Monday, August 20, 2012

Malaysia, LCCT - Australia, Perth International Airport

Assalamualaikum

Dulu masa sekolah mak ayah suruh belajar betul-betul sampai boleh sambung belajar ke universiti kat luar negara takmo dengar. Kalau tak sure boleh buat ucapan hariraya di perantauan. Lepas tu muka kau terpampang kat semua suratkhabar posing dengan baju melayu siap bersampin kan.

Bila dah tua dan bangka macam ni baru la sibuk nak merasa beraya kat oversea! Nak kena buat posing macam student jugak la kot nanti! 

Apa-apa hal pun, tak sabar nak meredah suhu musim sejuk pada jam 5 pagi kat Perth nanti. Tengok berasap ke tak mulut kau! Dah la pukul 3 pagi nanti ada EPL game between Everton and Manchester United! Terpaksa la tanya steward keputusan perlawanan tu sebelum kapal terbang AirAsia X Airbus 330-300 mendarat di Perth nanti! Itupun kalau dia ada access untuk mendapatkan berita tu la kan.

Cerita nak terbang hari ni agak kelam-kabut. Aku dan wifey bertolak dari KL ke Nilai hampir pukul 5 petang. Confident je semua barang dan beg yang perlu dibawa dah masukkan dalam Piji. Aku drive dengan penuh berhemah dan tak laju pun. Dekat pukul 6 petang sampai la ke Nilai.

Janji dengan teksi yang nak bawak kitorang (aku, wifey, ibu mertuaku dan adik iparku) ke LCCT tu pukul 8 malam. Ni gara-gara takde orang yang available untuk hantar kitorang ke airport la ni.

Bila wifey buat last minute check up, baru dia perasan yang satu beg pakaian untuk dipakai malam ni takde! Memang takde! Dalam Piji pun takde jugak! Aku rasa memang sah tertinggal kat KL ni. Tak membuang masa, aku pun amik kunci Piji dan terus shoot ke KL semula untuk amik beg tu. Dah la aku tak solat Asar lagi! Memang dah bawak agak kurang berhemah sebab menggunakan maximum speed limit kat lebuhraya dah. Ada la sekali-sekala cecah 120km/j, bagi aku dah sangat laju tu yer...walaupun bagi ramai lagi pemandu kat Malaysia ni, apa barang 120km/j kan? 200km/j la baru laju...

Selamat sampai kat rumah dalam pukul 7 senja, dalam keadaan cuaca hujan. Solat asar cepat-cepat dan masa aku masuk dalam rumah memang dah ternampak elok je beg yang ketinggalan tuh melepak kat tepi kerusi di ruang tamu rumah.

Lepas selesai solat asar, cepat-cepat aku bertolak ke Nilai semula. Wifey called katanya teksi akan datang pukul 2015, jadi aku tak perlu la rushing gila-gila. Nasib baik jalan pun tak sesibuk mana. Maklumla, ramai orang masih lagi kat kampung.

Aku selamat sampai kat Nilai dalam pukul 2000 lebih la. Terus solat maghrib dan lepas tu bersiap lebih kurang. Teksi pun elok je sampai kat depan rumah lepas aku selesai solat tu. Dekat jam 2030 kitorang bertolak ke LCCT dan sampai kat sana dalam pukul 2115. Fuuhh..Alhamdulillah...

Checked-in beg semua dan lepak kat McDonald's untuk alas perut sementara menantikan nak masuk balai berlepas. Aku solat Isyak kat surau di balai berlepas kemudian lepak-lepak kejap sebelum announcement untuk boarding call  bergema. Sempat lagi Dato' Burn text wifey mintak tolong belikan rokok kat kedai bebas cukai LCCT. Tapi kitorang dah masuk balai berlepas, jadi, tak sempat la nak tolong belikan...sorry ya Dato'...next time boleh la kot.

Aku dapat duduk tepi tingkap, macam biasa la kan, next to a Chinese couple. Wifey, mak and Nana duduk kat 3 seat tengah. Oh, lupa, pasangan suami isteri Cina tuh ingatkan aku ni student kat sana...ha ha...apa motif bitau ni? Nak bitau yang aku ni nampak muda remaja la tu kan kononnya... ha ha.

Jam 2355 lebih kurang, pesawat pun mula bergerak meninggalkan parking bay dan berlepas melalui runway mana ntah aku pun tak pasti, mungkin 14L kot sebab lepas take-off tu dia pusing ke kanan dan berpatah balik ke selatan.

Apa-apapun, lagi 5 jam aku akan mendarat di Perth International Airport! InsyaAllah.

4 comments:

Ninie Hanis said...

Salam, wah wah!! Seronoknya bercoti2 ye.time winter lak tuh sejuk!!

Selamat bercuti n hv fun okeh!

Mijoe said...

Salam Mummy Fahim!

nasib baik tak sejuk sangat. cuma angin je la yg buat terasa sejuk tu. takde angin, rasa boleh je pakai baju selapis..he he

Fahim ada kat stafford tak bulan March 2013 nanti? ha ha...

Ninie Hanis said...

Insyallah ada kt stafford. Mai2 jgn segan jemput dtg rumah.hihi.hadiah uncle mijoe insyallah soon smpai sbb sdg try contact org msia yg nk dtg sini. :)

Mijoe said...

plan asal macam nak gi tgk game kat OT, tgk la macamana...he he tapi tiket pergi balik dah settle dah..kah kah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...