Monday, January 21, 2013

Booked Eurostar + Hotel To Brussels

Assalamualaikum

Malam ni misi booking hotel dengan return trip by Eurostar train to Brussels dah selesai. Itupun dah agak lambat dan kitorang dah terlepas promosi Eurostar + 3 nights stay at selected Brussels's hotel yang lagi murah. Tu la, lenkali decide la cepat-cepat kalau dah jumpa pakej promosi yang sangat berbaloi tuh book terus. 

Macamana nak tahu murah ke tak murah pakej Eurostar tuh? Ntah la... aku pun tak pasti sangat. Yang aku perasan, lebih kurang 3-4 minggu lepas aku ternampak pakej Eurostar (London-Brussels-London) + Hotel untuk 3 malam di Brussels ni ditawarkan pada harga GBP207.00 untuk 2 orang!

Yang kitorang dah booked ni berharga GBP253.54, itupun untuk penginapan hotel kat Brussels selama 3 hari 2 malam je. So, nampak tak perbezaan 2 pakej Eurostar untuk ke tempat yang sama ni? Betapa bestnya kalau kitorang decide awal-awal dulu untuk amik pakej yang GBP207 tuh. Dapat 4 hari 3 malam.... sempat buat day trip ke Amsterdam agaknya. 

Apa yang kitorang bakal dapat untuk GBP253.54 tu? Ni breakdownnya...

GBP132.00 (MYR644.06) - return trip with Eurostar (London-Brussels-London) for 2 (2nd Class)
GBP121.54 (MYR593.02)- 3 days 2 nights stay for 2 at Theater Hotel, Brussels (credit card charges included) 

Papepun, takpe la. Janji dah berjaya booking. Boleh proceed dengan plan lain pulak. Tapi still terasa ralat dengan perbezaan 2 pakej yang aku mentioned kat atas tu... tu la namanya takde rezeki untuk jimatkan GBP46.54 tu kan...ish ish ish...

4 comments:

meowwmania said...

wahhh jauh berjalan

Ninie Hanis said...

ini tidak adil tidak adil..mana gambau Brussels yg santek?kehkeh..

Mijoe said...

@KK a.k.a meowwmania

sekali-sekala KK...nak nengok memeow kat tempat orang camne rupa..he he

Mijoe said...

@Ninie Hanis

gegambau Brussels & Brugge akan diupload pada entry yang sama dengan tarikh kejadian sebenar. 5/3 & 6/3...

harap bersabar menunggu.

jangan betulkan siaran tv ande... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...