Saturday, January 26, 2013

Sampai Jugak Akhinya...

Assalamualaikum

Setelah lama aku dan wifey menjadi penyokong tegar pasukan bolasepak ni, baru hari ni la kitorang betul-betul dah ada bukti pasal sokongan yang tak berbelah bahagi, kali, campur dan tolak ke atas Manchester United. 
Wifey yang beria-ia nak belanja aku untuk apply for membership season ni. Sebagai hadiah birthday katenye. Hadiah birthday? Suka gila la aku kalau orang dah nak belanja kan. Thank you darling...thank you sesangat! 

So, apa yang best sangat kalau jadi member ni? Dapat la discount kalau shopping merchandise MU, samada online ataupun kat megastore. Kalau pergi tengok game pun dapat la discount jugak untuk tiket.  Kalau gi tengok reserve team punya matches boleh masuk free je. Dekat Red Cafe pun dapat 10% discount. Dan yang paling best, dapat exclusive official membership pack. 
terima kasih wifey!!!
Membership pack ni sebenarnya aku alamatkan ke rumah Big Boss aku kat Stafford. Bukan apa, baru la cepat sampai, free delivery dan yang penting, Big Boss boleh tolong simpankan dulu sementara aku nak amik 2-2 pack tu. Thank you very much Big Boss! I owed you a lot!!! Ha ha...
membership card season 2012/13; depan dan belakang...
Masa official member nak masuk ke dalam stadium, diorang semua kena bawak kad ni yang tertera nama penyokong dan jugak rekod tempat duduk di dalam stadium yang telah didaftarkan untuk setiap perlawanan yang tertentu. Pengawal pintu akan swipe card ni kat card reader lepas tu baru la kita boleh masuk. Camtu la procedure dan jugak kegunaan kad keahlian ni masa nak tengok game. Kalau masa shopping kat megastore atau dine kat Red Cafe, just tunjukkan kat counter kad keahlian ni untuk mendapatkan potongan harga.
ada apa dalam kotak itu?

membership certificate dari Sir Alex...ha ha

postcard addressed to MUFC untuk menyatakan sesuatu pada team, players, manager...
Postcard ni aku akan hantar kalau agak-agak MU main macam ntah pape atau masa Alex Ferguson buat starting line-up yang tak boleh diterima akal dalam perlawanan-perlawanan penting. Ni la peluang aku nak sembur diorang kan. Walaupun chances diorang nak baca kad aku tu aku pun tak pasti, tapi sekurang-kurangnya, ada la harapan sikit message aku sampai kat diorang kan...

Nak tumpang tidur rumah Van Persie ke kalau gi sane, boleh aa kot bitau dia melalui postcard ni. Tak ye pun nak mintak duit ke sikit dengan Rooney kalau gi UK, boleh aa bodek dia sket kan... ha ha.
buku tahunan...

camne nak gune menatang ni ek?

pin badge


membership pen...
Hmm, aku tak pasti pulak, adakah wajib jadi official member kalau nak tengok game kat Old Trafford, ataupun ada lagi cara lain. Mesti ada kan? Takkan la kalau kau penyokong pasukan lain, kau kena apply jadi official member MU untuk tengok kau punye team main away kat Old Trafford kan?

Sape yang berminat nak tengok perlawanan kat Old Trafford, terutama sekali kalau kau penyokong The Red Devils, boleh la jugak usha laman sesawang ThomasCookSport.com.

Glory glory Man United!

2 comments:

Ninie Hanis said...

tu dia..dia punya warm up story dah keluar..

p/s BigBoss suruh uncle Mijoe hantar poskad cepat2 kat Sir Alex.Kasi basuh skit apesal smalam game main teruk.Tensi daddy tau.

Mijoe said...

ha ha tau takfe... fenat jugak la kefale hotak uncle mijoe duk pk bila nak start buat storimori sevelum dia vasi dan verkarat...heh heh...

tak frust sangat kalah game tu, kalau kalah dgn team yg tak power sangat baru la frust nonggeng guling2 sampai lebam! :p

tapi, itu foskad mmg nak kene hanto kat alex dan budak2nye itu..ha ha

Zaid, sabar banyak2 k...jgn buat hal dalam EPL pulak dah la kan..keh keh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...