Kelly 3572

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha Dari Saye Yang Keseekoran...

Assalamualaikum

Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga ibadah korban yang dilakukan pada tahun ini diterima dan diberkati. Amin.
Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung dan balik semula ke bandar, berhati-hati dan berwaspadalah selalu.

Raya saye pada kali ini amat berbeza dengan raya-raya saye sebelum ni...

Tuesday, October 23, 2012

Tak Pernah Sampai, Dapat Souvenir T-Shirt Pun Jadi La...

Assalamualaikum

Tahun ni nampaknya rezeki dapat t-shirt ni agak murah... bukan dapat t-shirt murah, murah rezeki aku selalu dapat t-shirt. 

Kali ni lagi sorang office-mate aku bercuti-cuti dengan keluarga dia ke Medan, Indonesia. Aku tak mintak pun dia belikan apa-apa, tapi Alhamdulillah dan terima kasihlah sebab sudi memberi souvenir ni yang pada aku memang amat berharga.
Terima kasih daun keladi, len kali pergi bercuti jangan lupa belikan aku souvenir lagi...ha ha ha. Mintak nampak... 

Sunday, October 21, 2012

Banjir Kilat Di MRR2

Assalamualaikum

Aku tengah dalam perjalanan nak ke Seri Gombak melalui MRR2 bila hujan turun dengan lebat dan ganasnya. Gemuk-gemuk titisan air hujan tu.
Bila sampai je laluan menuruni bukit bersebelahan stesen RapidKL Terminal Putra tuh, tetiba je jalan 3 lorong tu sesak. Aku kat lorong paling kanan terperasan pulak laluan menghala ke Ampang kosong tanpa kenderaan buat sekian lama kecuali sebuah motorsikal. 

Aku agak ni mesti ada kemalangan teruk baru berlaku kot sebab masa aku depan Platinum Victory tadi kenderaan menghala ke Ampang masih lagi macam biasa.
Bila dah dekat dengan stesen minyak Shell tu baru la aku nampak dengan jelas apa yang menyebabkan laluan menghala ke Lebuhraya Karak dan Gombak sesak dan jugak hampir takde kenderaan ringan menghala ke Ampang.
Air hujan melimpah-limpah atas MRR2 tu nak seberang jalan rupanya. Mungkin hujan dah lama lebat kat area sini kot. Takkan la hujan sekejap je dah jadi macam sungai kan?
Semua kenderaan ringan yang menghala ke Lebuhraya Karak, UIA dan Gombak terpaksa melalui jalan masuk ke stesen minyak Shell dan Restoren Kunang-Kunang tuh untuk meneruskan perjalanan. Ada la jugak kenderaan ringan yang nak tunjuk terer nak redah jugak air banjir kilat tuh. Orang kaya kot, tak kisah kalau kereta diorang masuk air kot...takpe la.

Berhati-hati ketika memandu di dalam keadaan hujan lebat macam ni. Dan berwaspada kalau menggunakan laluan MRR2 berhampiran kawasan ni bila hujan amat lebat ye.

Lokasi kejadian... GPS koordinat N 3.234264, E 101.724364

Thursday, October 18, 2012

Siapa Tersangkut Dalam RapidKL Putra LRT Hari Ni??? Angkat Bulu Hidung Masing-masing...

Assalamualaikum

Setelah 3 hari bercuti, maka hari ni agak bersemangat la nak pergi kerja. Lagipun hari ni dengan esok, aku melepak kat site office je.

Sampai je kat steysen LRT, dah mula nampak ramai manusia tengah tunggu bas kat seberang jalan bertentangan dengan stesyen LRT. Dan setiap bas RapidKL yang menghala ke KL tadipun kelihatan agak penuh dari biasa.

Ni mesti LRT ada problem ni. Yes!!! Alasan kukuh nak masuk office lebih lambat ni...ha ha ha.
0841hrs; masa ni aku baru naik ke platform
Dari luar stesyen lagi manusia beratur memenuhi ruangan tempat beli tiket tuh. Pemandangan biasa kalau tren ada masalah teknikal. Dalam 10 minit jugak aku menunggu dan beratur kat bawah platform tuh. Masa kat atas platform pun aku ada ternampak office-mate aku tengah resah gelisah menunggu tren.  
0847hrs; saje try my luck...mana la tau service dah ok ke jap lagi...
Pengumuman yang sama diulang-ulang sebanyak kali yang mungkin. Sabar... sabar...

Dah agak ramai manusia yang turun semula ke bawah stesyen untuk mencari pengangkutan alternatif yang lain. Aku masih lagi menaruh harapan...cewahhh. Bagus jugak bila ramai orang dah cabut, sekurang-kurangnya tren takkan padat sangat nanti kan.  
0939hrs; tu dia... tengah beratur lagi...
Aku mula rasa yang masalah teknikal kali ni antara stesyen Setiawangsa dan Sri Rampai agak kronik sebab semua tren berhenti agak lama dari kebiasaannya bila tren RapidKL bermasalah. Lepas tu ada pulak announcement yang mengatakan masalah berlaku di antara track Setiawangsa ke Gombak. Mana satu yang betul pun tak tahu.

Macam dalam gambar kat atas ni la, dekat jam 0940hrs pun aku masih lagi kat atas platform. Mesti ramai kawan-kawan blogger yang tersangkut macam aku hari ni kan? Ha ha..

Beberapa minit lepas tu, baru la sampai satu tren 4 gerabak yang tak berapa padat. Dapat la aku masuk dengan selesa, dan platform stesyen Wangsa Maju tuh dah hampir kosong dengan kedatangan tren 4 gerabak ni. Nampak macam ada perkembangan yang lebih positif.

Tren yang aku naik ni mula bergerak meninggalkan stesyen Wangsa Maju pada jam 0959hrs dan bergerak dengan slow motionnya. Berhenti kat stesyen Datuk Keramat dengan agak lama sebelum bergerak secara normal selepas itu. Aku sampai kat stesyen KLCC pun dah pukul 1045hrs. 

Menapak la ke site office setelah kenkawan office dah sibuk called dan text berkali-kali. 1106hrs aku selamat menjejakkan kaki ke dalam site office!

Bestnya dapat masuk lambat macam ni...ha ha ha!

Update by RapidKL here...

Sunday, October 14, 2012

Pasar Sungai Haji Dorani

Assalamualaikum

Sejak first time shopping fresh seafood kat Pasar Pasir Penambang dulu, aku memang dah tekad nak pergi shopping lagi ke pasar Kuala Selangor tuh.

Bila bukak topik pasal ikan segar kat office dan cerita pasal Pasar Pasir Penambang, aku ingatkan kat pasar tu la paling best, rupa-rupanya tak. Salah sorang dari office-mate aku; Chef Joe (bukan Chef Joe dalam MasterChef kat Astro tuh... rupa je lebih kurang sama..he he) kata dia lebih suka beli stock seafood dia kat Sungai Haji Dorani.

Aku dengar je Chef Joe cakap macam tu, terus aku excited nak tahu tempat yang Chef Joe katakan tuh. Bermulalah sesi siasatan kat internet dengan mencari blog review pasal pasar ikan segar kat sekitar kawasan Kuala Selangor serta lokasi lain yang berhampiran. Ada jugak aku terbaca pasal jeti ikan kat Bagan Pasir. Kalau tak silap aku, Bagan Pasir ni atas sikit dari Pasir Penambang kalau kita datang dari arah Kuala Selangor. Ada jugak blogger yang berkongsi pengalaman diorang membeli ikan segar di pasar Sungai Haji Dorani ni.

Aku tanya Chef Joe pasal lokasi sebenar untuk ke pasar tuh memandangkan Chef Joe memang setiap minggu akan ke pasar tu. Chef Joe cuma bitau lokasi pasar tuh lepas Sekinchan dan sebelum Sungai Besar. Lepas stesen minyak Petronas di sebelah kanan, dan kat depan sikit akan jumpa stesen minyak BH Petrol kat sebelah kiri. Boleh slow down bila nampak BH Petrol tuh sebab akan ada jalan masuk ke kiri ( B53 ; Jalan Lama Kuala Selangor ) sebelum lampu isyarat, bus stop dan jejantas untuk pejalan kaki. Boleh rujuk gambar kat bawah tu ye...

Nape la Chef Joe tak kasi aku GPS coordinate je, lagi senang aku nak cari...

Kebetulan pulak adik aku baru je bersalin, jadi semangat nak belikan ikan-ikan segar untuk orang dalam pantang bersalin ni lagi la membuak-buak!
kat kiri kanan jalan ni la diorang berniaga ikan dan sayur segar...
Aku planned nak gerak dari Gombak dalam pukul 1330hrs sebab menurut kat Chef Joe, lebih afdal sampai kat pasar tuh dalam pukul 1530hrs. 2 jam perjalanan dari Gombak ke destinasi tuh nampak macam memadai la kot. Akhinya dekat pukul 1430hrs jugak kitorang baru keluar dari Gombak tuh. Risau pulak sempat ke tak nak shopping ni...

Takpe la, kalau tak sempat shopping kat port baru tuh nanti, singgah je la kat Pasar Pasir Penambang, kat situ kan diorang berniaga sampai dekat nak Maghrib. 

Planned asal aku nak ke Kuala Selangor tuh ikut LATAR Highway tapi Garmin aku yang tak pernah update tuh bawak aku ikut jalan biasa. Terpaksa la aku kerah Kelly tu dengan lebih agresif supaya cepat sampai. 

Bila dah sampai ke Pasir Penambang, jam pun dah pukul 1540hrs, aku dan wifey dah gelisah sebab takde nampak signboard Sungai Haji Dorani pun masa tuh. Called Chef Joe mintak talian hayat... Chef Joe kata ke depan lagi. Usha masjid yang besar kat sebelah kanan jalan, usha Petronas, usha BH Petrol.... sampai la pukul 1615hrs camtu, akhirnya tiba la jugak kat destinasi. Berdasarkan landmark yang Chef Joe kasi tu la. 
sebelum lampu isyarat ni, belok ke kiri...
Bila aku nampak banyak kereta parking kat kiri dan kanan jalan yang aku masuk tuh, dan nampak banyak gerai-gerai jual hasil laut dan sayur-sayur segar, baru la hati terasa lega sebab kitorang yakin, ni la tempatnya. Kawasan nak letak kereta agak terhad, jadi lebih baik bawak kereta bersaiz comel dan jangan lupa bawak icebox.

Aku rasa macam tempat ni sangat best dengan suasana pasar kampung, lebih best bila aku tengok hasil laut yang nampak sangat segar. Sayur-sayur, cendawan, petai, ulam raja semua ada. Meriah wooo! Bestnya kalau rumah aku kat kampung ni. Wifey pun rambang mata jugak bila nampak ikan, udang dan ketam yang segar. Cuma sotong je tak kelihatan, mungkin sebab dah habis.

Kata sorang peniaga kat situ, kalau hujung minggu, peniaga mula berniaga dari jam 1430hrs. Kalau hari biasa, diorang akan bermula pada pukul 1500hrs. Patut la banyak barang dah habis. Next time memang kena gerak pagi, sampai awal boleh la jugak lunch kat restoren seafood kat kawasan Sungai Haji Dorani tu kot.

Hampir 95% peniaga di pasar ni adalah orang Melayu. Tu yang menambahkan lagi perasaan syok memborong ikan dan sayur kat sini. Dapat beli fish ball  dan fish cake yang dibuat oleh orang Melayu. Boleh makan InsyaAllah tanpa rasa ragu. Memang banyak wifey borong. Ulam raja segenggam dan sebesar bouquet bunga tuh baru simggit! Cendawan yang dikatakan baru petik pagi sebelum dijual tuh RM2. Ikan apa ntah, saiz macam ikan kembung sepinggan RM4. Gile punya fresh.. dah la banyak gile sepinggan tuh. Aku beli lebih untuk bagi meow-meow makan ikan segar. Mesti meow-meow pun excited dapat makan fresh fish! Sempat jugak rembat udang bersaiz sederhana dengan harga RM30 sekilo. Paling besar udang berharga RM50 sekilo. Tak beli pun, tunggu next visit baru boleh shopping dengan lebih tenteram kot.

Lepas selesai membeli belah, kitorang lepak jap, makan satay yang ada sorang pakcik tuh jual kat tepi pasar tuh. RM0.50 je secucuk. Murah kan? Sedap pulak tu kuah kacangnya. Kalau korang singgah kat sini, beli la satay kat pakcik tuh, memang dia sorang je kot yang jual satay kat situ.

Kitorang singgah sekejap di Petronas Kampung Sungai Haji Dorani untuk solat asar sebelum menyambung perjalanan ke Pasar Pasir Penambang untuk beli apa-apa yang takde kat Pasar Sungai Haji Dorani tadi tuh. On the way to Kuala Selangor tuh, berhenti pulak untuk beli kerepek dan singgah jugak beli sekilo mentarang, wajib beli kalau datang ke arah Kuala Selangor ni ye. Hari ni ramai pulak orang berniaga mentarang dan mentarang bakar kat tepi jalan. Ikutkan hati nak je singgah dan chill out makan mentarang bakar kat tepi jalan ni tapi memandangkan jauh lagi perjalanan balik ni, dengan nak singgah ke Gombak dan ke Pajam untuk hantar ikan-ikan dan sayur segar ni, terpaksa la tangguhkan dulu niat  tuh.

Nak sampai ke Kuala Selangor tu memang agak menyeksakan sebab jalan dari Sekinchan ke Kuala Selangor tuh sesak sampai polis trafik terpaksa jaga! Mungkin banyak kenderaan yang menghala ke Lembah Kelang kot petang-petang hujung minggu ni. Jadi, rancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelak daripada membuang masa dalam kesesakan lalu lintas ni ya. Mungkin lebih baik pergi shopping kat Sungai Haji Dorani pada hari Sabtu kot kalau korang ke sini dari Lembah Kelang semata-mata untuk cari ikan segar.

Kitorang sampai ke Pasar Pasir Penambang dekat jam 1830hrs. Awal sikit je dari first time shopping kat sini dulu. Orang pun dah tak ramai. Banyak peniaga yang dah mula berkemas nak tutup kedai. Kitorang sempat beli satu lagi icebox untuk isi seafood yang bakal diborong. Sempat la rembat sekor tenggiri, sekor ikan merah, cencaru, selar, senangin, udang dan sotong. Aku perasan ada satu lot kat pasar tu berkemungkinan besar milik peniaga Melayu. Banyak la jugak yang kitorang beli dari peniaga tuh.

Aku rasa hasil yang dijual di Kampung Sungai Haji Dorani lebih segar daripada yang dijual di Pasir Penambang. Lagipun, kat Sungai Haji Dorani tuh bukan setakat hasil laut yang dijual, tapi sayur-sayuran pun ada.

On the way nak balik tuh baru la kitorang menggunakan LATAR dan exit Kepong untuk ke Gombak. Dah download semua hasil untuk portion Gombak, kitorang gerak pulak ke Pajam untuk hantar portion sana. Nasib baik aku dah apply cuti siap-siap esok, kalau tak memang tak larat aku nak kerja esok.  Sampai Pajam dalam pukul 2200hrs, terus wifey mintak tolong mak gorengkan udang yang baru dirembat tuh. Perghhh... sedap woo makan udang segar! Dekat pukul 2345hrs baru la gerak balik KL, dan Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dengan hajat nak merasa hasil laut yang segar dan tercapai. Tak sabar nak ke Kampung Sungai Haji Dorani lagi sekali. Kalau boleh nak pergi tidur satu malam kat D Muara Marine Park sebelum pergi shopping seafood tu.

Jarak Pasar Pasir Penambang - Pasar Sungai Haji Dorani : -/+ 41km
Koordinat GPS Pasar Sungai Haji Dorani; N 3.643736, E 101.023975

Saturday, October 13, 2012

Ahlan Wasahlan... Nephew Number 11

Assalamualaikum


Pertambahan bilangan anak-anak sedara telah berlaku dengan selamatnya dan jayanya sebentar tadi di Damai Service Hospital, Taman Melawati. Pelengkap team bola sepak... he he he.
Assalamualaikum semua uncles and aunties!!!
Adik Bee seberat 3.05kg bakal dibaby-sit oleh Kak Hana dan Kak Hani... hmmm, ye ke? Ha ha...
Doakanlah pakcik-pakcik dan makcik-makcik kalian lebih murah rezeki supaya anak-anak sedara semua dapat duit raya lebih sket ye...he he.
rambut ada ala-ala Beckham la pulak...
Tahniah to Tort dan Apai.

Wednesday, October 3, 2012

Makan Biskut Je Ke Malam Ni?

diet ke? 

comel pulak letak biskut atas piring Corelle DayDream tuh... he he

keju dari Istanbul ye Cik Jah...

Monday, October 1, 2012

Cenderahati Dari Istanbul

Assalamualaikum

Kroni aku baru je sampai dari Istanbul selepas seminggu bercuti bersama keluarganya di kota 2 benua tuh. Jealousnya... aku dengan wifey ada la jugak berangan nak ke Istanbul ni. Tapi bukan la dalam masa yang terdekat ni kot.
keju
Bila dengar perkembangan politik sekarang ni kat sana , macam agak merisaukan. Walaupun ada sedikit ketegangan di sempadan Syria-Turki, mungkin keadaan di ibu negara Turki itu tak terjejas kot. Tapi, sedikit sebanyak, ada la membantutkan niat dan perasaan beria-ia untuk ke sana.
key-chain & fridge magnet
Semoga pertelingkahan di sempadan 2 negara Islam yang kuat tu segera ditamatkan tanpa pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Zionis memang sangat suka dengan keadaan sekarang ni. 
t-shirt
Terima kasih banyak-banyak untuk kroni aku yang baik hati tuh sebab kasi aku souvenir ni. Harap-harap aku berpeluang la jejak kaki ke sana jugak dalam keadaan aman tenteram satu hari nanti! Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...