Tuesday, September 11, 2012

Dah Lama Dah...Bahagian Ke 2...

Assalamualaikum

Dah bagi betis nak tapak kaki pulak! Dah bagi masalah petang Jumaat lepas, tetiba hari ni pun nak buat hal lagi! Bezanya, hari Jumaat dia nak bergurau waktu senja. Hari ni dia nak bergurau masa peak hour. Masa orang tengah kelam kabut nak cepat pergi kerja.

Tapi aku secara ikhlasnya, lebih suka dia buat hal waktu pagi! Biar lambat sampai ke pejabat dengan alasan yang agak kukuh! Dan hari ni, kisah RapidKL ni berjaya disebarkan di Harian Metro! Glamour la gerabak LRT RapidKL hari ni kan!

Mungkin gegerabak LRT sibuk nak hantar anak-anak diorang ke sekolah untuk menduduki peperiksaan UPSR kot. Selamat maju jaya kepada semua anak-anak dan adik-adik seluruh Malaya yang menduduki peperiksaan tu ya! Dan selamat bercuti kepada ibubapa yang ingin memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka.

Gerabak RapidKL buat hal pada waktu yang kurang tepat, sebab ada beberapa officemate aku yang bercuti untuk menemani anak-anak diorang di dewan peperiksaan ataupun memberi kata-kata perangsang kat rumah. Aku terpaksa berhempas pulas nak sampai ke pejabat seawal yang mungkin. 

Bila gerabak LRT tak bergerak-gerak dari jam 0800 lebih, sampai la pukul 0900 lebih baru aku dapat menyelit masuk dalam gerabak. Terpaksa la aku menggunakan segala short cut yang ada untuk sampai seawal mungkin ke destinasi. Turun la kat Ampang Park, menapak dengan gaya yang sungguh seksi dan menggiurkan...tidak boleh belah betul!!!! Maka terpacak la aku di pintu depan pejabat pada jam 0934hrs dengan peluh jantan dan peluh dingin yang tak kelihatan.

Masa untuk berhempas pulas dengan segala macam hal kat office tu yang sungguh annoying!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...