Saturday, January 26, 2013

Tune Hotel London Kings Cross...Lagi Sekali....

Hari ni kitorang meneruskan aktiviti menempah bilik kat London untuk 7 dan 8 Mac nanti; balik dari Brussels la ni. Tapi kali ni kitorang tempah bilik bertingkap la. Takkan nak lepak dalam bilik tak bertingkap untuk selama 3 hari 2 malam lagi kan? Sungguh la claustrophobic rasanya kalau bilik tak bertingkap kan...

Alhamdulillah, selesai booked bilik kat hotel yang sama, senang sikit urusan nak menyimpan barang-barang nanti. Takkan la nak angkut semua luggage ke Brussels kan? Kat Tune Hotel London ni ada khidmat menyimpan luggage serendah GBP2 sehari untuk satu beg. Kalau kat tempat lain agak susah nak dapat harga serendah ni. Harap-harap tak banyak la luggage yang nak kena simpan kat situ masa pergi Belgium nanti.

Kos penginapan kat Tune Hotel untuk 3 hari 2 malam kali ni ialah GBP135.33 (MYR662.26). Ni semua dah termasuk siaran TV untuk 2 hari, safety deposit box, toiletries, hairdryer (GBP8/day * 2 days). Kitorang booked jugak internet access untuk tempoh 24 jam (GBP3). Credit card charges also included ye...

Harap-harap bilik kat Tune Hotel tu nanti selesa la. Dari segi lokasi aku rasa dah agak best sebab dekat dengan St Pancras International dan stesyen underground Kings Cross. Semua lebih kurang 10 minit walking distance to and from the hotel berdasarkan anggaran kat Google Maps la.

Kalau nak lebih jimat, lagi bagus duduk kat Travelodge Hotel, tapi nak kena booking seawal yang boleh, kalau tak, room ratenya akan jadi lebih mahal kalau lambat buat tempahan. Dan yang pasti, kita tak payah bayar lebih untuk dapat bilik yang ada TV dan peralatan asas yang lain; bukan macam Tune Hotel tu ok?

Dah selesai lagi satu itinerary...

2 comments:

aby said...

7&8 march ..
ni dah april ..
ada yg aby tertinggal ke?

Mijoe said...

@aby

jangan risau bang...itu entry belum publish lagi...he he...saye ni kan suke buat back dated entry...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...