Sunday, September 16, 2012

Kezaliman Ke Atas Diri Sendiri Berterusan Di Hari Raya...

Assalamualaikum

Macam biasa la. Acara tahunan di lokasi yang sama, di hari raya...nak habis raya dah pun!!!
sapa nak?
Sediakan kicap dan potong bawang merah serta cili. Sediakan jugak air limau campur barli untuk kerja-kerja  baikpulih selepas membelasah benda-benda dalam gambar ni.
straw jangan lupa yer...
Penyedut minuman memang wajib bawak. Lebih afdal yang boleh sedut cendol tuh. Kan? 
kacau bang jangan tak kacau...pilih pilih mana lemak yang kau nak..he he he
Sebelum ketuk tulang kotak gear tu untuk mengeluarkan segala khazanah di tengah tulang, pastikan pinggan yang mengalas tulang kotak gear itu adalah pinggan yang tak mahal macam Corelle...he he he. 
rasa nak je berendam dalam periuk panas ni...
Dan lepas dah selesai semua dalam periuk ni, makan la nasi putih dengan lauk rendang ayam, udang masak lemak tempoyak, pecal, petai serta ikan terubuk masin. Dan akhir sekali, kuih koci yang segar serta teh tarik sebagai penutup acara gilang gemilang ni jangan dilupa...

Tingkatkan aktiviti riadah dan bersenam anda selepas ini...

7 comments:

MiJa said...

mmg zalim yg amat ni!! hadoiiiii
apakah kegunaan air limau campur barli ye uncle?

Mijoe said...

ni semua angkara pembangkang!!! ha ha..

takde la mija, barlimau (barli+limau) tu mungkin berfungsi sebagai peluntur lemak dan sebagai sistem penyejukkan badan setelah disumbat segala macam daging, lemak, kotak gear manual dan automatik lembu terbabit! :p

meowwmania said...

perghhhhh!!! meleleh air liuq

Cidaa said...

dimanakah aktiviti kezaliman ini berlaku??

Mijoe said...

kejadian ngeri ni telah berlaku di Ampangan...Nogori Sembilan...ha ha

Ninie Hanis said...

terbaek wok..zalim pun zalim la..daku rela..

sobs,takpe la nnti kankucari tulang (free her) kat stoke.bikin sendirik jek..pffftt!! (ni fahim yg buat).

Mijoe said...

boleh dapat free ek kat stoke? kalau camtu, kumpul banyak2 ye Ninie..kang orang kampung datang stoke, boleh hidang kat diorang..he he

sapa ajar Fahim buat camtu? wayne rooney ke luis suarez? ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...