA14. Jatuh kat Russia jugak pulak tu pada tahun 1908. Nasib baik jatuh kat kawasan hutan. Kalau tengah-tengah bandar camno? Lebih dari 2,000 km persegi kawasan hutan berjaya diratakan asteroid tuh. 

Bayangkan, kalau Asteroid 2012 DA14 jatuh dalam laut. Kemungkinan besar tsunami terjadi. Kalau jatuh betul-betul kat tengah bandar, memang lenyap la segala-galanya. Tak sempat nak bertaubat nasuha. 

Bacaan di Wikipedia mengatakan Asteroid 2012 DA14 mungkin akan melanggar bumi pada tahun 2080 ataupun 2111. Tapi peratus kejadian tu akan berlaku memang sangat tipis la... tak sampai 0.00001% pun. Tapi, ni baru Asteroid 2012 DA14 yang baru diorang jumpa. Belum lagi meteor ataupun asteroid yang lain yang diorang belum discover dan saiznya mungkin jauh lebih besar! Nauzubillah.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang lebih beriman, berusaha untuk lebih mengingatiNya dan selalu beristigfar semoga dosa-dosa kita yang lalu diampuniNya.

Kiamat berlaku pada hari Jumaat...hari ni kan hari Jumaat...hmm..

Friday, February 1, 2013

Malaysia Airlines Joining OneWorld Global Alliance

Photo credits to Malaysia Airlines
Assalamualaikum

Hari ni MAS dah officially jadi member OneWorld Global Alliance. Ni merupakan berita baik untuk sesiapa yang selalu kena outstation (kerja/bercuti) ke luar negara yang mana sebelum ni tiada penerbangan terus dari Malaysia untuk ke destinasi tersebut.

OneWorld disertai oleh lebih daripada 10 syarikat penerbangan antarabangsa di seluruh dunia. Antara yang famous ialah British Airways, American Airlines dan Cathay Pacific. Aku nak explain lebih-lebih pun tak tahu pasal OneWorld ni. Senang cerita, click je la website OneWorld tu. Yang aku pasti ialah, lebih banyak destinasi yang kita boleh pergi bila MAS dah join OneWorld ni.

Aku copy sket petikan dari The Star Online hari Rabu, 30th January 2013 baru ni...

"MAS' addition to oneworld will expand the alliance's global coverage to about 840 destinations in 155 countries, served by some 9,000 departures a day operated by a combined fleet of some 2,500 aircraft."

Cuma masalah sekarang ni ialah, duit nak pergi holidaynya mana??? Ha ha ha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...