Kelly 3572

Monday, January 14, 2013

Jom Naik Bas RapidKL Bersama Lee Pass

Assalamualaikum

Balik kerja hari ni, macam biasa la, turun LRT dan tunggu bas untuk balik rumah. Aku lebih suka naik bas RapidKL dari bas Metro, walaupun bas Metro tu kenakan tambang RM0.50 sahaja dan bas RapidKL RM1.00 untuk ke destinasi yang sama. Mungkin sebab bas RapidKL lebih selesa dan nampak lebih bersih kot.
Lipas yang balik kerja sama-sama dengan aku...
Fenomena balik kerja dengan lipas ni memang dah selalu sangat berlaku kalau aku naik bas RapidKL ni. Nak buat camna kan? Bukan salah lipas tu dia muncul dalam bas RapidKL tuh. Listen! Lipas pun ada masalah, bukan ikan jaws je tau! Tapi aku bukan nak bangkitkan masalah lipas naik bas ni. Itu masalah lipas, biarlah badan-badan yang memelihara kebajikan lipas-lipas dan jugak PAH1M yang handle masalah ni.
tak dapat duduk kat seat, dapat bertenggek kat dinding bas pun jadi la...
Ni semua masalah manusia. RapidKL dah letak tanda larangan makan dan minum di dalam bas dan jugak LRT. Tapi manusia yang sangat berakal dan berpengetahuan tinggi ni buat tak nampak je tanda larangan tuh. Kalau setakat minum mineral water tuh mungkin boleh dimaafkan lagi sebab minuman tuh takde gula yang boleh attract serangga ataupun binatang lain sekiranya setitik air tuh tertumpah ke lantai bas atau LRT. Ni ada yang siap makan burger sambil berdiri dalam LRT yang tengah padat dengan manusia tuh. Makan sandwich la...cuma aku tak tahu bila pulak aku akan terserempak dengan orang makan nasi lemak dalam LRT ataupun bas. 
Listen!!! Lipas pun ada masalah !!!
RapidKL pun satu hal jugak. Pegawai keselamatan yang bertugas punya la ramai. Tapi diorang bukannya endahkan sangat orang makan dalam LRT ni. Macamana la pengguna nak jadi lebih berdisiplin kalau staff RapidKL sendiri pun tak menguatkuasakan undang-undang tu dengan tegas?

Ni kalau pelancong naik bas RapidKL dan terjumpa lipas dan tikus dalam bas ni, siapa yang dapat malu? Bukan RapidKL je kan... 1Malaysia dapat malu! 

Moral of the story, masih ramai rakyat Malaysia termasuk la pendatang; tak tahu membaca, tak faham apa yang ditulis, pengotor. Dan undang-undang yang ada kat Malaysia ni dibuat sekadar untuk suka-suka, hanya dilaksanakan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Tak kirala undang-undang kat RapidKL ke, DBKL ke dan sebagainya.

Lipas yang aku nampak dalam bas RapidKL tuh, bukan setakat 2 ekor tu yer...baaaaanyak. Sampai ada sorang budak perempuan Cina terjerit-jerit tukar seat sebab takut dengan lipas tu.

1 comment:

aby said...

Klu lipas ni merayap kt pmpuan mau riuh satu bas tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...