Sunday, December 16, 2012

Kaka

Assalamualaikum

Berat hati betul kalau nak buat posting cerita sedih. Tapi, sebab blog ni dah macam diary, ada baiknya jugak diselitkan cerita sedih, dengan harapan segala kenangan manis semasa beliau masih ada dapat mengukir sedikit senyuman kat dalam hati, kalau tak di bibir...bukan Bieber!

Kaka, seekor kucing comel dari keturunan kekucing antara yang paling lama hidup dengan keluarga kitorang. Dan dia antara yang memiliki saiz fizikal yang paling besar dalam kekucing yang pernah jadi keluarga kitorang.
1003hrs; tempat persemadian Kaka yang siap digali...
Parent aku bitau Kaka dah 2 hari tak balik rumah. Bagi kucing jantan yang dah otai macam Kaka, ni dah kira macam normal routine. Menziarah kawasan jajahan la tu kot. Biasanya bila dia penat merayau, memang gerenti dia balik rumah untuk recharge. Biasanya la...
1004hrs; keadaan tanah yang agak susah untuk digali lebih dalam...
Pagi tadi, ayah aku jumpa jasad Kaka kat bawah kereta rumah jiran sebelah rumah. Jasad yang sempurna, takde luka-luka. Kena gilis dengan kereta? Terminum racun? Atau diracun? Atau sebab sakit dalaman yang aku tak tak nampak? Allah je yang Maha Mengetahui apa yang berlaku. Mungkin dia sakit sebab badannya agak kurus dari biasa.
1011hrs; jasad Kaka selepas aku mandikan...
Ayah aku panggil aku untuk uruskan jasad Kaka. Kaku dan keras dah tubuhnya; mungkin dah pergi dalam 5-6 jam sebelum dia ditemui. Aku angkat jasad Kaka bawa balik ke rumah untuk ditanam. Perasaan masa mengangkat Kaka tuh bercampur-baur. Rasa gembira tu memang takde la. Lebih kepada terkejut, sedih tu memang la, tak payah cerita la. Tengah menaip ni pun boleh rasa semacam je dalam hati, hanya orang yang sayangkan kucing je tahu.
1023hrs; selamat tinggal sayang...maafkan segala kekurangan dan kejahilanku...
Aku mandikan Kaka buat kali terakhir. Walaupun takde kekotoran pun kat badan dia. Cuma aku bersihkan pasir-pasir yang melekat kat badan dia. Keadaan jasadnya yang memanjang menyebabkan aku terpaksa menggali lubang dengan lebih panjang. Dah la keadaan tanah pun tak berapa lembut. Hujan sejak beberapa hari yang lepas menyebabkan tanah agak lembab.

Selesai memandikan Kaka, aku lap sikit tubuh dia dan biarkan matahari memanaskan jasadnya. Masa tu la dalam hati aku berbicara bermacam-macam perkara dengan jasad yang kaku kat depan mata aku tu. Segala memori sepanjang hidup dia terus auto-playback dalam kepala aku. Sayang sungguh takde parut cakaran dia kat tubuh aku. Kalau ada, memang aku nak parut tu kekal sampai bila-bila.
1104hrs; Alhamdulillah, selamat dikembalikan kepadaNya...
Nasib baik jugak banyak gambar dia yang aku simpan. Tapi, apa-apapun, memori yang dalam hati ni la yang paling susah untuk dipadamkan; mungkin undeletable; rasanya aku dah buat satu vocab baru kot.

Takde bunga mawar, bunga kertas yang mama tanam aku koyak-koyakkan untuk aku hiaskan kat atas pusara Kaka. Aku sempat jugak payungkan pusara Kaka, bimbang kalau-kalau hujan turun lagi dan melembikkan tanah di pusara Kaka.

Berehat la sayang, dan bergembira la di syurga Allah bersama kawan-kawan dan saudara-maramu yang lain...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...