Thursday, January 24, 2013

12 Rabiul Awal 1434 Hijrah

Assalamualaikum!

Sila ucapkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW dahulu...

Sempena dengan hari kelahiran Rasulullah SAW ni, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kalau setiap hari memang kita dah mengucapkan selawat di dalam solat 5 waktu dan jugak solat-solat sunat yang lain, hari ni apa salahnya kita lebihkan sedikit ok.

Aku ingat nak tampal selawat Nabi tu kat entry ni tapi dah banyak ramai blogger lain buat dan majoriti kita dah tahu bacaan selawat tu, jadi aku rasa baik aku promote benda lain yang boleh jugak dijadikan amalan yang baik sempena hari besar umat Islam ni. 
kenali kekasih Allah...
Aku sangat yakin dah ramai orang tahu dan beli buku kat atas ni ataupun buku dari keluaran penulis lain yang sama maksud dan tujuannya; nak menceritakan tentang sedikit sebanyak berkenaan Nabi Muhammad SAW.

Buku ni memang sangat berguna kepada orang macam aku yang aku rasa sangat jahil tentang biografi Rasulullah. Macam saudara Suhail Webb cakap la, aku lebih tahu tentang nama-nama pemain dan pengurusan bolasepak Manchester United daripada nama ahli keluarga Rasulullah. Memang sangat-sangat rasa malu pada diri sendiri sebagai seorang Muslim, apatah lagi malu kepada Allah, dan tentu sekali malu kepada Rasulullah SAW. 

Kalau nak masuk syurga Allah kena lalui ujian menjawab soalan pasal biodata Rasulullah pun, memang confirm aku takkan lepas ujian tuh...MasyaAllah. Betapa hinanya diri ini. Tu belum ambil kira lagi amalan dan jugak dosa-dosa selama ni.

Semoga dengan entry ini, aku akan jadi hamba Allah dan umat Muhammad yang lebih banyak amalan, lebih memikirkan soal dan urusan akhirat daripada urusan duniawi. Moga-moga sesiapa yang terbaca entry ni pun mendapat manfaat, InsyaAllah!

Sila selawat ke atas Nabi sekali lagi ye...

Harga buku ni RM65 sebuah
Tebal 368 muka surat.
Tarikh beli; 13 Syaaban 1433 Hijrah = 3 July 2012, dah lamaaa dahhh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...