Tuesday, August 21, 2012

Perth D1 - Aktiviti Sendirian Berhad...

Pesawat yang kitorang naik tu mendarat dengan sangat smooth di Perth International Airport lebih kurang jam 0515hrs. Waktu Perth memang sama macam waktu negara kita, jadi, tak perlu susah payah nak adjust setting jam tangan, kamera dan apa-apa gadget yang berkenaan. Suhu masa kitorang sampai pun tak la sejuk gila, walaupun di awal pagi musim sejuk. Lebih kurang 14'C sahaja. Boleh tahan lagi kan...
breakfast pukul 1.30 pagi...chicken lasagna
Keadaan kat airport Perth pun tak la nampak sibuk sangat di awal pagi ni. Kebetulan pulak memang pesawat AirAsia X kitorang je yang baru sampai. Jadi tak la lama sangat  masa nak melepasi kastam dan imigressen Australia.  
0536hrs; burung besi A330-300 yang kepenatan
Keluar je dari balai ketibaan, terus cari tempat untuk solat Subuh. Prayer room ada di bahagian hujung sebelah kiri balai ketibaan. Cuma tempat tu takde tempat ambil wudhu la. Kena la pergi toilet dengan botol mineral water yang kosong untuk ambil wudhu. 

Bilik solat tu jugak tak asingkan lelaki dan perempuan, jadi kena la pandai-pandai bertoleransi. Saiz bilik tu pun tak besar mana. Aku solat berjemaah dengan satu keluarga dari Malaysia yang datang menziarahi anak mereka yang tengah belajar di sini. Boleh la 7 orang solat berjemaah dalam bilik tu. Boleh tak bayangkan saiz bilik tu macamana kan? Tapi apa-apapun, Alhamdulillah, Allah permudahkan jugak untuk kita tunaikan kewajipan.
0640hrs, sambil menunggu Dato Burn jemput kitorang
Selesai solat, aku merayau-rayau dalam arrival hall tu kejap sementara menunggu Dato Burn datang jemput kitorang. Siapa Dato Burn dalam cerita aku ni? Majestret? Lawyer? Doktor? Bukan...bukan... Dato Burn ni adalah empunya syarikat yang menguruskan percutian kitorang kat Perth. Nak tahu lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan, sila layari laman web Jutawan Tours ok! Haa, Dato Burn  kalau terbaca ni, boleh la belanja kitorang Charcoal Chicken kan? Ha ha ha... acah je Dato! Tolong promote business je ni. 

Di balai ketibaan tu aku nampak ada 3 komputer yang menyediakan kemudahan internet secara percuma. Sempat la jugak aku melayan internet sekejap sebab orang tak berapa ramai masa tu. Kononnya nak tengok result EPL game Everton dengan Man United, tapi tak sempat nak tengok jugak sebab wifey cakap Dato Burn dah nak sampai.

Dalam pukul 0645hrs camtu la, Dato Burn sampai dengan Toyota Estima untuk bawak kitorang semua ke homestay yang kitorang bakal menginap. Sempat la berposing sket depan Perth International Airport tu, Dato Burn jadi cameraman. Masuk je dalam kereta, terus Dato Burn pasang heater. Takkan nak pasang aircond kan masa winter macam ni.

Oleh kerana hari ni kitorang takde program, jadi aktiviti hari ni bebas. Sebelum ke homestay, kitorang bercadang nak beli barang-barang makanan untuk sepanjang tempoh 6 hari kat sini. Bukan la beli apa pun, nak cari makanan ringan, buah-buahan untuk alas perut je. Dato Burn pun dengan senang hati bawak kitorang shopping pukul 7 pagi kat satu kedai ala-ala hypermarket dekat Girrawheen. Nama store tu ialah Farmers Jack. 

Menurut kata Dato Burn, kedai ni dimiliki oleh orang Vietnam. Memang ramai orang-orang Asia Tenggara pun kat Australia Barat ni. Orang-orang Vietnam ni memang rajin bukak kedai dan jugak bercucuk tanam kat sini. Diorang ada macam-macam ladang buah-buahan.

Selesai aktiviti shopping kat Farmers Jack, Dato Burn hantar kitorang semua ke rumah Pak Hassan dan Che Eton di Dressler Way, Girrawheen; owner homestay tempat yang kitorang semua akan tinggal selama 6 hari ni Perth ni. Pasangan tuan rumah yang cool ni sebenarnya berasal dari Melaka, tetapi dah lebih 30 tahun menetap di sini, dah jadi warganegara Australia dah pun. 

Kitorang disediakan 2 buah bilik; aku dengan wifey, mak mertua aku dengan adik ipar aku. Cuaca memang best! Tak berani aku nak berkaki ayam dalam rumah ni sebab lantainya pun dah sejuk! Jadi, memang hampir sepanjang masa aku berstokin la... ha ha ha. Jakun tak? He he..

Che Eton sediakan sarapan pagi untuk kitorang semua. Alhamdulillah. Dah macam bukan kat negara orang putih la pulak kan? Tapi, ini la yang uniknya ambil pakej bercuti dengan Dato Burn ni. Senang tinggal di homestay kepunyaan orang Melayu kita ni, nak makan minum pun senang, nak cuci baju pun senang. Dan yang paling ketara, takde la kita kena mengejar waktu nak checked-in dan checked-out macam kat hotel ataupun service apartment. Kat homestay ni, flexible!!!
1146am, menunggu bas untuk ke bandar Perth
Selesai sarapan pagi sambil beramah mesra dengan Che Eton dan suaminya, kitorang berehat-rehat dulu sekejap sebelum bersiap untuk keluar shopping/window shopping ke bandar Perth. Kitorang bercadang nak naik bas sahaja untuk ke pusat bandar Perth. Senang. Balik dari shopping nanti Dato Burn akan ambil kitorang.

Destinasi yang dicadangkan ialah Harbour Town Outlet Mall di Wellington Street. Tambang bas yang dikenakan untuk perjalanan 2 zon dari Girrawheen ke pusat bandar Perth adalah AUD$4. Dan tempoh perjalanan adalah lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam bergantung kepada keadaan lalulintas. 

Kitorang semua turun di perhentian terakhir bas tersebut di Wellington Street Bus Station. Lepas tu tercari-cari pulak mana la Harbour Town Outlet Mall ni. Sekali ada sorang perempuan Cina tegur kitorang. Rupa-rupanya dia berasal dari Singapore. Tapi dah berhijrah ke Perth. Dia pulak boleh tanya kitorang kenapa ada kat Perth masa hari raya? Ha ha ha...

Dia tanya mana kitorang nak pergi, dan kitorang cakap la nak pergi Harbour Town. Makcik tu pun tunjukkan tempat untuk menaiki bas  Yellow CAT (Central Area Transit/Transport) untuk ke Harbour Town. Terima kasih makcik. Jasamu dikenang ye.

Kalau di Melbourne ada free tram, kat Perth pula ada bas-bas yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk pelancong dan juga warga tempatan untuk ke mana-mana destinasi di kawasan pusat bandar Perth. Ini merupakan salah satu langkah bijak untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar disamping dapat menjaga alam sekitar dari dicemari dengan karbon monoksida. Malaysia WAJIB contohi benda-benda yang baik macam ni!

Yellow CAT yang kitorang naik tu memang berhenti betul-betul di tepi Harbour Town Outlet Mall tu. Manusia pun nampaknya tak berapa ramai, mungkin sebab orang tengah kerja kot. Mula-mula sekali, kitorang cari tempat makan yang halal. Nampak ada satu outlet Turkish cuisine, tapi macam tak menarik pilihan menu yang ada. Ronda lagi sikit ke dalam akhirnya kitorang jumpa ISPA Kebab outlet.
Cuaca pulak dah kurang baik. Hujan. Perut pun berkeroncong la tengah-tengah sejuk macam ni. Jangan biarkan perut anda diselubungi kelaparan...ha ha ha.

Selesai lunch, kitorang mencari surau untuk solat. Dato Burn cakap surau ada kat Management Office. Kitorang pun cari la management office dan Alhamdulillah jumpa jugak kat luar bangunan ni. Jangan risau ye, tak susah nak cari surau kat Harbour Town ni. Cari papan tanda untuk ke management office ok?
1440hrs, solat Jamak dan Qasar kat surau Harbour Town shopping mall
Kagum jugak aku sebab kat negara bukan Islam macam Australia ni ada kemudahan surau yang bersih di pusat membeli belah. Siap diasingkan surau lelaki dan wanita. Cuma tempat wudhu je la yang kena kongsi. Tapi dah kira sangat ok la kan? Tempat solat yang selesa!

Masa nak solat kat surau ni la aku terjumpa seorang lelaki Melayu dari Malaysia yang baru 2 bulan bekerja di Perth. Dia bekerja dengan syarikat Technip. Dia pun kenal dengan Dato Burn! Glamour betul Dato Burn kat Perth ni ya? He he..
landmark nak ke surau Harbour Town
Selesai solat baru la agenda keluar masuk kedai berlaku. Macam-macam outlet la ada kat Harbour Town ni. Nike pun ada. Ada jugak usha-usha Corelle tapi tak nampak pulak. Akhirnya kitorang semua tersangkut dalam outlet Cotton On dengan agak lama.  
tak crowded dengan shoppers...weekend tak tau la macamana...
Daripada cuaca tengah hujan sampai la nampak matahari petang kitorang ada kat Harbour Town tu. Dato Burn pulak dah janji akan amik kitorang di depan City Stay Apartment dalam pukul 6 lebih. Kebetulan ada guest dia yang tinggal di situ. Jadi lepas hantar tetamu dia balik ke apartment, dia terus amik kitorang pulak untuk pergi beraya dia rumah orang-orang Melayu lain di sekitar Perth ni.
beraya di rumah keluarga Pak Yazid!!!
Kitorang dibawa ke rumah Pak Yazid untuk berhari raya! Keluarga Pak Yazid dan Mak Yazid ni berasal dari Kepulauan Cocos. Kat mana Kepulauan Cocos ni? Tengok la Google Maps ya. Bawah Pulau Jawa dan di selatan Barat Daya benua Australia kalau tak silap aku. Memang ramai orang-orang berbangsa Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Indonesia yang tinggal dan menetap di Kepulauan Cocos dan jugak Christmas Island.

Segala jenis kuih raya yang ada kat Malaysia ni memang ada kat rumah Pak Yazid. Dan hampir semuanya Mak Yazid dan anaknya yang buat. Ada jugak kuih-kuih raya yang takde kat Malaysia. Memang sedap la hidangan raya kat rumah Pak Yazid ni. Ikutkan hati memang nak tapau je kerepek dan kuih raya tu..ha ha. Memang kelas! Ni yang buat aku berangan nak pergi ke Perth lagi raya tahun depan ni...ha ha ha...Rumah Pak Yazid memang wajib pergi...boleh tak Pak Yazid dan Dato Burn? Gurau je...tapi kalau ada rezeki, nak la pergi kan...he he.

Dari rumah Pak Yazid, Dato Burn bawak pulak kitorang beraya kat rumah dia pulak. Memang meriah la. Tapi sebab perut pun dah hampir penuh masa kat rumah Pak Yazid, jadi kat rumah Dato Burn kitorang dah tak boleh nak push makanan masuk dengan agak banyak. Layan nasi himpit dan lemang dan jugak kuih raya. 

Kat rumah Dato Burn kitorang dikenalkan dengan Fazilah; isteri Dato Burn yang menguruskan percutian kitorang ni dan jugak anak Dato Burn; Farah dan jugak Tok Ali yang bekerja sambilan dengan Dato Burn.

Acara bebas hari ni berakhir lepas Dato Burn hantar kitorang semua balik ke rumah Che Eton untuk berehat dan tidur sebelum memulakan agenda hari kedua esok pagi! Sejuk oo nak tidur..jangan lupa pasang heater dan pakai selimut tebal ok!

1 comment:

mike alsiaki qader bentaha said...

Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...