Kelly 3572

Saturday, December 29, 2012

Aula Shield

Assalamualaikum

Berehat lama betul dari aktiviti duniawi di alam siber ni. Muncul-muncul je terus promote produk yang banyak kegunaan ni, terutama sekali untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil yang macam dalam gambar kat bawah ni; walaupun dah pakai lampin, tapi still bocoq... (bocor!).
baby Ashraf; model sambilan Aula-Shield :)
Dan...untuk orang dewasa yang mempunyai kurang upaya, sakit yang menghadkan pergerakan dan sebagainya, lapik atau alas tilam ni sangat berguna untuk menghalang cecair dari membasahkan tilam! Ye la, kalau tilam basah, masalah jugak nak membasuh dan menjemurnya kan! 
Sila layari laman web Aula-Shield ni untuk mendapat lebih banyak info dan harga. Bukan setakat alas/lapik tilam ni je yang ada. Sarung bantal pun ada, sarung tilam pun ada. Untuk alas tilam ni pun ada berbagai saiz ye tuan puan, pakcik makcik dan bayi-bayi sekalian. 
ni size yang paling kecik...mudah dibawa ke mana-mana saje...
Model dalam gambar kat atas ni dah kepenatan sebab kena posing untuk entry ala-ala testimonial, kisah benar dan jugak promosi ni...

Marilah sama-sama kita kurangkan aktiviti membasuh tilam yang berat itu... jimatkan tenaga ok! Aula-Shield ingin membantu meringankan beban anda semua, bukan kerana keuntungan duniawi semata-mata. Ayat promosi baik punya...he he.

Disclaimer

Penulis takde sebarang pegangan saham dalam Aula-Shield ni hokey!!! Saje je tolong promote barang yang elok... usahawan Muslim pulak tu. :)

Thursday, December 27, 2012

Isabella

Assalamualaikum

Ni bukan pasal lagu Isabella yang kumpulan Search nyanyi tuh. Ni pasal tajuk sebuah buku yang wifey beli. Lepas wifey habis baca, dia suruh aku baca; bagus katanya isi novel ni.
Aku ni kalau bab-bab membaca novel ni memang failed banyak! Bukan sikit! Jadi memang la susah untuk aku tendang-mula sentuh dan baca novel tu.

Akhirnya, malam tadi masa tengah boring mundar-mandir dalam rumah sambil mengemas sikit-sikit, aku pun boleh terpegang novel ni, dan baca sinopsis dulu. Hmm, memang nampak menarik dan nampak perlu lebih fokus untuk baca novel yang banyak fakta ni. Lebih bagus kalau ada sumber rujukan lain untuk memastikan kandungan dan fakta dalam novel ni tepat.

Dan bermulalah aktiviti membaca aku. Novel yang menceritakan bagaimana anak gadis seorang ketua paderi di Cordoba, Sepanyol yang mula keliru dengan agama yang dianutinya setelah terdengar perbualan 2 jejaka Muslim berkaitan agama Islam. Kekeliruan yang membawanya kepada nur Islam setelah perdebatan demi perdebatan antara Muslim dan Kristian diadakan bagi menghapuskan kekeliruan di hatinya dan jugak penganut Kristian ketika itu.

Isabella akhirnya menganut Islam dan mengejutkan seluruh Sepanyol. Anak ketua paderi berpaling dari ajaran Kristian! Dan mula menentang ajaran Krsitian melalui perdebatan serta perbandingan dengan ajaran Islam sehingga akhirnya ramai masyarakat Kristian di Sepanyol termasuk paderi-paderi mula memeluk Islam.

Bagi aku, novel sangat menarik. Dan bagi slow-reader macam aku ni, masa 3-4 hari digunakan untuk mengabiskan novel yang tak tebal mana ni dah dikira cukup hebat dan cepat! Kalau sesiapa yang belum terbaca novel ni, aku recommend  la korang baca. Boleh menambah ilmu dan yang penting kecintaan kita kepada Islam, InsyaAllah!

Wednesday, December 26, 2012

Siapa Nak??? Victoria's Secret Body Mist...

Assalamualaikum

Setakat hari ni, ini je la saki baki yang tinggal. Maknanya business bagus la kan? Ha ha... takde la bagus, tapi cukup la untuk mendapat sumber rezeki yang mungkin lebih berkat daripada apa yang aku dapat selama ni.
So, kalau nak ataupun berminat, sila la bertindak. Siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada. Kalau dah kehabisan stok, jangan risau, InsyaAllah tetap akan dapat juga, cuma mungkin lambat sikit la. 
Harga? Dijamin lebih murah dari butik Victoria's Secret kat Pavillion tuh. Genuine product ke dah campur air? ha ha ha... aku tak sanggup nak jual kalau bukan barang yang asli! Tak berkat berniaga kalau menipu customer kan?

Selain dari body mist, ada tinggal satu botol Shower Gel Love Spell.

Available as at October 30th, 2013 2300hrs
  • 1 Love Spell 250ml Body Wash
  • 2 Secret Craving 250ml Fragrance Mist
  • 1 Love Spell 250ml Fragrance Mist
  • 1 Love Spell Forbidden 250ml Fragrance Mist
  • 1 Pure Seduction Forbidden 250ml Fragrance Mist
  • 1 Sheer Love Forbidden 250ml Fragrance Mist
  • 4 Pure Seduction 60ml Fragrance Mist 
  • 1 Love Spell 60ml Fragrance Mist 
Update on March 10th, 2013
  1. Body Mist 250ml at London Heathrow duty free outlet selling at GBP9.15 per bottle
  2. Body Mist 250ml at KLIA duty free outlet selling at MYR50 per bottle

Sunday, December 16, 2012

Kaka

Assalamualaikum

Berat hati betul kalau nak buat posting cerita sedih. Tapi, sebab blog ni dah macam diary, ada baiknya jugak diselitkan cerita sedih, dengan harapan segala kenangan manis semasa beliau masih ada dapat mengukir sedikit senyuman kat dalam hati, kalau tak di bibir...bukan Bieber!

Kaka, seekor kucing comel dari keturunan kekucing antara yang paling lama hidup dengan keluarga kitorang. Dan dia antara yang memiliki saiz fizikal yang paling besar dalam kekucing yang pernah jadi keluarga kitorang.
1003hrs; tempat persemadian Kaka yang siap digali...
Parent aku bitau Kaka dah 2 hari tak balik rumah. Bagi kucing jantan yang dah otai macam Kaka, ni dah kira macam normal routine. Menziarah kawasan jajahan la tu kot. Biasanya bila dia penat merayau, memang gerenti dia balik rumah untuk recharge. Biasanya la...
1004hrs; keadaan tanah yang agak susah untuk digali lebih dalam...
Pagi tadi, ayah aku jumpa jasad Kaka kat bawah kereta rumah jiran sebelah rumah. Jasad yang sempurna, takde luka-luka. Kena gilis dengan kereta? Terminum racun? Atau diracun? Atau sebab sakit dalaman yang aku tak tak nampak? Allah je yang Maha Mengetahui apa yang berlaku. Mungkin dia sakit sebab badannya agak kurus dari biasa.
1011hrs; jasad Kaka selepas aku mandikan...
Ayah aku panggil aku untuk uruskan jasad Kaka. Kaku dan keras dah tubuhnya; mungkin dah pergi dalam 5-6 jam sebelum dia ditemui. Aku angkat jasad Kaka bawa balik ke rumah untuk ditanam. Perasaan masa mengangkat Kaka tuh bercampur-baur. Rasa gembira tu memang takde la. Lebih kepada terkejut, sedih tu memang la, tak payah cerita la. Tengah menaip ni pun boleh rasa semacam je dalam hati, hanya orang yang sayangkan kucing je tahu.
1023hrs; selamat tinggal sayang...maafkan segala kekurangan dan kejahilanku...
Aku mandikan Kaka buat kali terakhir. Walaupun takde kekotoran pun kat badan dia. Cuma aku bersihkan pasir-pasir yang melekat kat badan dia. Keadaan jasadnya yang memanjang menyebabkan aku terpaksa menggali lubang dengan lebih panjang. Dah la keadaan tanah pun tak berapa lembut. Hujan sejak beberapa hari yang lepas menyebabkan tanah agak lembab.

Selesai memandikan Kaka, aku lap sikit tubuh dia dan biarkan matahari memanaskan jasadnya. Masa tu la dalam hati aku berbicara bermacam-macam perkara dengan jasad yang kaku kat depan mata aku tu. Segala memori sepanjang hidup dia terus auto-playback dalam kepala aku. Sayang sungguh takde parut cakaran dia kat tubuh aku. Kalau ada, memang aku nak parut tu kekal sampai bila-bila.
1104hrs; Alhamdulillah, selamat dikembalikan kepadaNya...
Nasib baik jugak banyak gambar dia yang aku simpan. Tapi, apa-apapun, memori yang dalam hati ni la yang paling susah untuk dipadamkan; mungkin undeletable; rasanya aku dah buat satu vocab baru kot.

Takde bunga mawar, bunga kertas yang mama tanam aku koyak-koyakkan untuk aku hiaskan kat atas pusara Kaka. Aku sempat jugak payungkan pusara Kaka, bimbang kalau-kalau hujan turun lagi dan melembikkan tanah di pusara Kaka.

Berehat la sayang, dan bergembira la di syurga Allah bersama kawan-kawan dan saudara-maramu yang lain...

Thursday, December 13, 2012

Thailand 2 Lee Min Hu 1 Malaysia 0

Assalamualaikum

Tahniah kepada Harimau Malaya. Walaupun gagal mengaum sampai ke perlawanan akhir, tapi aku boleh la berpuas hati dengan kebangkitan yang ditunjukkan.

Jangan kita salahkan pengadil tu 100%, sebab semua manusia pun buat silap jugak. Aku tak la backing pengadil tu. Ikutkan hati, nafsu dan perasaan memang nak je aku tangkap, tanda, bakor dan tangkap semula dan bakor semula 1000 kali!!!

Ni aku senaraikan sebab-musabab selain dari sebab utama iaitu The Lee Min Hu Factor yang menyebabkan Harimau Malaya tak sampai ke pertandingan akhir pada pertandingan kali ni. Kalau tak setuju dan tak sependapat dengan aku, jangan marah yer, ni cuma pendapat aku yang tak pakar dalam bolasepak.
  1. Kalah teruk dengan Singapore 0-3 pada perlawanan pertama. Kalau kalah 0-1 tuh mungkin la kesudahannya berbeza kot, mungkin kita boleh masuk final.
  2. Tak kalahkan Laos dengan jaringan yang lebih besar walaupun mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kelebihan jaringan Singapore menyebabkan kita cuma jadi naib juara kumpulan yang menemukan kita dengan Thailand.
  3. Kecederaan pemain penting yang tak dapat dielakkan, paling ketara kehilangan Wan Zack Haikal. Aku suka Wan Zack ni. Nampak agak creative.
  4. Tak mengambil kesempatan membelasah Thailand secukupnya masa perlawanan separuh akhir pertama di Bukit Jalil hari tu. Aku tak tengok game ni sebab masa tu aku tengah menikmati kesesakan jalanraya.
  5. Salah percaturan untuk starting line up perlawanan separuh akhir ke dua. Aku kurang setuju kat bahagian tengah padang tuh. Safiq Rahim tu ok la, yang lagi sorang tuh...hmm... tak perlu sebut nama la. Bila Safee masuk dan sorang pemain pertahanan dimasukkan untuk menggantikan pemain tengah yang jadi pemain pertahanan sementara tuh, baru la nampak Harimau Malaya lebih bersemangat dan lebih banyak penetrate kawasan lawan. Kenapa la Nazmi Faiz tak main untuk Harimau Malaya?
  6. Thailand FA yang sememangnya busuk hati dan tak profesional langsung dalam menyediakan kemudahan latihan kepada pasukan Harimau Malaya. Mula-mula kena berlatih kat 'sawah padi' dengan changing room kat tepi jalan sambil menyorok tepi bas je kot, agaknya buang air masa training tuh pun kat atas padang. Sesi latihan yang berikutnya bukan kat stadium tempat perlawanan tu bakal diadakan atas alasan nak jaga kualiti padang. Betul-betul tak nak kasi Harimau Malaya feel padang tu dulu sebelum perlawanan. Lepas ni FAM tak payah la treat pasukan Thailand ni beria-ia sangat. Kalau diorang ada game kat Malaysia ni, suruh je diorang stay kat rumah kawan Facebook diorang atau rumah sedara. Mengabihkan duit FAM je.

Sunday, December 9, 2012

Pakej 6 Jam Ayer Keroh - KL!!!

Assalamualaikum

Pagi Ahad biasanya orang berehat-rehat kat rumah je kalau takde jemputan ke mana-mana majlis atau kenduri. Celik mata hari ni aku ada di Pajam, Negeri Sembilan. Oleh sebab ada jemputan ke kenduri di Selatan Semenanjung, maka kugagahkan jua kudrat dan tulang yang sungguh banyak ni untuk meredah PLUS highway seawal jam 9.30 pagi bersama Kelly untuk balik ke KL untuk menjemput parent aku untuk ke kenduri yang sama. 
  • 1130 hrs - bertolak dari KL dengan parent menuju ke Pajam untuk pick up wifey dengan Piji.
  • 1230 hrs - selamat sampai di Pajam dengan sedikit kesesakan di E2 selepas Bandar Bukit Mahkota sehingga la ke Exit 215; Nilai. Ada construction sket kat laluan paling kiri highway menghala ke selatan. 
  • 1315 hrs - lepas lunch sekadar alas perut, bergerak ke Melaka untuk ke kenduri di Bukit Lintang, Ayer Molek, Melaka. Terpaksa meninggalkan budak comel yang dirindui... ha ha ha.
  • +/- 1500 hrs - selamat sampai ke lokasi kenduri kahwin selepas meredah kesesakan yang boleh dimaafkan selepas Plaza Tol Ayer Keroh.
  • 1600 hrs - bertolak balik ke KL ikut jalan menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh. Cuaca bertukar mendung dan gelap gelita selepas panggilan ke atas hujan dibuat bertalu-talu masa aku, wifey dan parent tengah menjamu selera tadi. Berkesan sungguh!!!
  • 1735 hrs - akhirnya berjaya memasuki Lebuhraya Utara Selatan selepas 1 jam lebih merangkak nak masuk highway! Leboh Ayer Keroh (M29) memang boleh dikatakan selalu macam ni masa hujung minggu kot!
  • +/- 1950 hrs - masa ni aku baru sampai ke Seremban! Dari 1735hrs tadi! Kepala lutut macam dah nak tercabut walaupun bawak Piji yang automatik. Mengantuk pulak ditambah dengan cuaca yang kurang baik. Nasib baik aku dengan wifey and parent! Kalau aku sorang memang failed la. Dengan bantuan 2 satelite navigator, aku exit PLUS kat Seremban dan menghala ke LEKAS (E21) melalui jalan kampung... Felda Sendayan, Labu semua aku redah. Agak cuak sebab tak pernah lalu jalan ni, dah la gelap gelita. Nasib baik ada 2-3 buah kereta lain yang nampak sehaluan dengan kitorang. Kemungkinan besar kereta-kereta tu pun ikut laluan yang diberikan oleh GPS navigator kot! Yang penting, jalan lengang tak macam kat PLUS dan Ayer Keroh tu!!!
  • +/- 2030 hrs - berhenti solat kat R&R. Sempat la tertengok semi-final AFF Suzuki Cup Malaysia lawan Thailand kat tv di R&R tuh. Aku ingatkan game start pukul 2045hrs! Rupa-rupanya start pukul 2000hrs! Dah la aku nak sampai rumah sebelum pukul 2130hrs sebab ada game MU lawan City. Macam tak sempat nak tengok dari awal je...sebelum pukul 2100hrs kitorang sambung perjalanan balik ke KL semula.
  • 2200 hrs - akhirnya kitorang selamat sampai Gombak setelah 6 jam berfoya-foya kat atas jalan. Tak sempat pun tengok game Malaysia yang seri 1-1 dengan Thailand. Wifey terus bukak channel Astro untuk tengok game MU! MU leading 2-0! Wayne Rooney scored both goals! Unbelievable! Hilang terus rasa penat dan tension aku meredah highway 6 jam lebih!
Agak-agaknya apa lagi  tourist attraction yang boleh dibuat kat kiri kanan Leboh Ayer Keroh tu supaya jalan tu jadi lebih jammed? Rasanya dengan Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama, Hutan Rekreasi, Muzium Orang Asli tu semua masih belum cukup la. Kerajaan negeri Melaka patut kurangkan 2 lorong sehala kepada 1 lorong sahaja supaya jalan tu lebih sesak! Baru lagi best! Ha ha ha... 

Nasib baik la RVP menceriakan aku dengan last minute deflected freekick. Terima kasih banyak-banyak Samir Nasri, tak sia-sia Manchester City bayar gaji kau tinggi-tinggi untuk tolong MU! Terima kasih lagi sekali. Terima kasih jugak kat referee sebab tak bagi red card kat Carlos Tevez untuk last minute tackle on Phil Jones tuh. Kalau tak City ada issue dan alasan sebab apa diorang kalah. Terima kasih jugak kat Mario Balotelli sebab main dengan baik, tak sia-sia City beli dan bayar gaji kau tinggi-tinggi.

Photo credit to An Introspective World
   

Sunday, December 2, 2012

I Missed You So Much Baby!!!

Assalamualaikum

Ni la baby yang dimaksudkan. Memang baby pun. Apasal la cute sangat budak tomey ni??? Dulu kecik comey je masa baru lahir, sekarang makin mengancam! Semoga bila dah besar nanti jadi hamba Allah yang taat pada perintahNya dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin!
1
Cak!!! Nama caye Ashraf

Saturday, December 1, 2012

Tahniah Harimau Malaya

Assalamualaikum

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara kita yang dah berjaya layak ke pusingan separuh akhir kejohanan bolasepak piala AFF Suzuki tahun ni. Walaupun memulakan kempen dengan prestasi yang boleh dikatakan agak ataupun sangat buruk, mereka dah berjaya memperbaiki mutu permainan mereka. Memang kena kutuk gila-gila punya kat alam cyber dan jugak kat suratkhabar lepas kalah dengan Singapore 3-0 masa first game hari tu.

Aku ingat lagi quote kat sport section dalam suratkhabar The Star keesokan hari lepas Malaysia kalah tu. Wartawan tu cakap, "Call the cops! It's a crime to lose to Singapore like that!" 

Seriously quote tu sangat pedas dan sinis. Masa tu aku memang rasa dah takde harapan dah Malaysia nak pertahankan kejuaraan Piala AFF ni. Aku cakap macam tu sebab tengok cara Malaysia main pun memang la agak mengecewakan. Tu yang macam malas nak buat review kat sini tuh... padahal malas...ha ha! Aku rasa kalau aku buat ulasan pasal kekalahan tu memang macam-macam perkataan yang tak sedap nak dibaca la tertaip kat blog ni. Aku perasan Shahrul Idlan sorang je yang betul-betul menyerlah dalam game dengan Singapore tuh. S. Kunalan pun nampak agak best jugak la. Yang lain memang hancus! Ada pemain yang agak kurang tumpuan kot. Perasan tak bila Shahrul Idlan dapat bola, mesti 2-3 orang pemain Singapore akan kejar dia. 

Bila Harimau Malaya menang perlawanan ke 2 dengan Laos tuh pun, aku tak rasa yakin sangat sebab Laos tak la berapa mencabar, bukan la nak memandang rendah pasukan Laos tu. Tapi aku rasa macam tak boleh nak bangga kalau menang dengan Laos tuh. Dah la pemain Malaysia banyak mensia-siakan peluang untuk jaring lebih banyak gol, macam sambil lewa je bila dah leading 4-1 tuh. Cuma yang positif aku fikir lepas menang dengan Laos ialah, Indonesia pun seri dengan Laos yang bermain dengan 10 pemain. Maknanya, Malaysia mungkin ada harapan yang lebih cerah untuk mara ke pusingan separuh akhir kalau berjaya kalahkan Indonesia. Dan, Alhamdulillah, malam ni kita dah berjaya walaupun Indonesia menurunkan ramai pemain 'Mat Salleh' mereka. Meremang bulu roma aku tengok Stadium Bukit Jalil gamat dengan sokongan padu penyokong Malaysia!

Akhirnya, Singapore dan Malaysia yang layak ke pusingan separuh akhir dan bakal bertemu dengan lawan masing-masing dari kumpulan lagi satu iaitu Thailand dan Filipina. Laluan Malaysia mungkin lebih mencabar sebab kena mengadap Thailand, pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan tahun ni. Semoga Harimau Malaya mampu mengalahkan Thailand dan seterusnya mara ke perlawanan akhir!

Satu hal lagi yang perlu pihak yang bertanggungjawab beri perhatian serius ialah keadaan padang di Stadium Bukit Jalil tuh... MasyaAllah. Tak tahu nak komen macamana dah. Korang pun mesti perasan kan? Aku rasa padang Stadium Shah Alam lebih baik kot. Takde la sampai nampak pasir beterbangan dan rumput tercabut bila pemain terjatuh atas padang. Takde rumput yang sesuai ke untuk padang bola dengan iklim macam Malaysia ni? Takkan la nak kena guna padang rumput tiruan macam Singapore kot? 

Dah cukup la membebel. Malam karang nak layan game Reading lawan MU pulak! Petang esok, nak jadi Datuk Lee Chong Wei pulak... fitness training pun belum buat lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...