Kelly 3572

Friday, August 3, 2012

Iftar Di Hotel Royale Chulan

Assalamualaikum

Tahun ni aku ditawarkan lagi sekali peluang untuk join majlis berbuka puasa anjuran office aku. Tahun lepas aku tak pergi sebab takde geng satu kepala join iftar tu dan tak sampai hati nak berbuka sedap-sedap sorang-sorang sedangkan wifey berbuka sorang kat rumah!

Tahun ni aku bertekad untuk join. Lagipun wifey memang suruh aku join, tahun lepas pun dia suruh join jugak. Aku je yang tak nak. Kebetulan pulak tahun ni ada geng satu kepala yang ikut, baru la bersemangat sikit.

Harga buffet berbuka puasa kat sini pada tahun ini ialah MYR108 seorang. Dan memang nampak berbaloi harga tu dengan pilihan hidangan yang ada. Banyak gila!!!! Tinggal larat atau tak je nak makan semua tuh...dewan solat pun sebelah je, luas dan selesa pulak tu!
skrin besar kat dewan iftar
Sambil-sambil menjamu selera tu kitorang semua layan Lee Chong Wei lawan Chen Long dalam perlawanan separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik. Gamat satu dewan tu bersorak dan memberi sokongan pada LCW.

LCW main dengan penuh bersemangat dan baik. Dia menang straight set untuk mencerahkan harapan Malaysia mendapatkan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. Lawannya di peringkat akhir nanti ialah musuh ketatnya, Encik Lin Dan. Good luck and all the best Chong Wei!!!

Aku makan takde la beria-ria sangat masa iftar ni. Kurang best sebab wifey takde. Kalau dia ada sekali baru la aku lebih berselera nak makan macam-macam. Dah la hari ni birthday dia. Aku rasa tak sampai MYR50 pun aku makan kot. Tapi sebab company yang bayar, takpe la kan. 

Aku balik dalam pukul 9.30 lepas habis game LCW tu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...