Kelly 3572

Thursday, August 9, 2012

Puasa Hari Ke 20

Assalamualaikum

Pagi tadi, macam biasa, alarm handphone aku cuba kejutkan aku pukul 5 pagi. Aku celik mata, silentkan alarm tuh dan, kononnya nak lelapkan mata sikiiiiiiiiit je lagi. Konon nak lelap lagi 5 ke 10 minit la paling lama pun.

Lepas tu aku pun terjaga la, nah amik kau!!! Bukan setakat 10 ke 20 minit lagi dah!!! 50 minit terus Allah bagi aku rehat! Macam zombie kena renjatan elektrik aku berlari pergi dapur dan sempat la meneguk 2 gelas air masak. Dah masa kecederaan ni bro! Mana boleh nak makan kurma lagi dah... apatah lagi coklat... apatah lagi nak minum air apple Peel Fresh semua tuh.

Dalam hati masa tu memang marahkan diri sendiri sebab nak sangat lelap 5, 10, 15 , 20 minit kan...

Tiap-tiap tahun mesti fenomena 'nak lelap 10 minit jadi lelap 50 minit' ni berlaku di bulan Ramadhan. Kebetulan pulak kali ni wifey dah sahur lebih awal. Selamat la dia...he he. Aku je la mampu tengok je sebungkus nasi putih dengan lauk daging merah standby atas meja! Bukan tu je, wifey ada tinggalkan jugak sedikit cendawan untuk aku.

Bagaimanakah aku nak menghadapi hari ke 20 ini? Ha ha ha... cemas gila ni! Dah la masa berbuka malam tadi pun tak makan nasi, makan mee goreng je! Itupun nasib baik sebelum tidur aku dah belasah makan coklat dan minum air epal sikit.

Ini pun nak kecoh jugak ke? Ramai lagi insan-insan kat luar sana yang tak jumpa makanan berhari-hari, boleh je diorang hidup! Jadi la manusia yang bersyukur dengan rahmat dan kurniaanNya. Jangan membazir. Banyakkan amal dan sedekah, terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sabar...sabar...lagi 6 jam lebih nak berbuka...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...