Kelly 3572

Wednesday, August 22, 2012

Perth D2 - Baldivis, Mandurah, Rockingham, South Perth...

Assalamualaikum

Lepas sarapan yang disediakan oleh Che Eton, kitorang semua menunggu Dato Burn dan isterinya  menjemput kitorang semua untuk bergabung dengan satu keluarga dari Dengkil; keluarga Doktor Mohamad Fakhruddin. Keluarga doktor ni terdiri daripada 6 orang; beliau dan isteri beserta dengan 4 orang anak mereka.

Kitorang bertolak dari Dressler Way ke homestay di mana doktor dan keluarganya menginap dengan sebuah van besar, aku anggarkan dalam 12 tempat duduk. Jarak dari rumah Che Eton ke rumah doktor tu takde la jauh sangat, lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja. Selepas itu, kitorang akan join satu group lain yang menaiki coaster untuk ke destinasi yang sama. Maknanya, ada 2 buah kenderaan la digunakan untuk acara hari ni.

Dato Burn membawa kitorang ke bahagian selatan Perth. Kilang dan ladang kacang macadamia menjadi persinggahan pertama pada pagi ini. Kilang MacNuts ini terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan bandaraya Perth.
1012hrs; ni la kilang kacang macadamia yang best tu
Masa kitorang sampai ke ladang/kilang ni, memang dah ada tour group lain yang dah sampai terlebih dahulu. Memang menjadi salah satu tarikan pelancong la tempat ni. Korang boleh merasa sample kacang macadamia di dalam kedai di sebelah kilang ni. Rasa la sebanyak mungkin sebab nak beli, harganya memang agak mahal. Hampir AUD$10 untuk satu paket kecik kacang ni. 

Ada lebih dari 10 jenis kacang macadamia yang dijual disini. Dan banyak yang sedap. Makan la semua sample tu puas-puas ye. Ada kafetaria dan tandas jugak di sini. Dan anjing-anjing yang mungkin jugak bekerja di kilang ni pun berkeliaran, tapi jangan takut, diekor tak kacau kita pun.  
Banyak betul kegunaan kacang ni. Aku ingatkan untuk makan semata-mata. Rupanya boleh buat lotion dan jugak minyak masak. Pokok kacang ni pun takde la besar sangat dari pandangan aku kat sekeliling kawasan kilang ni. 

Selepas penat merasa sample macadamia honey roasted dengan banyaknya, kitorang bersiap sedia pulak untuk bertolak ke Mandurah. Kali ni kitorang akan dibawa menaiki cruise  untuk melihat ikan lumba-lumba dan jugak usha rumah-rumah orang kaya yang terletak di tepi sungai, siap dilengkapi dengan parking bay  untuk bot mewah diorang. Hebat hebat.... 
1056hrs; order fish & chips untuk lunch atas cruise nanti...
Sebelum menaiki cruise tu, Dato Burn bawak kitorang ke satu kawasan kedai berhampiran Mandurah Visitor Centre untuk tapau lunch. Apa lagi menu lunch yang simple selain dari fish & chips. Sambil menunggu pesanan siap, sempat la semua orang amik gambar kat sekitar kawasan tu. Padahal takde apa-apa yang menarik sangat pun...cuma cuaca je sejuk dan berangin. Nasib baik jugak ada anak bongsu doktor tu yang sangat comel menjadi penghibur kitorang semua...
Cruise yang kitorang nak naik tu dijadualkan bertolak dari jeti pada jam 1200hrs. Agak kelam-kabut sebab menu lunch kitorang semua lambat siap. Nasib baik la tempat tapau lunch tu tak jauh dari jeti cruise tu. Kalau tak memang ketinggalan bot la.
Dari kawasan letak kereta nak menapak ke jeti pun agak jauh, ada la lebih 5 minit jalan kaki. Sampai di bot tu pun ngam-ngam je bot tu nak jalan. Semua penumpang ditempatkan ditingkat bawah bot tu. Terlindung daripada angin. Sesiapa yang nak duduk ditingkat atas pun boleh, kalau boleh tahan dengan angin yang sejuk tu la...
1150hrs; ni la bot yang kitorang akan naik tu...
Mula-mula tu macam nak je duduk atas, tapi bila dah terasa angin yang sungguh nyaman tuh, terus turun balik ke bawah. Cuma agak susah kalau nak makan kat bahagian bawah bot tu sebab takde meja. Kat bahagian atas bot tu pun ada la meja, tapi tak banyak. Siapa yang boleh tahan angin sejuk tu, sila la naik ke atas.
1221hrs; sementara menunggu lunch group lain sampai...

1236hrs; lunch dalam kesejukan angin yang bertiup...beku tangan oo..
Dalam bot tu jugak ada rombongan dari tour group lain. Mungkin Cina dari Indonesia kot berdasarkan percakapan diorang. Lepas bot tu berlepas dari jeti, diorang singgah untuk mengambil bekalan makan tengahari untuk rombongan dari Indonesia tu di salah sebuah restoren di tepi sungai tu. 
Bila semua dah dapat bekalan makanan baru la bot tu meneruskan perjalanan ke canal yang agak luas tu. Memang banyak rumah-rumah yang cantik di tebing-tebing sungai tuh. Tapi macam kosong tak berpenghuni pun. Mungkin diorang beli untuk buat pelaburan la kot. 

Gambar-gambar rumah orang kaya tu pun aku tak ingat nak amik sebab sejuk. Macam nak beku tangan dan jari-jari ni. Bila tak tahan sejuk, aku turun la ke bawah. Nak makan kat atas pun susah sebab angin kuat. Wifey, mak mertua dan adik ipar aku je yang maintain duduk kat atas. Advantage duduk kat atas ni aku rasa ialah senang nak tengok kemunculan dolphin kot. 

Agak lama dah bot ni belayar kat canal ni tapi bayang sekor dolphin pun tak nampak. Canal tu pulak agak luas, jadi memang susah nak nampak kelibat dolphin ni. Tapi akhirnya muncul la jugak sekor dolphin tapi sayang sebab agak jauh dari cruise yang kitorang naik tu. Aku sempat nampak kelibat dolphin tu. Memang takde rezeki nak tengok sekumpulan dolphin dari jarak dekat.
Habis aktiviti canal cruise tu, kitorang semua berkumpul di jeti untuk agenda seterusnya. Kitorang akan dibawa ke masjid Ar Rukun di Rockingham untuk solat. 
1502hrs; singgah solat di Ar Rukun Mosque, Rockingham
Perjalanan dari Mandurah ke Rockingham ni memakan masa lebih kurang 40 minit. Ni la masjid pertama yang kitorang nak singgah di benua Australia ni. Memang terasa sangat teruja. Tak sabar nak tengok macamana masjid di negara bukan Islam.
kemas dan bersih dewan solatnya...
Dan bila sampai je kat depan masjid tu memang aku kagum la. Masjid tu memang nampak sangat bersih dan terjaga. Walaupun dari segi saiznya takde la gah macam kat Malaysia kan; besar gedabak tapi selalunya kosong kecuali di waktu solat Jumaat dan jugak solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
van dan coaster yang bawa rombongan Jutawan Tours
Tandasnya pun bersih. Binaan masjidnya pun sangat kemas, ringkas dan cantik. Kitorang semua solat berjemaah dan lepas tu bergambar la sket beramai-ramai. 
persekitaran luar masjid pun sangat nyaman dan bersih
Masa kat kitorang singgah solat kat sini, kebetulan ada satu keluarga dari Setiawangsa pun singgah untuk solat jugak. Aku borak dengan this nice guy. Katanya dia pun sampai awal pagi Selasa dengan AirAsia dan akan tinggal di Perth selama 2 minggu di rumah abangnya yang bekerja di sini. Sah satu flight dengan aku la ni. Lupa pulak apa nama dia, tapi aku bagi la dia contact number aku kat KL kot-kot kalau dia saja nak borak ke.
1650hrs; melepaskan penat shopping kat Big W, Cockburn
Dari Rockingham, kitorang bergerak pula ke Cockburn untuk singgah di sebuah pasaraya yang bernama Big W. Macam hypermarket Giant, Tesco kat KL la Big W ni. 
Aku takde nak cari pape sangat kat sini. Mungkin kaum hawa la yang lebih berminat. Aku usha-usha harga set Corelle tu je. Ada yang jual sebijik-sebijik. Kalau set dinner bulat yang 16 keping tu harganya dalam AUD$48 - AUD$55 sekotak. Mahal la sikit dari harga yang dijual di US kan. 
Ada la jugak aku nampak sorang dua dari rombongan kitorang yang beli 4-5 kotak set 16 tuh. Penuh satu troli. Wifey ada la beli coklat-coklat yang ada logo halal. Murah memang murah. Lain kali kalau terjumpa lagi coklat murah yang ada logo halal, elok la terus borong banyak-banyak. Sebab belum tentu kat tempat lain boleh jumpa coklat yang sama.
1741hrs; pemandangan yang cantik dari tebing sungai Swan di South Perth
Dari Cockburn, rombongan meneruskan perjalanan balik ke Perth dan singgah sebentar di South Perth Esplanade untuk tengok pemandangan bandaraya Perth yang cantik dari tebing sungai Swan di sebelah selatan. Memang best tempat tu untuk aktiviti riadah. Ramai orang jogging dan jugak berbasikal.

Masa kitorang sampai kat situ, cuaca memang dah agak gelap. Dato Burn parked van yang kitorang naik tu sekejap kat tepi jalan, dan sempat la turun amik gambar pemandangan bandaraya Perth kat atas tu sebelum secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
beberapa saat lepas tu... terus hujan lebat...
Memang tak puas betul nak lepak kat sini sebab sempat amik gambar je. Tak sempat nak pergi lepak kat bangku dalam gambar atas ni. Kalau tak memang boleh posing lebih banyak. Kalau ada rezeki ke Perth lagi, memang wajib ke sini lagi. Dapat sewa basikal ke sini pun lagi best kot.

Oleh kerana cuaca tak mengizinkan, maka terpaksa la kitorangan semua balik ke penginapan masing-masing lebih awal. Dalam perjalanan nak balik tu, doktor Fakhruddin tak habis-habis puji pasal menu kambing kat Charcoal Chicken. Kitorang yang blur tak tahu cerita tu nganga je la dengar.

Dato Burn tanya kitorang nak cuba tak makan atau tapau dinner kat situ? Aku yang memang suka kambiang ni on je la. Wifey, mak dan Nana pun ok je sebab ada menu lain selain dari kambiang. Dah nama restoren pun Charcoal Chicken, mesti la ada menu ayam kan?
1816hrs; beli dinner kat sini ok...jangan tak beli...ha ha ha
Sebelum sampai ke restoren tuh memang tak habis-habis diorang; doktor dan Dato promote pasal Charcoal Chicken ni. Memang takde kat Malaysia! 

Restoren tu memang agak dekat dengan homestay tempat kitorang tinggal, lebih kurang 10-15 minit perjalanan dengan kenderaan. Masa kitorang sampai kat situ, masuk je dalam restoren memang dah nampak manusia beratur agak panjang. Woo..ni mesti betul-betul sedap ni, kalau tak takkan la mat saleh pun ikut beratur dan dine kat sini.

Aku ordered la nasi dengan marinated lamb. Wifey, mak and Nana ordered marinated chicken with rice. Kitorang semua tapau. Doktor Fakhruddin dan keluarganya pun tapau jugak. Dah selesai tapau, memang dah tak sabar nak balik makan kat rumah sebab baunya pun dah sangat-sangat membuka selera. Tengah lapar pulak tu kan...
nah..ni dia kambiang dari Charcoal Chicken!!!
Sampai je rumah Che Eton, simpan barang-barang semua, dan terus mengadap rezeki . Punya la lapar dan tak sabar kan. Dan rasa nasi serta kambing dan aksesorinya, MasyaAllah, memang sedap la...terutama sekali kalau makan ketika hidangan masih panas.
Sesiapa sahaja yang ke Perth, terutama sekali yang mengikuti percutian anjuran Jutawan Tours ni, jangan lupa mintak diorang bawak korang semua pergi makan ataupun tapau dinner kat Charcoal Chicken ni ok? WAJIB singgah. Dato Burn patut masukkan Charcoal Chicken ni dalam aturcara pakej Jutawan Tours la rasanya... ha ha ha.

Tidur dengan kekenyangan dan bersedia untuk hari ke 3 pulak esok!

4 comments:

Noor Hafirdaus said...

saya pernah menginap di homestay dato burn juga dan saya seakan2 mengalami mimpi ngeri menginap di rumahnya. Beliau pernah bersuara untuk untuk mempromosikan syarikatnya melalui blog customer dia sebagai testimonial tapi saya tak boleh sebab banyak perkara negatif mengenai hospitality

Mijoe said...

Salam Noor Hafirdaus...

Terima kasih sebab bagi feedback pasal entry ni.

Tentang hospitality homestay Dato Burn tuh, Alhamdulillah saya takde hadapi apa2 masalah. Sebaiknya, kalau ada perkara negatif, lebih baik Noor Hafirdaus maklumkan kepada Dato Burn sendiri supaya dia boleh perbaiki mana perkhidmatan yg kurang memuaskan tu... betul tak? :)

Anonymous said...

boleh tau homestay tu kita stay bersama owner rumah tu juga ke?

Mijoe said...

Hi Anonymous,

homestay tu mungkin bergantung kepada kesesuian jumlah ahli rombongan tu kot; misalnya kalau korang pergi berempat, mungkin boleh tinggal di homestay bersama tuan rumah sepertimana yg kitorang experience aritu.

dan mungkin bergantung kepada room availability kat homestay tuh. Kalau masa tuh ada banyak bilik kosong, mungkin ramai la yg boleh tinggal kat homestay tu..

Boleh tanye dan negotiate dengan Dato Burn/Jutawan Tours pasal penginapan kat homestay tu :)

harap jawapan saya membantu..tapi kalau ada pape nak tanye, silakan, saya cuba tolong jawab mana yg termampu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...