Thursday, August 2, 2012

Penimbang Berat Mudah Alih

Assalamualaikum

Portable weighing scale ni wifey beli di laman web Amazon.com, sebagai hadiah untuk aku. Senang kalau nak jalan atau bercuti ke mana-mana, terutama sekali bila menggunakan sistem pengangkutan yang sangat menitikberatkan jumlah berat bag yang kita bawak. Biasanya, naik kapal terbang la kan.
Eat Smart portable weighing scale
Memang sangat membantu bila ada alat-alat bersaiz kecil dan mudah dibawa macam ni. Tak perlu risau bila dah sampai kat airport nanti baru la nak timbang beg. Kita boleh terus timbang beg kita sambil-sambil packing barang tu. Dan terus boleh check-in luggage kita dengan senang hati sebab kita dah tahu berat beg kita tuh memang dalam had yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Takdelah nak kena bayar berat beg yang berlebihan yang agak mahal tu kan. 
Macam yang wifey belikan aku ni, berat maksimum yang benda ni boleh sukat adalah 50kg. Kalau nak timbang kucing boleh la ni kan... he he he. Dan bacaannya adalah dalam unit kilogram dan jugak paun. 
EatSmart Precision Voyager ini berfungsi menggunakan kuasa bateri kecik 3V. 
Kalau search kat internet, rasanya banyak lagi product macam ni dari pelbagai jenama lain. Aku cuma nak berkongsi maklumat dan spesifikasi alat penimbang yang aku ada ni je. Mesti ada jenama lain yang lebih canggih dan harga lebih murah kot. 
bateri 3V
Yang wifey belikan aku ni aku dah lupa berapa USD harganya. Setakat ni memang berfungsi dengan baik dan takde masalah. 
battery slot

1 comment:

Wan said...

Alat penimbang ni dan banyak sellers dari Malaysia. Cek kat www.qoo10.my.
Search "luggage scale". Pastu sort ikut "Low to High" untuk senaraikan dari termurah hingga tertinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...