Wednesday, December 11, 2013

Sessi Melepak Bersama Fahim!

Assalamualaikum

Hari ni aku rushed balik lepas kerja sebab nak keluar semula dengan wifey untuk jumpa Zaid sekeluarga kat Keramat. Planned untuk pergi makan-makan la ni sebelum diorang isi itinerary diorang yang padat mulai esok. Kiranya ni sambungan sessi melepak dari sessi sebelum ni kat Al Jazeera dulu la ni...

Sampai je kat rumah Zaid, aku perasan yang rambut Fahim dah pendek; sesuai la kot dengan iklim semasa Malaysia ni yang hot! Ni potongan rambut dia sebelum ni.
2142hrs; Fahim tengah usha-usha menu kat Fiske...sama macam kat Bradford x? he he..
Lepas brief discussion dengan Zaid, kitorang decided untuk lepak kat Fiske memandangkan lokasinya yang agak dekat dengan Keramat. Lagipun Fahim nak berjalan jauh pulak esok, so daddy and mummynya kena rest lebih sket sebab esok nak drive. Aku dengan wifey pun dah agak lama tak dine kat Fiske ni, dan kebetulan pulak dapat la bagi Zaid sekeluarga experience makan-makan kat sini. Mana la tau kena dengan selera dan citarasa...he he. 
Masa dalam perjalanan ke Fiske tuh, boleh pulak kitorang terserempak dengan seekor ular tengah melintas jalan kat depan kilang-kilang di AU2 tuh. Nasib baik masa kitorang lalu jalan tu ular tuh dah sampai ke seberang jalan. Tapi gerun jugak bila memikirkan ular tu agak panjang walaupun tak sebesar ular sawa. Cuma risau kalau-kalau budak-budak kecik kat kawasan perumahan AU2A/7 atau kawasan berhampiran terserempak pulak dengan ular tu. Harap-harap takde perkara yang tak diingini berlaku. 
Fahim mengusha isi dalam pinggan daddynye...
Masa kitorang sampai Fiske tu, pengunjung tengah ramai. Nak park kereta pun terpaksa park kat depan rumah orang. Aku dropped passenger dulu kat depan Fiske sebelum cari tempat parking. Dah jumpa tempat parking kena menapak sikit kat celah-celah kedai yang gelap untuk ke Fiske dengan perasaan agak seriau bila teringat kat ular yang melintas jalan tadi. 
2250hrs; Fahim yang kehausan...dan suka air tembikai..he he
Malam ni pesanan kitorang agak lambat sampai, tak macam selalu. Mungkin sebab jumlah pengunjung yang agak ramai menyebabkan delayed sikit semua pesanan kitorang. Kesian kat Fahim yang terpaksa tunggu lama. Nasib baik daddy and mommynya ada bawak toys and gadget untuk distract Fahim daripada terus keboringan. 

Agenda masa lepak ni takde apa sangat. Borak-borak dan update pasal Bradford, EPL; specifically United's performance under the new management dan jugak pasal flight Fahim dari MAN-AUH-KUL. Sessi melepak kali ni ditangguhkan ke hujung bulan Disember ni pulak sebab waktu tak mengizinkan!

Selamat touring Malaysia Encik Fahim! Dan terima kasih banyak kat Zaid & Ninie for this lovely dinner walaupun tak dapat dine kat bilik berhawa dingin, janji kenyang dan enjoy this quality time sama-sama. 

To be continued to the next hang out session...

Saturday, December 7, 2013

Selamat Kembali Ke Tanah Ayor...

Selesai aktiviti tengok nephew baru dan hantar mak aku balik Gombak, aku terus ke Keramat untuk jumpa kawan cyber yang dah tak berapa nak cyber dah...ha ha.

Nak jumpa kat KLIA semalam tapi tak sempat sebab aku leka sangat melepak kat LCCT lepas hantar rombongan makcik kiah shopping tak hengat ke BDO. 

Maka, ni la masa terbaik untuk aku jumpa orang jauh yang 3 beranak ni, masa aku tengah 'bujang' ni. Aku sampai depan rumah Zaid dekat pukul 2100hrs. Lepak kejap kat luar sementara menunggu Zaid balik dari klinik sebab the Big Boss tak sedap perut.

Bila Zaid sampai je, terus salam-salam macam dah lama sangat la tak jumpa; tapi memang agak lama pun since March 4th, 2013. Teruja dan excited sebab berjaya jugak jumpa kat Keramat. Tapi memang kesian betul dengan Fahim yang nampak sangat tak selesa lepas balik dari klinik. Ninie pulak kebetulan belum balik dari aktiviti lepas gian kat tepi AEON AU2 tuh...ha ha. 
Big Boss!!!
Sementara tunggu Zaid menguruskan Big Boss, aku lepak dengan pakcik Zaid dan sambil jeling-jeling kat game MU lawan Newcastle kat tv. Ninie dan kakak iparnya pun balik dari aktiviti kat tepi AEON tuh. MU ni pulak macam nak kalah je dengan Newcastle ni...huh.

Tak lama kemudian, kawan Zaid; Ibrahim pulak sampai. Aku , Zaid dan Ibrahim akan ke Pajam sekejap lagi untuk hantar aku balik dan diorang akan balik semula ke KL. Motif? Nak bawak Kelly balik KL la lepas drop aku kat Pajam nanti. Kelly berbangga sebab menjadi official transport sponsor untuk Fahim Zidane's Malaysia Tour 2013!!! Kelly is now a mini-beemer untuk Fahim!!! He he.

Lepas Ninie bagi segala barang yang wifey kirim, dan aku kisses Fahim goodnight and goodbye, kitorang bertiga pun gerak la balik Pajam. Trafik pun lancar. Ibrahim diperlukan untuk temankan Zaid; just in-case Zaid penat sebab tak cukup cover tidur dan jet-lagged dari return trip MAN-AUH-KUL tu. Dan jugak sebagai navigator on the way nak balik ke KL semula dari Pajam melalui jalan lama instead of  PLUS highway.

Sampai kat Pajam, kitorang melepak je, kebetulan memang takde orang kat rumah; drebar pun tak balik. Dekat pukul 12 Zaid dan Ibrahim mintak diri dan aku pun hantar la diorang sampai ke jalan utama nak ke Mantin. Aku dengan wifey akan jumpa Zaid tiga beranak untuk acara lepak, makan dan gossip lepas wifey balik dari BDO nanti.

MU pulak, kalah lagi malam ni...ha ha!

Ahlan Wasahlan Anas Ziqry

Assalamualaikum

Hari ni bertambah lagi bilangan nephew aku. Nephew aku nombor 8! 
Adik ipar aku selamat melahirkan Anas Ziqry ni kat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Tahniah kepada mereka yang dah bergelar ibu dan bapa sekarang ni. 
Masa Anas lahir, aku kat Pajam. Kebetulan pulak malam ni ada upacara penyerahan Kelly kepada kroni, so aku pun bergerak la ke PPUM untuk said hi dan berkenalan dengan anak sedara yang terbaru ni plus amik mak aku untuk bawak balik ke Gombak.
1945hrs; bukti seorang pakcik visit his new nephew...ha ha
Aku sampai di PPUM agak lewat plus huru-hara nak mencari wad bersalin yang rupa-rupanya terletak dekat dengan exit ke Federal Highway. Sampai je terus solat maghrib dulu sebelum lari ke wad bersalin yang waktu melawatnya berakhir pukul 8 malam. Sempat la posing kejap dan kebetulan pulak Anas pun bukak mata nak tengok sapa yang handsome sangat tu datang ziarah dia!
Lepas bergambar terus aku bawak mak aku balik. Janji dengan kroni pukul 2000hrs+ nak jumpa kat rumah dia di Keramat. Tapi aku pun baru gerak dari PPUM pukul 2000hrs! Terpaksa jadi Micheal Schummacer kejap dengan Kelly. Nasib baik jugak jalan tak berapa sesak.

Selamat la sampai di Gombak dekat pukul 2040hrs camtu. Next destination, Keramat and Pajam!

To Anas, welcome to the world and be a good person, Amin!

Sunday, November 10, 2013

Orang Lain Dah Beribu-ribu... Kau Dapat Sikit Pun Nak Kecoh!

Assalamualaikum

Sejak join Nuffnang ni aku tak pernah pun berusaha nak naikkan traffic ke blog ni. Bagi aku, kalau ada rezeki, Alhamdulillah la kan. Kalau takde income langsung dari blog ni pun... watdehe... aku tak kisah pong! Tapi bila check income terkumpul dah sampai jumlah yang boleh dituntut, aku excited a bit! Tak sabar nak withdraw...
Pakcik kayo!!! Alhamdulillah...

Excited macam dapat juta-juta. Padahal setoet je...

Orang lain dah tak heran dah dapat cek dari Nuffnang, kau excited macam baru menang 1 juta. Ha ha... bukan apa, sebab first time dapat. Tu yang gumbira tuh...

Harap-harap lepas ni lebih bersemangat la nak menyonteng kat blog yang makin lama makin kurang posting ni...

Skodeng : MH A380 LHR-KUL

Assalamualaikum

Petang ni berjaya skodeng A380 Malaysia Airlines yang baru nak sampai dari Heathrow, London. Gambar pun tak cantik la sebab guna camera-phone je. Dan hand-phone pun tak canggih... salahkan phone la ni kan...
welcome home!
Kalau ikutkan info dari Flightradar24, kebiasaannya pesawat-pesawat yang nak mendarat di KLIA akan berada pada ketinggian sekitar 10 ribu kaki ketika terbang melalui Nilai menghala ke Seremban, sebelum membelok ke kanan, dan belok lagi ke kanan ke arah landasan untuk mendarat yang telah ditetapkan/diarahkan oleh menara kawalan. 

Betul ke tak teori aku ni...

Saturday, November 9, 2013

Model Seksi Menjolok Mata Untuk Perodua - Apa Nak Jadi Dengan Malaysia???

Assalamualaikum

Petang Sabtu ni biasanya aku skodeng langit, dan biasanya gambar kat bawah ni la hasilnya...
1801hrs; MAS A380 LHR-KUL approaching WMKK
Tapi petang Sabtu kali ni aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku sendiri tak pernah terfikir akan berlaku di kawasan perumahan! Sesuatu yang sangat melampau dan sangat tak elok untuk dipandang.

Sejak kebanjiran warga Afrika di daerah Nilai ni, memang bermacam-macam aktiviti tak senonoh dilaporkan berlaku di sini. Pergaduhan, pecah rumah, mabuk, mengganggu warga tempatan dan bermacam-macam lagi la...sindri mau ingat!!!

Dan kali ni, tak kurang jugak hebatnya; sesi photography yang melibatkan model kulit bulu hitam tanpa seurat benang pun di tubuhnya! Sebuah Perodua Kelisa telah dijadikan bahan untuk model tersebut beraksi tanpa segan silu. Mungkin sindiket ini tampil dengan berani dan biadab memandangkan ketiadaan penghuni di sekitar kawasan ini yang kebanyakkannya pulang ke kampung halaman di hujung minggu macam ni.
apa??? menjolok mata??? WHY BOTHER!!!! ibarat kata Diva Eh Eh...

dah la taik mata tak buang, ada hati nak jadi Suria Residence Next Top Model konon...


yeahh...come on baybeh!!!

terimalah pose paling seksi dari ai... ecewahhh..
Meluat dengan kerenah diorang, aku blah cepat-cepat dari lokasi kejadian untuk pusing-pusing taman sambil naik beskal drebar. Selang selorong dari lokasi tadi, aku terjumpa awek/balak/nyah dalam gambar kat bawah ni. Rilek je lepak tepi jalan sambil menghirup udara petang. 

Agak jinak tapi aku malas nak approach budak ni takut la nanti aku menakutkan dia pulak. Biarlah dia jaga pokok-pokok kat belakang dia tu. Mungkin tu 'kawasan' dia kot. Takut ada jejebon lain datang menanda la tu.

Have a great weekend y'all...

Thursday, October 31, 2013

Penipuan Kad Kredit...

Assalamualaikum

Semalam aku dapat 1 SMS yang dihantar oleh Citibank yang memberitahu aku pasal successful transaction yang telah dibuat menggunakan kad kredit aku berjumlah RM5. Merchant yang aku tengok terbabit dengan urusniaga tu sangat pelik bagi aku. Tak familiar langsung dengan nama syarikat tu.

Tapi aku tak panic sangat la. Cuma, bila pukul 0214hrs pun Citibank hantar satu lagi SMS yang sama berjumlah RM5 untuk satu lagi successful online transaction, merchant yang sama, ini sudah lebih! Nak kena bertindak ni...
kad yang dah aku 'selamat'kan...
Pagi tadi aku called issuing bank pasal kes ni. Lepas bersoal jawab sikit, customer service tu suggest aku blocked kad kredit tu dari sebarang urusniaga dan gantikan dengan kad baru! Aku setuju dengan cadangan dia. Kad baru aku tu siap dan boleh collect dalam masa 1 jam.

Moral of the story; kalau terjadi perkara macam ni, jangan berlengah lagi. Call issuing bank to block your card and get a replacement. Dalam kes aku ni, issuing bank reverse those 2 unauthorized transactions pending investigation. Hopefully aku tak payah bayar apa-apa la.

Orang jahat zaman sekarang makin canggih. Macam-macam diorang boleh buat! Jadi, berwaspadalah sokmo 24-8...bukan 7! Dari penggunaan mesin ATM, buat urusniaga atas talian sampai la bab isi minyak menggunakan kad kredit di stesen minyak. Kita sentiasa terdedah kepada risiko credit card fraud ni!

Sunday, October 20, 2013

Amaran Kepada Semua Ayam-Ayam Kampung Changkat!!!

Assalamualaikum

Sila ambil perhatian semua ayam-ayam(binatang; bukan versi manusia!) di kawasan Kampung Changkat. Sekiranya korang ada terbaca posting ni, harap maklumkan kepada rakan-rakan yang takde smartphone ataupun access to internet!

Kalau korang rasa dah boring jadi ayam, dan teringin sangat nak jadi kucing, pergi la buat make over or plastic surgery untuk bertukar jadi kucing. Yang korang duk sibuk makan biskut-biskut untuk kucing tu pehal? Ada ke kucing-kucing pernah makan makanan korang? 

Kalau nak maintain jadi ayam tapi nak jugak makan makanan kucing, aku suggest la korang tukar nama kat JPN dari ayam kepada 'acing' or 'kuyam' je la...tangkap sembelih buat chicken cordon bleu kang baru tau!!!

Saya Dah Mandi!!! Anda Bila Lagi???

Assalamualaikum

Setakat ni saya Nameless. Umur saya mungkin dalam lingkungan 2 hingga 3 bulan lebih. Tapi saiz saya memang kecik.
dah mandi tapi 'shit eye'saya tak hilang pun!!!
Tuan saya ni tak bagi nama khas untuk saya mungkin sebab dia masih lagi tak reti-reti nak pastikan jantina saya. Tu la sampai sekarang, saya akan dikenali sebagai Nameless kalau saya boy dan kalau saya girl saya akan dikenali sebagai Namelesswati... 
saya dah wangi!!!
Saya sebenarnya 2 beradik, tapi sedara sekelahiran saya tak panjang umur. Dia dah rilek-rilek kat syurga Allah bersama-sama jejebons lain yang telah pergi meninggalkan dunia ni. Kalau tak silap saya, dia cuma sempat hidup sebulan je. Katanya dia boring dengan keadaan dunia yang penuh dengan dugaan, maksiat, orang-orang jahat dan macam-macam jenis manusia lagi.

Ok, berbalik kepada topik asal. Tuan saya mungkin nampak saya ni kusut masai dan busuk. Maka tindakan susulan beliau ialah memaksa saya mandi dengan syampoo Friskies berbau aloe vera yang sungguh wangi tu. Mula-mulanya saya cool je. Tapi bila makin banyak air paip yang tak suam tu membasahi tubuh kerdilku ini, maka kadar kecoolan aku dah terus hilang. Sejuk gilakucing ooo...

Aku rasa ni la pengalaman pertama aku mandi sejak aku lahir ke dunia yang fana ini...
terperuk kat celah kain pelikat; mencari heater untuk warmkan badan yang kesejukan lepas mandi..
So macamana? Aku dah mandi dah...korang dah belum?

Tuesday, October 15, 2013

10 Zulhijjah 1434 Hijrah

Assalamualaikum

Selamat menyambut hari raya Qurban kepada semua kawan-kawan dan jugak sesiapa sahaja yang terbaca this entry di mana jua anda berada.
nasib baik aku tak jadi sebahagian dari korban tahun ni...
Ni gambar meow cun mana ntah aku terjumpa kat area rumah makcik wifey di Taman Bukti, Senawang. Tetiba je dia muncul jalan lenggang-lenggok sekor-sekor. Mungkin baru balik beraya rumah member ataupun baru balik dari 'tolong' melapah daging korban kat memana kot.

Baik dan jinak pulak tu, bersopan santun, berbudi bahasa kucingnya. Anak sapa la ni ek... boleh buat menantu gitu...ha ha ha. 

Semoga tahun depan kita semua dapat melaksanakan ibadah korban dengan lebih baik dan berkat. Doa juga ditujukan kepada semua umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur, sihat sejahtera dan selamat pulang ke negara asal setelah selesai mengerjakan rukun Islam yang ke 5 itu, Amin.
Salam Aidil Adha 1434H dari saye di Taman Bukti, Ampangan, Nogori Sembilan...

Friday, October 11, 2013

60 Minit Lebih Ustaz Don...

Assalamualaikum

Lepas kerja petang tadi wifey kutip aku kat office dan terus meredah traffic balik ke Nilai. Nak cepat sampai, solat Maghrib dan berjemaah Isyak kat surau. Nasib baik traffic petang Jumaat ni tak seteruk kebiasaannya. Sampai kat Pajam pukul 8 dan sempat solat Maghrib dengan tenang, berehat sekejap minum teh panas sebelum ke surau untuk join ceramah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal selepas solat Isyak nanti. Ada ke yang masih belum kenal ustaz Don?
meet the fans session!!! 
Memang penuh la surau malam ni daripada kebiasaannya yang susah nak penuhkan 2 saf pada setiap kali waktu solat fardu. Alhamdulillah, semoga selepas ni jumlah saf masa solat fardu akan bertambah, InsyaAllah. 
ingat artis je sign autograph? :)
Wifey dan Cik Nana berjaya dapat seat depan pentas. Senang la nak usha tengok ustaz Don dari dekat secara live! Ha ha. Ustaz Don sampai hampir tepat pada waktunya, pukul 9 malam dengan jubah hitam dan berserban putih. Ni la pertama kali aku tengok Ustaz Don secara live. Selama ni asyik tengok kat TV Al-Hijrah je.  
kesian pulak tengok Ustaz Don terpaksa bergambar dengan peminat macam ni...
Ustaz Don memang tak berbeza di dalam TV dan jugak kat luar. Loghat Utaranya, lawaknya, kesungguhannya menyampaikan ilmu, semua nampak natural. Kandungan ceramahnya pada malam ni banyak menceritakan kisah Nabi Musa dengan Firaun. Bagaimana salah satu mukjizat (tongkat Nabi Musa yang boleh bertukar menjadi ular) yang Allah kurniakan kepada Nabi Musa telah berjaya membuatkan ahli-ahli sihir Firaun beriman kepada Allah swt. Tetapi Firaun tetap dengan egonya. Kisah pasal Nabi Musa AS dengan ahli sihir Firaun ni banyak diceritakan dalam Al-Quran di dalam surah As-Syu'ara', Al-A'raf, Yunus dan Thaaha. Buka la tafsir Quran tu sekiranya berminat nak mengetahui secara lebih lanjut, InsyaAllah.

Aku jadi cameraman tak bertauliah, siap dengan videocam dari awal sampai akhir, tapi sayangnya kualiti audio tak berapa bagus, suara Ustaz Don tenggelam dek kebisingan adik-adik dan anak-anak yang bermain kat sekitar kawasan surau. Penat la jugak berdiri sejam lebih pegang videocam tanpa menggunakan tripod.

Majlis berakhir lepas sejam kemudian. Ramai la jemaah ambik kesempatan nak bersalam dan bergambar dengan ustaz Don. Aku pun tak terkecuali. Tapi aku kena tunggu sampai betul-betul jemaah dah berkurangan baru boleh approach ustaz Don. Dan memang berbaloi la tunggu lama sampai dah tinggal AJK surau dan JKKKKKKKKKKKKKKKKKKK (cam dalam citer antu kak limoh tu lerr) je dengan ustaz Don, aku salam dan siap peluk ustaz Don cam kat akhir rancangan 30 Minit Ustaz Don  kat TV AlHijrah tu la. Huuuhhh..peluk kiri kanan kiri! Dengan harapan dapat la aura-aura yang baik dari ustaz Don tu terjangkit kat aku sket...ilmu tajwid ke, kemudahan menghafal Al-Quran ke kan...InsyaAllah!

So ustaz Don, kalau tersesat dan terbaca blog ni, jemput la ke surau kitorang lagi ye InsyaAllah!

Thursday, October 10, 2013

Rahsia Victoria Itu; Melarikan Diri Sebenar...

Assalamualaikum

Coming soon...
Body mist sahaja ye yang bakal tiba. Lotion tuh tidak ku order extra. 

Selamat hari ulangtahun ke 3 wahai pengembara!!! 

Saturday, October 5, 2013

Nombor 13!

Assalamualaikum

Dah lama tak komen pasal bola. Sejak-sejak dah menang title akhir season dulu. Dan jugak sejak Sir Alex Ferguson bersara dari dunia hiburan bolasepak!

Hari ni rasa nak meluahkan rasa 'fanic' pasal kedudukan semasa MU dalam EPL. Sebelum game dengan Sunderland malam karang. Table kat bawah ni la menceritakan segala-galanya...
screenshot dari TablesLeague.com
Dalam table ni MU berada kat tangga ke 12, tapi sebenarnya, selepas habis beberapa game yang bermain lebih awal, MU dah berada kat tangga ke 13! Hebat gila tuh! Memang cipta rekod permulaan musim paaaaaling teruk selepas era kegemilangan Alex Ferguson! Malu tak supporter MU semua? Malu tak? Malu tak? Apa perasaan kena boo dan diejek oleh supporter pasukan-pasukan lain yang berada kat atas MU? 

Aku ok je. Tapi memang bengang la dengan David Moyes tuh. Kenapa dia tak gunakan Shinji Kagawa, Wilfred Zaha semua tuh? Fellaini tuh nampak macam tak sesuai je dengan position yang dia main sekarang. Paling menyerlah Fellaini masa 2nd half game against Manchester City. Yang lain macam sangat-sangat below par.

Setakat ni, Moyes dah kalah 50% kat EPL. Nak tak nak, game kejap lagi MU memang wajib menang. Kalau kalah, memang penyokong MU seantero dunia wajib rasa 'fanic'. Dan David Moyes pun mesti sangat-sangat tak senang duduk, berdiri, baring, tido, kencing, berak dan sebagainya... dia kena sedar yang dia sekarang bukannya mengurus Everton! 

Aku dan jugak advisor  Alex Ferguson kat KL ni; wifey la sangat-sangat upset bila 2 coaching staff under Alex Ferguson tak bersama David Moyes. Mike Phelan dan Rene Maulensteen tu sepatutnya terus bersama MU, ataupun sekurang-kurangnya bantu David Moyes masa transition period macam ni.

Masa Alex Ferguson memula jadi manager MU dulu, dia masuk pada pertengahan musim; November 1986 pada masa MU berada di tangga ke 21 dalam liga daripada 22 pasukan yang bertanding. Dia ganti Ron Atkinson yang dipecat akibat daripada prestasi buruk MU masa tu. Pada akhir musim tu, MU berjaya naik sampai ke tangga ke 11! Alex Ferguson dah berjaya mengubah haluan MU. 

Lain pulak cerita dengan David Moyes ni. Masa dia ambik alih, MU berada di tangga pertama selaku juara bertahan. Dan selepas 6 perlawanan, MU cuba nak turun ke tangga paling bawah... sabor je la. Bagi dia masa dulu.

Dengan kekuatan pasukan-pasukan lain yang bertanding musim ni, aku rasa agak susah la untuk MU menang EPL, lebih-lebih lagi kalau prestasi sekarang ni dijadikan ukuran... ayat pun dah macam wartawan dan pengulas sukan kat Malaysia...ha ha.

Buat masa sekarang ni aku lebih berminat nak tengok samada MU boleh recover atau tidak. Dan nak tengok MU's fightback! Kalau ikut table sekarang, aku rasa 3 pasukan yang teratas bakal menjadi juara EPL musim ni; Arsenal, Liverpool dan Spurs. Kalau MU berjaya jadi top 4 pun dah kira bagus dah!

So, kita tengok apa keputusan MU lawan Sunderland malam ni ye...

Glory Glory Man United!

Friday, September 13, 2013

Bila Perasaan Rajin Menjelma...

Assalamualaikum

Aku ni kategori malas. Malas segala-galanya. Dari kecik sampai la dah tak kecik. Lebih-lebih lagi kalau bab membaca! Baca Quran pun susah nak maintain 3-4 kali seminggu. Ni kan pulak nak suruh baca buku. Tapi kalau terjumpa bahan bacaan yang betul-betul berjaya menarik perhatian dan minat aku, memang secara automatik aku akan dilihat macam ulat buku! 
MYR19.90 sahaja...
Termasuk MPH, dan terjumpa buku-buku ni. Dan akhirnya terbeli dan bakal terbaca nanti. Usahawan Melayu Malaysia yang kat atas ni memang aku kagum dengan kisah hidup dia. Macamana seorang yang tak la belajar sehingga ke universiti, tetapi berjaya menjadi antara orang terkaya di Malaysia. Hanya dengan menjalankan perniagaan dari masa sekolah sebagai pembantu kepada ayahnya; sekarang merupakan corporate figure yang terkenal. 

Yang buat aku lebih kagum, sifat low-profile and charity-loving person yang dimilikinya. Dia mampu beli apa sahaja yang dia nak, tapi dia maintain bersederhana, bukan jenis orang kaya yang belanja melampau-lampau. Private jet pun agaknya senang-senang je dia mampu beli 2-3 bijik, kalau dia nak...

Kalau pergi jenjalan Alor Star, boleh la nampak beberapa mercu tanda hasil sumbangan usahawan kelahiran Kedah ni.
2 buku koleksi Lonely Planet cuma sebagai pemberi motivasi je la untuk kumpul modal nak beli tiketnya. Takde plan pape pun lagi. Aku beli 2 buku pasal 2 negara dari 2 benua yang bertentangan ni sebab ni la 2 negara yang saaaaaangat cantik; bagi aku la, cantik dari segi alam sekitarnya. 

Siapa tak tahu trilogi Lord of The Ring tu yang menjadikan New Zealand sebagai lokasi penggambaran utama. Citer Hobbit pun sama jugak. Subhanallah... kawan-kawan blogger yang dah sampai ke NZ ni mesti sangat-sangat setuju tentang kecantikan alam ciptaan Allah kat negara tu.  
Swizerland pun sama jugak. Cantik tak hengat dunia. Udara segar pergunungan Alps selalu aku terbayang-bayang. Terimagine naik scenic train dan macam-macam la lagi aktiviti. 

Dah la aritu cerita Cinta Jangan Pergi tuh shoot pulak kat Interlaken!!! Fuhhh... lagi terbakar dan menitik air liur tengok kecantikan dan kesempoian bandar tuh. Cuma masalah utama nak ke sana ialah kos sara hidup yang tinggi je la. Nasib baik CHF tak semahal Euro atau Pound. Tapi, still memerlukan kos yang agak tinggi untuk meredah negara di tengah-tengah Europe ni.

Papepun, 2 buku dari Lonely Planet ni aku boleh jadikan rujukan bila masanya dah sampai dan ongkosnya dah cukup nanti...ikat perut la dari sekarang..he he

Sunday, September 8, 2013

Hitam Dan Netbooknya...

sibuk nampak!!!
Assalamualaikum

Hujan lebat petang ni buatkan si hitam ni mengendeng-ngendeng kat netbook yang suam-suam kuku ni. Siap nak cakar-cakar lagi keyboard. Nak tarik perhatian dia ni agak susah bila dia dah syok sangat grooming diri sendiri.
CAKKKK!!! ada ala-ala dalam cerita The Conjuring tak??
Nasib baik berjaya jugak aku snapped satu pose konon cute dari putera raja yang telah disumpah menjadi kucing hitam ni. Nampak la jebon educated sket bila skrin netbook tengah displayed knots to km/h conversion kan!

Pesanan dari putera raja ni; entry ni bukan bertujuan mempromosi barangan Sasmung! Author blog ni yang lupa nak padamkan jenama netbook dia masa edit gambar ni tadi!

Sunday, September 1, 2013

Selamat Kembali Wifey!!!

Assalamualaikum

Hari tu dah jadi drebar hantar passenger gi airport, hari ni passenger tersayang tuh kembali ke tanah air bersama ibu mertua, Cik Nana serta kroni-kroni wifey. Berbondong-bondong la beg yang telah beranak pinak kot.

Aku as usual excited la sebab boleh pergi airport nak pick up diorang. Papehal track dulu flight wifey tuh sebelum gerak, baru la dapat bajet masa dengan lebih baik supaya tak perlu melangut lelama kat airport, kalau melangut lama pun takpe, katanya suka sangat lepak kat airport kan?
1750hrs; MH759 (9M-MLD) take-off dari SGN
Flight yang wifey naik tu berlepas pukul 1750hrs dan ambil masa sejam lebih untuk sampai. So aku bajet dalam pukul 1845hrs camtu boleh aa gerak dari Pajam.  
1753hrs; @ 3,125 ft and climbing!

1847hrs; cruising @ > 34,000 feet
Pukul 1850hrs aku kua rumah, memang bajet nak sampai sama dengan MH759 landing nanti. Jalan Nilai - KLIA clear jadi aku sekejap je dah nak sampai KLIA. Kebetulan pulak hari ni kapal landing kat runway 14L, excited lebih sket sebab aku akan berselisih dengan kapal yang tengah final approach KLIA for landing nanti. Aku confident MH759 berselisih dengan aku kat Dengkil. Rendah giler...< than 1,000 kaki kot...  nampak besar la pulak 73 bila tengok dari bawah dalam jarak yang sangat dekat camtu.

One fine day memang nak kena pergi skodeng jugak kapal-kapal ni take-off and landing dari tepi pagar KLIA! 
1953hrs; sesi merayau aku kat Anjung Tinjau, terserempak pulak dengan A380 meeting room!
Lepas parking kereta, solat maghrib dulu kat surau @ Anjung Tinjau. Wifey dah called dah, nak merayau kat duty free shop dulu katanya. Aku pun merayau la jugak kat dalam terminal tuh. Takde la pulak terserempak dengan Zarul Payung si pramugara retis yang fofuler dengan lagu Ramalan Ku Benar Belaka tuh.

Dekat pukul 8 baru la wifey suh jumpa dia kat arrival hall. Selesai sudah sesi shopping Vietnam! Nanti la turn aku pulak pergi Vietnam tuh. Nak pergi tengok tempat-tempat bersejarah peninggalan perang dulu. Kasi keinsafan dan pengikhtibaran sket... jangan ingat nak shopping je.

On the way balik pun berselisih lagi dengan kapal yang nak landing.Turunkan cermin kereta biar boleh dengar deruan enjin kapal tuh... tapi sayangnya bukan A380!!! Nak gak dengar macamana bunyi 4 enjin wide body lalu kat atas kepala!

Lepas ni tak sabar nak sampai rumah nak selongkar beg cari ole-ole dari Vietnam... ha ha!
Ni la upah jadi driver... 

Friday, August 30, 2013

Jadi Driver Untuk Penumpang KUL-SGN

Assalamualaikum
1653hrs; apron next to runway 14L/32R
Hari ni aku amik cuti sebab jadi driver, nak hnatar wifey ke KLIA sebab dia nak ke Saigon untuk urusan melontar secara berpasukan. Kalau ikut plan asalnya, wifey patutnya tak kerja hari ni. Tapi sebab bossnya tak approved cuti yang dah diapply atas alasan bulan ni dah banyak kali MC, wifey terpaksa keje gak separuh hari. 
1658hrs; boarding pass penumpang hari ni...
Teammate wifey sepatutnya ada 5 orang; termasuk ibu mertuaku dan jugak SiL, tapi pagi tadi sorang contestant terpaksa tarik diri di saat-saat akhir, masa luggage dah pun selamat masuk ke perut kapal. Masalah kesihatan. 

Itulah sebabnya flight KUL-SGN pagi ni delay sikit sebab urusan pengeluaran semula luggage kawan wifey yang kurang bernasib baik tuh. Dah la burn duit tiket dan pakej tuh, tak dapat pulak pergi melontar kat Vietnam. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Selamat duit daripada habis untuk dilontar dan jugak nasib baik masalah kesihatan terjadi sebelum naik kapal dan take-off ataupun masa dah sampai kat Vietnam; kalau tak mesti lagi banyak masalah lain timbul. Kapal nak kena return for landing dan lepas tu berlepas semula ataupun kena dapatkan rawatan atau silap hari bulan admitted kat hospital di Vietnam.
1712hrs; scanning hand carry kat check point
Lepas solat Jumaat aku pick up wifey kat office  dan terus ke KLIA. Nasib baik la traffic lancar. Pukul 1600hrs camtu dah sampai KLIA. Terus check-in dan amik boarding pass. Takde masa nak hang out dengan wifey sangat sebab dah kesuntukan masa. Flight pukul 1750hrs, nasib baik la jugak kapal kat gate H, takde la nak kena jalan jauh sangat. 
1713hrs; posing cute depan aircraft model of Oneworld airline members & MAS partner
Aku follow je la wifey dari atas sampai la ke kawasan Anjung Tinjau tuh. Bila dah wave goodbye kat wifey, aku terus lepak kat Anjung Tinjau yang mengadap gate H. Memang just nice tempat aku lepak tu betul-betul boleh nampak kapal yang wifey akan naik kejap lagi.
ni Boeing 737 yang dah agak lama kot kalau tengok dari segi rupa...

1722hrs; one of the MAS A380 on the tarmac for tonight's departure...

1731hrs; agak-agak ada tak crew yang tergolek atas tarmac kalau pintu ternganga cam ni...
Dari apa yang wifey bitau aku, aku rasa wifey dapat naik kapal 738 yang baru kot. Ada entertainment dan jugak USB port untuk charge gadget. Dan yang paling penting ada meal serve on-board untuk penerbangan yang melebihi 60 minit. Wifey sempat MMS aku gambar seat kat dalam kapal 9M-MXK tuh...
seronok kalau dapat fly dengan aircraft yang baru macam ni...

push-back!

sebahagian dari MH aircraft kat gate H

1758hrs; 9M-MNB just landed from LHR on runway 14L, welcome home!

1801hrs; 9M-MNB bump into her colleague lepaking on the tarmac; ready for departure later tonite...

1806hrs; wifey's MH 766 9M-MXK push-back to taxi position

1807hrs; MH 766 9M-MXK ready to taxi for take-off

1812hrs; MH 766 9M-MXK taxiing to runway 14R for take-off... have a safe flight wifey!  
Aku lepak kat KLIA sampai la pukul 2000hrs. Punya la lama sampai aku rasa wifey pun dah nak landing kat SGN dah kot. Yang penting, aku pun puas hati dapat merayau ke hulu ke hilir dalam terminal. Solat asar dan maghrib kat surau di Anjung Tinjau. Surau berdekatan dengan KFC dah ditutup, tak pasti la pulak untuk sementara waktu ataupun for good. Aku rasa management KLIA patut sediakan surau yang lebih dekat berbanding dengan surau kat Anjung Tinjau tuh yang cuma ada 4 tempat mengambil wuduk. Bila peak hours keadaan akan menjadi sangat sesak dengan jemaah. Dah la pintu nak masuk ke surau tuh pun kecik je. Nanti pelancong Muslim dari negara lain datang nak solat kat surau tuh kata apa pulak kan... kata negara Islam, tapi kemudahan untuk solat kurang sempurna.

Sila bertindak segera. Kesian kat warga emas dan orang-orang yang kurang upaya terpaksa berjalan jauh untuk ke surau ni. Surau kat arrival hall tu aku tak pasti besar mana.
1948hrs; security check-point dah mula beratur panjang kat hampir semua lane... busy le tu...
Lepas solat maghrib aku perasan queue kat security check point dah semakin panjang menunjukkan banyak penerbangan yang akan berlepas dari KLIA malam ni. Excited pulak nak travel jugak macam diorang ni.
1949hrs; bila la aku nak sambar satu model A380 ni...
Pukul 2045hrs camtu, aku dapat text dari wifey bitau yang dia dah selamat sampai dan dah on the way nak gi dinner dah dengan rombongan tak berapa nak Cik Kiah ke Saigon tu. Aku masa tu tengah sangkut dalam traffic jam kat jalan menghala ke Pajam. Jadi orang bujang bersama-sama dengan BiL dan jugak si hitam itu sampai la hari Ahad ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...