Wednesday, September 19, 2012

Rambut Dah Tersekat Pada Skala 6...

Assalamualaikum

Apa lagi, potong la kan. Barulah menampakkan sahsiah rupa diri...

Tapi potongan ala-ala mat rempit la pulok. Dah la ada event pagi esok. Takpe, bertenang dan just be yourself! InsyaAllah takde apa yang perlu dirisaukan.

Hmm, potong sikit pun RM8 jugak? Last visit aku buat major overhaul pun baru RM7!!! Boycott kang baru tau!

Sunday, September 16, 2012

Kezaliman Ke Atas Diri Sendiri Berterusan Di Hari Raya...

Assalamualaikum

Macam biasa la. Acara tahunan di lokasi yang sama, di hari raya...nak habis raya dah pun!!!
sapa nak?
Sediakan kicap dan potong bawang merah serta cili. Sediakan jugak air limau campur barli untuk kerja-kerja  baikpulih selepas membelasah benda-benda dalam gambar ni.
straw jangan lupa yer...
Penyedut minuman memang wajib bawak. Lebih afdal yang boleh sedut cendol tuh. Kan? 
kacau bang jangan tak kacau...pilih pilih mana lemak yang kau nak..he he he
Sebelum ketuk tulang kotak gear tu untuk mengeluarkan segala khazanah di tengah tulang, pastikan pinggan yang mengalas tulang kotak gear itu adalah pinggan yang tak mahal macam Corelle...he he he. 
rasa nak je berendam dalam periuk panas ni...
Dan lepas dah selesai semua dalam periuk ni, makan la nasi putih dengan lauk rendang ayam, udang masak lemak tempoyak, pecal, petai serta ikan terubuk masin. Dan akhir sekali, kuih koci yang segar serta teh tarik sebagai penutup acara gilang gemilang ni jangan dilupa...

Tingkatkan aktiviti riadah dan bersenam anda selepas ini...

Tuesday, September 11, 2012

Dah Lama Dah...Bahagian Ke 2...

Assalamualaikum

Dah bagi betis nak tapak kaki pulak! Dah bagi masalah petang Jumaat lepas, tetiba hari ni pun nak buat hal lagi! Bezanya, hari Jumaat dia nak bergurau waktu senja. Hari ni dia nak bergurau masa peak hour. Masa orang tengah kelam kabut nak cepat pergi kerja.

Tapi aku secara ikhlasnya, lebih suka dia buat hal waktu pagi! Biar lambat sampai ke pejabat dengan alasan yang agak kukuh! Dan hari ni, kisah RapidKL ni berjaya disebarkan di Harian Metro! Glamour la gerabak LRT RapidKL hari ni kan!

Mungkin gegerabak LRT sibuk nak hantar anak-anak diorang ke sekolah untuk menduduki peperiksaan UPSR kot. Selamat maju jaya kepada semua anak-anak dan adik-adik seluruh Malaya yang menduduki peperiksaan tu ya! Dan selamat bercuti kepada ibubapa yang ingin memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka.

Gerabak RapidKL buat hal pada waktu yang kurang tepat, sebab ada beberapa officemate aku yang bercuti untuk menemani anak-anak diorang di dewan peperiksaan ataupun memberi kata-kata perangsang kat rumah. Aku terpaksa berhempas pulas nak sampai ke pejabat seawal yang mungkin. 

Bila gerabak LRT tak bergerak-gerak dari jam 0800 lebih, sampai la pukul 0900 lebih baru aku dapat menyelit masuk dalam gerabak. Terpaksa la aku menggunakan segala short cut yang ada untuk sampai seawal mungkin ke destinasi. Turun la kat Ampang Park, menapak dengan gaya yang sungguh seksi dan menggiurkan...tidak boleh belah betul!!!! Maka terpacak la aku di pintu depan pejabat pada jam 0934hrs dengan peluh jantan dan peluh dingin yang tak kelihatan.

Masa untuk berhempas pulas dengan segala macam hal kat office tu yang sungguh annoying!

Monday, September 10, 2012

Alhamdulillah... Dah Selesai Langkah Pertama

Assalamualaikum

Setelah 3-4 kali duk fikir nak beli ke tak nak... aaaaaakhirnya malam ni kitorang dah berjaya decide untuk teruskan hajat yang terbuku di hati tuh.

Apa dia? Apa lagi... booking ticket la untuk travel and celebrate birthday aku tahun depan. Dan yang bestnya, tiket pergi balik kali ni sangat murah daripada tiket pergi balik masa trip tahun 2010 dulu.

2010 - MYR 3,232.00 per person Boeing 747-400

2012 - MYR 2,880.00 per person Boeing 777-200 (It supposed to be Airbus A380 right?)

Pasal aircraft tu la yang aku musykil sket. Takpe, tunggu la bila tarikhnya dah dekat nanti. Memang sepatutnya A380 yang fly ke sektor tu. Tu la tujuan utama MAS beli A380 kan! 

Hahhh tak sabarnya...

Friday, September 7, 2012

Dah Lama Dah...

Assalamualaikum

Dah lama dah tak menaip. Sebab dah lama takde benda nak dikongsi, ditunjuk, dicerita, dipromote.

Tetiba je hari ni ada benda nak diluahkan. Takde apa yang baru pun. Cerita lama, cuma berulang kembali. 

Biasa la, LRT. Dah lama dah tak buat hal macam hari ni.

Lepas maghrib aku keluar dari pejabat dan menunggu kat platform, lebih kurang pukul 0830hrs. Orang semakin ramai. Gerabak RapidKL di kedua-dua hala tak bergerak dengan isi perutnya padat dengan manusia. Manusia kat platform pun tak kurang jugak ramainya. 

PA announcement pun asyik diulang berkali-kali sampai aku pun dah boleh hafal skripnya. Jangan la ulang setiap minit benda yang sama tu. Sakit telinga nak dengar. Dah la hampir semua orang tension sebab penat menunggu lama, penat berdiri lama, lepas tu nak kena pulak tahan telinga dengar pengumuman yang sama 10-15 kali...

Katanya ada masalah teknikal di Stesyen Kelana Jaya...Wallahuaklam.

Dekat pukul 0900 lebih baru la nampak perkembangan positif sikit. Dalam tren, sempat aa aku usha warga-warga FB mengupdate status tren RapidKL. Ada yang dah 2 jam dalam tren.... lama betul. Sabar je la. Mesti ramai kawan-kawan blogger yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja pun terlibat sama dalam kejadian huru-hara ni...

Jangan tension-tension ye, esok kita pergi open house, makan la sampai pengsan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...