Friday, September 7, 2012

Dah Lama Dah...

Assalamualaikum

Dah lama dah tak menaip. Sebab dah lama takde benda nak dikongsi, ditunjuk, dicerita, dipromote.

Tetiba je hari ni ada benda nak diluahkan. Takde apa yang baru pun. Cerita lama, cuma berulang kembali. 

Biasa la, LRT. Dah lama dah tak buat hal macam hari ni.

Lepas maghrib aku keluar dari pejabat dan menunggu kat platform, lebih kurang pukul 0830hrs. Orang semakin ramai. Gerabak RapidKL di kedua-dua hala tak bergerak dengan isi perutnya padat dengan manusia. Manusia kat platform pun tak kurang jugak ramainya. 

PA announcement pun asyik diulang berkali-kali sampai aku pun dah boleh hafal skripnya. Jangan la ulang setiap minit benda yang sama tu. Sakit telinga nak dengar. Dah la hampir semua orang tension sebab penat menunggu lama, penat berdiri lama, lepas tu nak kena pulak tahan telinga dengar pengumuman yang sama 10-15 kali...

Katanya ada masalah teknikal di Stesyen Kelana Jaya...Wallahuaklam.

Dekat pukul 0900 lebih baru la nampak perkembangan positif sikit. Dalam tren, sempat aa aku usha warga-warga FB mengupdate status tren RapidKL. Ada yang dah 2 jam dalam tren.... lama betul. Sabar je la. Mesti ramai kawan-kawan blogger yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja pun terlibat sama dalam kejadian huru-hara ni...

Jangan tension-tension ye, esok kita pergi open house, makan la sampai pengsan!!!

2 comments:

aby said...

salam mijoe ..
tu dah jadi lumrah kehidupan di KL ..
masa banyak terbuang dalam perjalanan pergi dan balik kerja ..
kena banyak2 bersabar hari2

Mijoe said...

sebenarnye saya suka sangat bila tren sangkut macam ni, terutama sekali masa nak pergi kerja la...sebab boleh jadi alasan paling kukuh untuk masuk lewat...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...