Kelly 3572

Saturday, January 19, 2013

Jalan-Jalan Ke KLIA!

Assalamualaikum

Aku ni jenis yang cukup rajin kalau orang mintak tolong hantar ataupun amik kat KLIA untuk urusan departure and arrival. Oo, aku lebih suka kalau kena pergi KLIA la berbanding dengan LCCT. Diskriminasi la ni kot..ha ha ha. Takde la, aku memang suka dengan kapal terbang. Apa yang aku suka sangat pun tak tahu la. Mungkin sebab dari kecik aku dah biasa lepak kat airport/hangar kat TUDM Kuantan kot; anak orang TUDM la katakan.

Sampai la dah tua bangka macam ni pun, aku suka baca artikel yang mudah difahami yang berkaitan dengan kapal terbang. Kalau dengar kapal terbang lalu kat kawasan rumah pun mesti berminat je nak jenguk ke langit, walaupun kadang-kadang aku control  la jugak kot-kot jiran nampak kan.

Kalau tengah driving area Dengkil, Sepang, Nilai dan kawasan berdekatan airport pun, bila nampak ada  low flying aircraft yang baru lepas take-off ataupun approaching airport to landing pun, aku mesti sibuk nak jenguk ke langit jugak. Sanggup tukar ke slow lane kalau kat highway semata-mata nak tengok menatang apa yang lalu dan yang paling best, dengar ngauman menatang tuh. Excited ooo.
jeles jeles...nak ikut!!!
Kroni rapat pulak ada yang kerja dengan MAS, senang la. Kalau nak tahu pape pasal aircraft boleh tanya si jurutera Airbus itu dan boleh gak tanya si drebar Boeing itu. Dapat gak menumpang dan menambah ilmu pengetahuan pasal alam penerbangan ni. Kesian kan, kecik-kecik berangan nak bawak Tebuan, Skyhawk, F-5E...ha ha ha. Sekarang sempat berangan nak bawak MiG 29, Hornet, Sukhoi 30 MKM dan angan-angan terbaruku... Rafale! Cheh!

Melalut je lebih!!!

Kisahnya tadi kitorang pergi hantar kroni ke KLIA untuk bercuti ke Prague, Republik Czech. Flightnya pukul 2359hrs ke Amsterdam International Airport, Schiphol. Dekat pukul 10 malam baru kitorang sampai airport

Bila pergi ke kaunter untuk check-in dan ambik boarding pass, tetiba staff kat kaunter tu cakap kroni tuh kena standby sebab flight dah overbooked! Dah masalah problem ni...dah masalah, problem lagi! Dah tak kelam kabut kejap jadinya. Sebab masa kroni booked ticket tuh, ticketing staff cakap dah confirm dan siap kasi seat number lagi. Alih-alih dah kena standby pulok. 

Aku dan mana yang tak terlibat lepak kat restoren dekat surau untuk dinner sambil kroni membuat beberapa panggilan telefon ke pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah problem yang dihadapi. Risau la jugak kitorang dibuatnya sebab kalau kroni tak dapat seat ke Amsterdam tuh, maka burn la ticket  untuk connecting flight to Prague nanti. Bukan tu je, kawan kroni kat Prague tuh kempunan la tak dapat roti canai frozen yang dikirim tuh, disamping banyak itinerary lain yang dah dirancang.

Bila dah dekat pukul 11 malam, baru la wifey berjaya contact kroni dan mendapat khabar gumbira setelah berjaya mendapatkan seat untuk Boeing 777-200 ER tuh! Alhamdulillah! Berkat doa ibu mertua dan kitorang semua. Nanti kang kalau tak jadi pergi, takdo la souvenir... ha ha ha!

Kroni datang ke restoren tempat kitorang menunggu untuk makan secepat yang boleh sebab nak kena check-in dan amazing race ke International departure hall kat Terminal yang kena naik aerotrain tuh. Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih la kepada mereka yang sudi membantu bagi membolehkan kroni menambah berat aircraft tu untuk ke Amsterdam! Jealous la pulok... nak ikut...nak ikut... nak jugak merasa tahap beku dan snow kat Amsterdam dan Prague tuh.

Papepun, semuanya selesai. On the way balik ke Pajam tuh melalui Jalan Nilai-KLIA, sempat la aku menjenguk ke langit sambil driving melihat 4 engine's aircraft yang baru take-off.  Bukak tingkap lagi untuk tambah syok mendengar ngauman 4 enjin tuh. Fuuhhh! Best!

Kroni! Nanti kita jumpa pagi 31 Januari ni ataupun hujung minggu tuh untuk layan video Prague, Amsterdam dan memana destinasi Eropah yang lain yang sempat diteroka! Yang paling tak sabar sebab nak ambik winter gadget yang dipesan... he he.

Moralnya untuk staff ticketing MAS, kalau takmo kasi staff naik FOC, jangan la kasi flight and seat confirmation masa staff booked ticket tu ye. Susah staff tu nanti... :)

2 comments:

aby said...

salam mijoe ..
masa aby buat tugasan kt Akademi AirAsia .. pernah juga masuk dalam stimulator kapal2 terbang AA tu ..
berangan mcm jd pilot masa dalam stimulator tu ..

meowwmania said...

ohh sy tak suka kapal terbang tgk kapal terbang pon buat sy rasa sakit huhuu...

i hate fly!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...