Sunday, August 19, 2012

Jangan Makan Terlampau Banyak Di Hari Raya!!!

Walaupun dah 1 Syawal, tapi itu tak bermakna kita boleh pulun makan tak berhenti sesuka hati! Amal ibadah tak terhenti hanya setakat akhir Ramadhan. Amal ibadah tetap wajib kita teruskan sampai bila-bila selagi hayat masih ada.
Chukie...
Amalan ziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai jangan dilupa. Walaupun bermacam-macam hidangan dan kuih muih disediakan, kesihatan wajib kita jaga. Jangan sumbat selagi boleh sampai nak pecah perut. Jaga adab dan tatasusila kita ketika menjamu selera. 

Kang kalau dah terlampau kenyang, macamana nak gerak balik rumah!!!!!
woiii bangun la!!!!
Nak drive pun mesti mengantuk dan cepat letih. Makanlah berpada-pada. Hari raya disambut selama sebulan. Kadang-kadang dan mungkin jugak sekarang ni dah lebih dari sebulan jugak orang sambut raya dan buat acara rumah terbuka sambil-sambil nak asah skill memasak dan gunakan set pinggan mangkuk Corelle yang baru... 
Smokey pun tak larat nak bangun dah...
Ingat tu! Janganlah makan macam esok dah takleh makan dah yer... dan elakkan pembaziran! Ingatlah orang-orang (serta kucing-kucing) yang kurang bernasib baik. 
woii Chukie bangun la!!! kul berapa nak balik ni???

1 comment:

eita said...

banayk umah terbuka syawal ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...