Friday, August 24, 2012

Perth D4 - Caversham Wildlife Park, Solat Jumaat, Kings Park, London Court

Lepas breakfast anak Dato' Burn; Farah datang amik kitorang kat rumah. Hari Jumaat ni aktiviti agak santai la; takleh nak padatkan sangat aktiviti sebab nak solat Jumaat tengahari nanti.
0931hrs; dah dekat nak sampai CWP...
Setengah jam je dari rumah Che Eton, kitorang dah sampai ke tempat pertama untuk aktiviti hari ni, Caversham Wildlife Park. Aktiviti dengan binatang-binatang eksotik Aussie la ni. First experience untuk adik ipar aku dan jugak mak mertua aku nak berkenalan dengan budak-budak berbulu ni. Aku dan wifey dah selamat taaruf dah dengan diorang masa kat Melbourne aritu.
0939hrs; bersiap nak posing depan pintu gerbang ke CWL
Binatang-binatang rasanya tak payah cakap la kot kalau kat Aussie ni. Koala, kanggaru dan sedara mara, kanggaru albino pun ada gak, wombat yang dikatakan agak brutal, llama, bbaru, wallaby, wahabi dan sebagainya. 
menatang llama ni kalau bakar macam best je... 
Bayaran masuk ke sini aku tak pasti sebab dah included dalam pakej ni. Boleh je google kalau nak tahu. Kawasan park ni agak besar. Ada indoor dan outdoor.
beratur untuk bergambar dengan wombats!
Kalau nak bergambar dengan wombat ni ada tempat khas di kawasan indoor. Masa bergambar tu nanti staff CWP yang akan riba wombat tuh dan duduk di tengah-tengah bangku panjang manakala pengunjung akan duduk di sebelah kiri dan kanan staff CWP dengan wombat tuh. Boleh bayangkan?
apa lagi keje kau kan...tidur je la 20 jam sehari...
Kalau koala tuh biasanya ada kawasan khas kat outdoor. Kat atas dahan pokok la port diorang. Kalau dapat jumpa yang tengah awake tuh memang untung la jugak; dan memang takde keje lain la kalau diorang terjaga. Mesti makan je la...
nampak tak kuku ai ni?

tidur, bertafakur atau buat-buat tidur?
Lepas selesai layan binatang-binatang Aussie tu, rombongan bergerak pula ke Masjid Al-Taqwa di kawasan Mirrabooka untuk kaum Adam menunaikan solat Jumaat. Macam bahasa Arab je bunyinya kan. Dari park tadi untuk ke masjid ni tak la jauh sangat, tak sampai pun setengah jam.
1315hrs; first batch solat Jumaat baru selesai...
Masa kitorang sampai kat depan masjid ni, nampak ramai jemaah dah keluar dari masjid. Baru selesai solat Jumaat first round! Nanti ada lagi khutbah dan solat Jumaat kejap lagi. Ahli rombongan kaum Adam pun bersegera amik wuduk dan masuk ke dalam dewan solat.
Mula-mula tu nampak macam agak lengang, tapi lama kelamaan memang agak ramai jugak orang Islam yang memenuhi dewan solat ni untuk solat Jumaat kali kedua ni. Ini menunjukkan kawasan Mirrabooka ni ramai penganut Islam. Ataupun, mungkin jugak masjid ni saiznya agak kecik sehingga tak boleh menampung jumlah jemaah yang ramai pada satu-satu masa sehingga terpaksa membuat 2 kali solat Jumaat. Wallahualam!
1324hrs; muazzin melaungkan azan...

1335hrs; imam delivering today's sermon...
Aku suka tengok imam kat sini baca khutbah secara spontan, takde skrip. Penuh penghayatan dan bersemangat sekali.
1417hrs; beriyani kambiang...
Selesai solat Jumaat, kaum Adam pun bergerak la ke rumah kedai di belakang masjid tu yang mempunyai deretan kedai Muslim. Wifey dah tunggu aku kat Nour's Pizza & Chicken. Ada nasi beriyani kat kedai tu. Perut memang memerlukan nasi hari ni. Apa tunggu lagi, pekena beriyani kambing la tengahari ni. Recharge untuk aktiviti lepas ni pulak.
anak-anak Dato Burn melayan video game...


Masjid Al-Taqwa, Mirrabooka
Selesai memenuhkan perut, agenda seterusnya hari ni ialah meronda pusat bandar Perth dan jugak Kings Park. Dari Mirrabooka, kitorang dibawa ke Barrack Square di Riverside Drive untuk menunggu bas yang bakal membawa kitorang ke area Kings Park.
1535hrs; Bell Tower, Barrack Square
Sementara menunggu bas tu, sempat la posing kat landmark di Barrack Square ni. Cantik tempat ni sebab ianya berada di tepi Sungai Swan. Kalau bernasib baik, kita berpeluang melihat dolphin muncul kat tengah atau tepi sungai ni. Aku sempat la jugak ternampak sekor tapi memang tak sempat nak cari kamera dah. Dolphin memang cute.

gambar menatang ni pun nak amik?
Tunggu punya tunggu, bas yang dijanjikan tak muncul-muncul. Dato Burn kemudian bitau semua ahli rombongan bahawa bas yang sepatutnya bawak kitorang tu dah breakdown pulak. Nasib baik la coaster dan Estima dah standby untuk kes-kes kecemasan macam ni. Kesudahannya, semua orang naik la coaster dan Estima Dato' Burn.

Terus kitorang dihantar ke puncak bukit kat Kings Park tu. Yang larat nak meredah Kings Park boleh terus redah dan menapak sambil menikmati udara petang yang segar dan bersih. Pakcik dan makcik yang kurang kelaratan boleh stay dalam kenderaan dan turun berjalan bila perlu sahaja, maklumlah Kings Park ni luas dan berbukit.
1703hrs; salah satu view dari bukit di Kings Park



1730hrs; Sungai Swan yang besar dan luas...

1746hrs; Bandar Perth dari Kings Park
Dah puas cuci mata dan hirup udara petang, maka settled la aktiviti untuk hari ni. Aktiviti bebas la pulak bagi kitorang. Dato' Burn hantar kitorang untuk jalan-jalan kat London Court dan akan pick up kitorang lepas dia hantar satu family lain balik ke City Stay Apartment Hotel.
1823hrs; London Court, tempat shopping yang tak ramai sangat orang...
Kitorang takde pergi shopping pun kat London Court tu. Mungkin sebab dah penat berjalan turun naik bukit dan takde benda menarik untuk dibeli. Buat apa membazir duit Aussie tu kan? Kedai-kedai pun banyak yang tutup awal.
1950hrs; kedai yang menarik perhatian aku...
Bandar Perth ni memang kecik, kecik la dari KL. Cuma kawasan pinggir bandar dia je yang sangat luas. Jadi, memang tak sampai sehari pun kita boleh pergi semua tempat kat pusat bandar Perth ni. Kebanyakan kawasan tarikan pelancong berada di luar pusat bandar ni.

Tapi, walaupun kecik, aku tetap suka jugak sebab bandarnya bersih, tersusun dan tak sesesak KL. Cuaca musim sejuknya yang tak ekstrim sangat pun menyumbang kepada why i like this city.

Kitorang berempat balik selepas Dato' Burn jemput kitorang semula kat London Court. Sempat la dia refund duit tiket bas yang sepatutnya bawak kitorang ronda-ronda Kings Park tu. He he...seronok pulak dapat duit balik. Boleh simpan untuk shopping benda lain pulak esok dan lusa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...