Kelly 3572

Sunday, October 14, 2012

Pasar Sungai Haji Dorani

Assalamualaikum

Sejak first time shopping fresh seafood kat Pasar Pasir Penambang dulu, aku memang dah tekad nak pergi shopping lagi ke pasar Kuala Selangor tuh.

Bila bukak topik pasal ikan segar kat office dan cerita pasal Pasar Pasir Penambang, aku ingatkan kat pasar tu la paling best, rupa-rupanya tak. Salah sorang dari office-mate aku; Chef Joe (bukan Chef Joe dalam MasterChef kat Astro tuh... rupa je lebih kurang sama..he he) kata dia lebih suka beli stock seafood dia kat Sungai Haji Dorani.

Aku dengar je Chef Joe cakap macam tu, terus aku excited nak tahu tempat yang Chef Joe katakan tuh. Bermulalah sesi siasatan kat internet dengan mencari blog review pasal pasar ikan segar kat sekitar kawasan Kuala Selangor serta lokasi lain yang berhampiran. Ada jugak aku terbaca pasal jeti ikan kat Bagan Pasir. Kalau tak silap aku, Bagan Pasir ni atas sikit dari Pasir Penambang kalau kita datang dari arah Kuala Selangor. Ada jugak blogger yang berkongsi pengalaman diorang membeli ikan segar di pasar Sungai Haji Dorani ni.

Aku tanya Chef Joe pasal lokasi sebenar untuk ke pasar tuh memandangkan Chef Joe memang setiap minggu akan ke pasar tu. Chef Joe cuma bitau lokasi pasar tuh lepas Sekinchan dan sebelum Sungai Besar. Lepas stesen minyak Petronas di sebelah kanan, dan kat depan sikit akan jumpa stesen minyak BH Petrol kat sebelah kiri. Boleh slow down bila nampak BH Petrol tuh sebab akan ada jalan masuk ke kiri ( B53 ; Jalan Lama Kuala Selangor ) sebelum lampu isyarat, bus stop dan jejantas untuk pejalan kaki. Boleh rujuk gambar kat bawah tu ye...

Nape la Chef Joe tak kasi aku GPS coordinate je, lagi senang aku nak cari...

Kebetulan pulak adik aku baru je bersalin, jadi semangat nak belikan ikan-ikan segar untuk orang dalam pantang bersalin ni lagi la membuak-buak!
kat kiri kanan jalan ni la diorang berniaga ikan dan sayur segar...
Aku planned nak gerak dari Gombak dalam pukul 1330hrs sebab menurut kat Chef Joe, lebih afdal sampai kat pasar tuh dalam pukul 1530hrs. 2 jam perjalanan dari Gombak ke destinasi tuh nampak macam memadai la kot. Akhinya dekat pukul 1430hrs jugak kitorang baru keluar dari Gombak tuh. Risau pulak sempat ke tak nak shopping ni...

Takpe la, kalau tak sempat shopping kat port baru tuh nanti, singgah je la kat Pasar Pasir Penambang, kat situ kan diorang berniaga sampai dekat nak Maghrib. 

Planned asal aku nak ke Kuala Selangor tuh ikut LATAR Highway tapi Garmin aku yang tak pernah update tuh bawak aku ikut jalan biasa. Terpaksa la aku kerah Kelly tu dengan lebih agresif supaya cepat sampai. 

Bila dah sampai ke Pasir Penambang, jam pun dah pukul 1540hrs, aku dan wifey dah gelisah sebab takde nampak signboard Sungai Haji Dorani pun masa tuh. Called Chef Joe mintak talian hayat... Chef Joe kata ke depan lagi. Usha masjid yang besar kat sebelah kanan jalan, usha Petronas, usha BH Petrol.... sampai la pukul 1615hrs camtu, akhirnya tiba la jugak kat destinasi. Berdasarkan landmark yang Chef Joe kasi tu la. 
sebelum lampu isyarat ni, belok ke kiri...
Bila aku nampak banyak kereta parking kat kiri dan kanan jalan yang aku masuk tuh, dan nampak banyak gerai-gerai jual hasil laut dan sayur-sayur segar, baru la hati terasa lega sebab kitorang yakin, ni la tempatnya. Kawasan nak letak kereta agak terhad, jadi lebih baik bawak kereta bersaiz comel dan jangan lupa bawak icebox.

Aku rasa macam tempat ni sangat best dengan suasana pasar kampung, lebih best bila aku tengok hasil laut yang nampak sangat segar. Sayur-sayur, cendawan, petai, ulam raja semua ada. Meriah wooo! Bestnya kalau rumah aku kat kampung ni. Wifey pun rambang mata jugak bila nampak ikan, udang dan ketam yang segar. Cuma sotong je tak kelihatan, mungkin sebab dah habis.

Kata sorang peniaga kat situ, kalau hujung minggu, peniaga mula berniaga dari jam 1430hrs. Kalau hari biasa, diorang akan bermula pada pukul 1500hrs. Patut la banyak barang dah habis. Next time memang kena gerak pagi, sampai awal boleh la jugak lunch kat restoren seafood kat kawasan Sungai Haji Dorani tu kot.

Hampir 95% peniaga di pasar ni adalah orang Melayu. Tu yang menambahkan lagi perasaan syok memborong ikan dan sayur kat sini. Dapat beli fish ball  dan fish cake yang dibuat oleh orang Melayu. Boleh makan InsyaAllah tanpa rasa ragu. Memang banyak wifey borong. Ulam raja segenggam dan sebesar bouquet bunga tuh baru simggit! Cendawan yang dikatakan baru petik pagi sebelum dijual tuh RM2. Ikan apa ntah, saiz macam ikan kembung sepinggan RM4. Gile punya fresh.. dah la banyak gile sepinggan tuh. Aku beli lebih untuk bagi meow-meow makan ikan segar. Mesti meow-meow pun excited dapat makan fresh fish! Sempat jugak rembat udang bersaiz sederhana dengan harga RM30 sekilo. Paling besar udang berharga RM50 sekilo. Tak beli pun, tunggu next visit baru boleh shopping dengan lebih tenteram kot.

Lepas selesai membeli belah, kitorang lepak jap, makan satay yang ada sorang pakcik tuh jual kat tepi pasar tuh. RM0.50 je secucuk. Murah kan? Sedap pulak tu kuah kacangnya. Kalau korang singgah kat sini, beli la satay kat pakcik tuh, memang dia sorang je kot yang jual satay kat situ.

Kitorang singgah sekejap di Petronas Kampung Sungai Haji Dorani untuk solat asar sebelum menyambung perjalanan ke Pasar Pasir Penambang untuk beli apa-apa yang takde kat Pasar Sungai Haji Dorani tadi tuh. On the way to Kuala Selangor tuh, berhenti pulak untuk beli kerepek dan singgah jugak beli sekilo mentarang, wajib beli kalau datang ke arah Kuala Selangor ni ye. Hari ni ramai pulak orang berniaga mentarang dan mentarang bakar kat tepi jalan. Ikutkan hati nak je singgah dan chill out makan mentarang bakar kat tepi jalan ni tapi memandangkan jauh lagi perjalanan balik ni, dengan nak singgah ke Gombak dan ke Pajam untuk hantar ikan-ikan dan sayur segar ni, terpaksa la tangguhkan dulu niat  tuh.

Nak sampai ke Kuala Selangor tu memang agak menyeksakan sebab jalan dari Sekinchan ke Kuala Selangor tuh sesak sampai polis trafik terpaksa jaga! Mungkin banyak kenderaan yang menghala ke Lembah Kelang kot petang-petang hujung minggu ni. Jadi, rancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelak daripada membuang masa dalam kesesakan lalu lintas ni ya. Mungkin lebih baik pergi shopping kat Sungai Haji Dorani pada hari Sabtu kot kalau korang ke sini dari Lembah Kelang semata-mata untuk cari ikan segar.

Kitorang sampai ke Pasar Pasir Penambang dekat jam 1830hrs. Awal sikit je dari first time shopping kat sini dulu. Orang pun dah tak ramai. Banyak peniaga yang dah mula berkemas nak tutup kedai. Kitorang sempat beli satu lagi icebox untuk isi seafood yang bakal diborong. Sempat la rembat sekor tenggiri, sekor ikan merah, cencaru, selar, senangin, udang dan sotong. Aku perasan ada satu lot kat pasar tu berkemungkinan besar milik peniaga Melayu. Banyak la jugak yang kitorang beli dari peniaga tuh.

Aku rasa hasil yang dijual di Kampung Sungai Haji Dorani lebih segar daripada yang dijual di Pasir Penambang. Lagipun, kat Sungai Haji Dorani tuh bukan setakat hasil laut yang dijual, tapi sayur-sayuran pun ada.

On the way nak balik tuh baru la kitorang menggunakan LATAR dan exit Kepong untuk ke Gombak. Dah download semua hasil untuk portion Gombak, kitorang gerak pulak ke Pajam untuk hantar portion sana. Nasib baik aku dah apply cuti siap-siap esok, kalau tak memang tak larat aku nak kerja esok.  Sampai Pajam dalam pukul 2200hrs, terus wifey mintak tolong mak gorengkan udang yang baru dirembat tuh. Perghhh... sedap woo makan udang segar! Dekat pukul 2345hrs baru la gerak balik KL, dan Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dengan hajat nak merasa hasil laut yang segar dan tercapai. Tak sabar nak ke Kampung Sungai Haji Dorani lagi sekali. Kalau boleh nak pergi tidur satu malam kat D Muara Marine Park sebelum pergi shopping seafood tu.

Jarak Pasar Pasir Penambang - Pasar Sungai Haji Dorani : -/+ 41km
Koordinat GPS Pasar Sungai Haji Dorani; N 3.643736, E 101.023975

12 comments:

Ninie Hanis said...

whoaaa..sy rasa sangat teruja baca ini entry.serius..kalau balik nanti,inilah tempat yg akan kami tuju.mcm uncle mijoe ckp,stay semalam kt D Muara Marine Park tu idea yg sgt bagus.Sebab mummy fahim gile seafood.Fahim pun.Sebab now fahim dah makan ikan bakar. :) Keep on update tempat2 camni tau.

p/s hai..kan best stafford ada laut..

Mijoe said...

Kalau dari kampung kat Perak tu utk ke KL, singgah le kat Haji Dorani tuh. Memang tak mengeciwakan la...
Lepas tu singgah tepi jalan kat tanjung karang tuh, posing berbackground sawah padi luas saujana mate memandang..sure Fahim excited gile nanti! :)

Fahim makan ikan salmon bakar ke seabass?

salmon sure murah kan kat sane? :) segar pulak tuh...ish...ni yg buat lapar ni... :p

Ninie Hanis said...

Fahim dah makan seabass,mackerel dan plg sedap skrg ni tgh mkn plaice. Mommy pun xtau apa plaice tu tp rasa dia plg sedaplah among all ikan.. :)

Fadzli Zaudi said...

mcm mna nk ke sana ek?

Mijoe said...

Salam Fadzli,

Kalau nak ke sana tu bergantung jugak Saudara Fadzli datang dari arah mana. Kalau dari KL macam saya, saya ikut jalan ke Sungai Buloh/Kuala Selangor dari MRR2.

Kalau dari Rawang, lagi senang ikut LATAR dan exit di Ijok, kemudian terus ke pekan Kuala Selangor ikut jalan macam nak ke Sg Besar atau sekinchan. Kalau dari Pekan Kuala Selangor tuh ada la dalam 40/41km klu tak silap saye... :p

Kalau dari PJ, Shah Alam, Klang tu lagi senang, ikut Jalan Kapar tuh sampai ke Kuala Selangor...

Kalau guna navigator lagi senang kot..saye dah kasi koordinatnye.. :)

kalau ada pape lagi yg saya boleh bantu, silakan bertanye ok? :)

Fadzli Zaudi said...

Ok..thanks a lot..hehe

Fadzli Zaudi said...

Ok..thanks a lot..hehe

Mijoe said...

You're most welcome bro! :)

Afizul Aezwan said...

Assalamualaikum tumpang tanya ya, pasar hani dorami ni jauh lebih berbaloi nak pergi berbanding dengan pasar pasir penambang ya?

Mijoe said...

salam Afizul,

nak kata berbaloi tu tak pasti la pulak. Mungkin bergantung pada tujuan asal kita nak jalan2 ke arah kuala selangor/tanjung karang/sabak bernam. maksud saya, kalau masa tu ada jemputan kenduri ke kat area sana, boleh la singgah pasar haji dorani tu on the way nak balik. Pasar Pasir Penambang tu saya perasan hanya ada jualan hasil laut je, takde sayur2, takde jual makanan etc.

Bagi pendapat saya la, saya prefer ke haji dorani le..kecuali kalau seafood yg dicari not available kat haji dorani, baru la saya singgah kat pasir penambang... :)

akim pdrm said...

As'kum sy mustakim dei kl...nk tnya ada x sesiape bleh supplay kat sy ikan laut fresh & murah...akim 0176124358

Azuan Khamis said...

Saya ada jual ikan sebarau,lampam,belider,terobol,talapia sekilo rm10.. +60193444904

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...