Kelly 3572

Saturday, November 24, 2012

Mari Berpeluh Di Hujung Minggu...

Assalamualaikum

Sejak-sejak wifey active main badminton dengan ex-uni-matenya, aku pun terjoin jugak la sekali. Memang best pun aktiviti main badminton ni. Selain dapat keluarkan peluh dan menghilangkan lemak kalau ada, badminton jugak menghilangkan rasa stress kerja. 
adakah ini pengganti Wong Mei Choo?
Agaknya masa pukul bulu tangkis tuh, kau imagine je la muka sesiapa sahaja yang buat kau rasa tension kat office tuh. Pukul sekuat hati dengan harapan orang yang berkenaan terasa macam bahagian badannya dilibas, dismash, di apa lagi??? Ish ish... tak baik tau buat orang macam tuh...
bergaya dengan kasut baru yang wifey sponsored! 
So, kalau rasa nak berpeluh dan menyihatkan badan, sila la datang beriadah di sini, terutama sekali kepada yang tinggal sekitar Wangsa Maju ok. Apa nama tempat ni aku tak pasti...
  • lokasi N 3.200506, E 101.725464
  • jumlah gelanggang 22! banyak tuh...
  • kadar sewa bukan ahli; RM20/jam pada hujung minggu dan RM30/jam pada hari biasa. Ada lagi term yang aku tak pasti. Sila rujuk kalau korang datang ke sini yer.
  • ada toilet, kedai jual peralatan badminton, jual minuman dan makanan ringan. 
  • landmark yang paling dekat, stesyen minyak Petronas
  • waktu beroperasi, aku tak pasti. Dah tahu nanti aku update semula kat sini.
Selamat beriadah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...