Kelly 3572

Thursday, August 23, 2012

Perth D3 - Lancelin...Sand Boarding...The Pinnacles...

Assalamualaikum

Seronok duduk di homestay ni tau sebab tiap-tiap pagi Che Eton akan sediakan sarapan. Macam-macam ada, sedap pulak tu masakan Che Eton. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 hidangan untuk sarapan; contohnya mee goreng dan 1 jenis kuih. Semuanya air tangan Che Eton. Dan ini semua termasuk dalam pakej 6 hari 5 malam yang kitorang amik dengan Jutawan Tours ni ye. Harga untuk setiap sorang ni ialah AUD$750. Termasuk la 2 kali makan tengahari, tiket-tiket untuk masuk ke Caversham Wildlife Park, dan jugak kos pengangkutan dan penginapan.

Stop dulu bahagian promosi ni...
0901hrs; bersiap sedia nak bertolak dari homestay Dr Fakhruddin
Hari ni perjalanan kitorang agak jauh ke utara Perth. Perjalanan pergi balik yang hampir mencecah 600km! Excited ni! 

Jam 0845hrs Dato Burn serta isteri bersama 2 orang heronya, Asyraf dan Isyraf datang jemput kitorang kat rumah Che Eton dengan Toyota Estima. Sempat la diorang pun join kitorang sarapan kat rumah Che Eton. Lepas sarapan je, kitorang terus ke homestay keluarga Doktor Fakhruddin. Coaster 21 seater tu pun akan bertolak dari homestay ni jugak. 
3 families and a new friendship!!!
Kitorang berempat, keluarga doktor dan jugak keluarga Encik Khairil Anwar akan menaiki coaster ni manakala satu lagi keluarga yang mempunyai ramai kanak-kanak akan menaiki Toyota Estima yang dipandu oleh Dato Burn. Coaster tu pulak akan dipandu oleh Chris, seorang wanita tempatan berusia 50an! Biar betul? 

Dato Burn mintak tolong aku tengok-tengokkan heronya Asyraf yang naik coaster dengan kitorang semua manakala adiknya naik Toyota Estima. Dan Asyraf pulak bertugas sebagai babysitter Mohd; anak bongsu Dr Fakhruddin yang asyik nak berkepit dengan Asyraf sahaja...he he he..comel betul!
1048hrs; berehat sekejap kat Lancelin
Perjalanan ke Lancelin lancar tanpa sebarang masalah. Coaster yang dipandu oleh makcik Chris tu sampai terlebih dahulu daripada Toyota Dato, mungkin diorang banyak singgah sana sini beli barang kot.

Kitorang menunggu ketibaan Dato di depan Lancelin Silver Coast Bakery. Kat situ ada public toilet, padang dan jugak playground!

Sempat la semua orang keluar dari coaster tu untuk longgarkan urat sket dan jugak tak dilupakan sesi bergambar. Adik Mohd pulak excited tengok padang yang lapang dan nampak pulak bird kegemaran dia. Memang dia sukakan bird! Ke sana sini dia berlari kat padang dengan kakak-kakaknya sibuk mengejar.
1112hrs; posing dengan sandboard yang disewa...
Tak lama kemudian, Dato pun sampai. Kitorang teruskan perjalanan untuk ke satu kedai yang bernama Have A Chat General Store untuk menyewa papan luncur pasir! Whoaaaw!! Nak pergi meluncur pulak ke Cik Kiah ooi?

Ya, agenda berikutnya, meluncur di atas pasir di Lancelin Sand Dunes. Kadar sewa satu papan luncur adalah AUD$10. Dan setiap papan luncur yang disewa dikenakan deposit sebanyak AUD$50. Maknanya kalau sesiapa yang berniat nak rembat sand board tu rembat je la..bukan rembat ye, tapi beli la tu dengan harga AUD$60! Korang juga akan diberikan lilin untuk menyapu permukaan bawah papan luncur tu untuk tujuan melancarkan pergerakan papan tu bila menuruni bukit. Ke untuk mengurangkan kelajuannya? 
1121hrs; aku punya sandboard ni nombor 35!
Kitorang berempat sewa 2 papan luncur je. Tapi 3 orang je la yang akan melayan aktiviti lasak ni. Takkan mak aku pun nak jugak kot? Takpe, mak tengok je anak-anaknya beriadah...he he he.
1126hrs; dah sampai ke destinasi yang dituju...
Lancelin Sand Dunes ni agak berdekatan dengan laut. Jadi kalau naik bukit memang boleh nampak pemandangan Lautan India yang cantik kebiruan. 
Cuaca kat sini masa kitorang sampai pulak nampak je macam panas dengan matahari terpacak, tapi sebenarnya cuacanya dingin dan nyaman! Pasirnya pun putih bersih dan sejuk.
Dari tempat letak kenderaan, jauh la jugak nak kena menapak ke bukit yang paling tinggi! Apa barang rendah-rendah kan? Tak thrill dan tak laju la bila meluncur turun bukit tu nanti. Cuma penat la nak usung papan luncur yang agak berat tu naik bukit. 
aku suka gambar ni...
Memang mencabar kekuatan otot peha nak mendaki bukit pasir tu. Tapi bila dah sampai atas, memang rasa sangat cool sebab dapat tengok Lautan Hindi tu dan jugak excited  nak turun bukit! 
gaya, mutu....hampeh!!! ha ha ha...
Aku terasa macam aku la yang paling banyak turun naik bukit tu kot untuk meluncur. Wifey dan Nana ada la 3-4 round, tak larat nak mendaki ooo. Kitorang melepak kat situ sampai la pukul 12 lebih. Memang memenatkan dan menggunakan banyak tenaga nak mendaki bukit pasir tu. Kalau korang pergi ke Perth, jangan lupa datang meluncur pasir kat sini. Seriously fun dan patut habiskan lebih banyak masa kat sini! Aku memang tak puas main luncur pasir tu!!!! Berhenti pun sebab dah kesuntukan masa...
don't play play with my MiL!!! he he...
jangan lupa buat aktiviti luncur pasir ni ye!!!
2 peluncur profesional dengan background Lautan Hindi...
Lepas tu angkut papan luncur tuh ke kereta untuk dipulangkan balik ke tempat menyewa tadi. Selesai urusan memulangkan papan luncur dan ambil balik duit deposit tuh, kitorang dibawa ke tepi pantai untuk makan tengahari yang telah termasuk dalam pakej ni dan jugak untuk solat.
pokok apa ntah kat tepi pantai Lancelin...
Kitorang dihidangkan nasi beriyani ayam/daging, minuman dan juga buah. Minuman panas pun ada, baru la best sebab mengadap laut dengan angin yang sejuk tu, dapat minum nescafe panas-panas baru la enjoy!
excited sebab ternampak singa laut yang mulanya disangkakan dolphin
Seronok betul dapat pengalaman solat berjemaah kat tepi pantai ni sambil mengadap laut. Kebetulan pulak kiblatnya ke arah laut kan. Dengan cuaca dingin, perut yang dah kenyang...ha ha. 

Kat tepi pantai yang kitorang berhenti picnic ni memang ada kemudahan tandas awam dan juga ada paip di bahagian luar untuk memudahkan kita mengambil wudhu.
1350hrs; solat berjemaah di tepi pantai Lancelin selepas lunch...
Selesai solat dan posing kat Lancelin Beach tu, kitorang semua bertolak ke Nambung National Park yang letaknya kira-kira 80km dari Lancelin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang jalan ke semua tempat di luar dari kawasan pusat bandar Perth ni, memang menjadi satu yang biasa kalau kita nampak bangkai-bangkai kanggaroo di tepi-tepi jalan yang mati kena langgar. Ni kanggaroo liar la ni. Bukan setakat di kawasan luar bandar je, kawasan perumahan di pinggir bandar pun ada jugak diorang tersesat ooo.

Yang menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke Nambung National Park ni ialah kewujudan batu kapur yang terpacak di tengah-tengah bukit/padang pasir yang kekuningan. Bukan sebijik dua batu tu, tengok gambar kat bawah ni cukup la. Tak terkira banyaknya. Dah la kawasannya pun agak luas. Siap boleh naik kenderaan lagi kalau nak tour Pinnacles ni. Tapi kitorang semua berjalan kaki je la. Tak de la nak masuk sampai jauh je dalam.

Pinnacles lebih lanjut di sini!
1523hrs; Pinnacles 
Pinnacles ni pernah jadi tempat penggambaran satu slot dalam drama kat siaran TV kita baru-baru ni. Dan kemudahan penginapan serta pengangkutan pelakon serta krew drama tersebut pun diuruskan oleh Dato Burn jugak kalau tak silap aku.


Masa kitorang sampai sini, nampak cuaca terang benderang, matahari pun macam terik je. Kitorang assume mesti cuaca panas la kot. Tapi jangkaan memang meleset. Sebagaimana cuaca di Lancelin tadi yang dingin, macam tu la jugak cuaca di Pinnacles ni.

Bergambar la dengan batu-batu kapur ni dengan jayanya.


1624hrs; kesian adik Mohd ni, tertidur kepenatan kot...
Kat Pinnacles ni jugak ada kemudah tandas awam untuk pelancong dan jugak bilik pameran ala-ala muzium yang menunjukkan gambar-gambar dan jugak sejarah Pinnacles serta penghuni-penghuninya yang terdiri dari pelbagai jenis haiwan gurun, tikus, ular etc. Terdapat jugak kedai menjual cenderahati di sini. Sediakan duit sahaja. Tapi kalau tak beli kat sini pun, boleh je beli kat tempat lain di sekitar Perth tu yang aku rasa harganya mungkin lebih murah.

Dekat pukul 5 petang baru la kitorang semua bertolak balik ke Perth. Dalam bas semua orang pengsan sebab kepenatan. Sampai kat Perth pun dalam pukul 1945. Dah hantar semua tetamu ke penginapan diorang, Dato Burn bawak kitorang tapau dinner kat satu lagi restoran halal di Girrawheen.
2008hrs; dinner untuk malam ni tapau kat sini pulak
Harry & The Boys ni kalau tak silap aku pemiliknya berasal dari Lubnan tapi dah lama menetap dia Australia. Kat restoren ni ada menu yang biasa kita jumpa la untuk restoren halal yang berasal dari Timur Tengah. Kebab wajib ada la. Untuk dinner malam ni aku tapau burger yang diisi dengan daging kambing. Yang lain semua makan kebab.
menu kat sini pun semua Halal
Apa-apa pun, rasa kambing kat restoren ni masih lagi tak boleh lawan dengan kambing di Charcoal Chicken tuh...ha ha ha. Dah kenyang perut, senang hati, lenguh kaki, lelap mata untuk simpan tenaga aktiviti esok pulak...

Malam ni tidur boleh mimpi main luncur pasir lagi kat Lancelin tuh...

2 comments:

Farahliza Isa said...

seronoknyer jalan2 :)
tp pelik, ramai org muka putih2 la...hik3 :P

Mijoe said...

sebab pergi negeri omputih, tu yg terjangkit kat muka 2 org pelakon dalam gambar tuh...ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...