Sunday, July 22, 2012

Pembaziran Yang Boleh Dielakkan...

Assalamualaikum

Tengah syok belek-belek isi wallet, tetiba terjumpa resit bayar denda DBKL dan resit tol PLUS yang menyakitkan hati. Senang-senang je aku bazirkan duit akibat dari kecuaian aku sendiri.

Lepas tu teringat pulak kes kena bayar denda sebab parking Kelly kat parking bay residence lain. Duit lagi...

Jumlah kerugian untuk ketiga-tiga kes bodoh tu ialah MYR230.00 = MYR150 (DBKL) + MYR50 (PLUS) + MYR30 (Kelly). Daripada aku bagi duit kat diorang tuh, lebih baik aku gunakan duit tu untuk makan ataupun beli makanan kucing!

Kes DBKL tu aku akui kesalahan aku tu parking Kelly kat tempat yang dikhaskan untuk parking motorsikal. Cuma yang buat aku marah sikit tu (marah banyak sebenarnya) ialah kesalahan tu tak boleh dibuat rayuan untuk mengurangkan sedikit denda tu. Dah la aku bayar denda tu tak sampai seminggu selepas tarikh kesalahan tu pun. 

Itu baru satu hal, yang paling lawaknya ialah, kononnya kesalahan aku tu telah menyebabkan gangguan lalulintas. Padahal aku parking Kelly tuh depan pagar rumah aku yang bukannya laluan sibuk nak masuk KL pun. Dan masa kena saman tu, tengahari buta (2.39pm), hari berkerja yang aku yakin kawasan depan pagar kawasan rumah aku tuh agak lengang. Kalau kenderaan parking sesuka hati kat tepi jalan utama waktu malam tu takde pulak diorang nak saman? Padahal terang-terangan boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. 

Tak boleh komen lebih-lebih pasal ni kan? Diorang buat kerja semuanya betul kan... rasa nak saman, saman, kalau rasa malas, biarkan jer. Undang-undang ikut tahap kerajinan harian diorang kot... patutla Malaysia jadi macam sekarang ni. Takpe la, satu sen pun aku tak halalkan duit tu masuk ke akaun DBKL tuh. 

Kes PLUS tuh, aku tercicir tiket tol tu masa berhenti nak beli air kat R&R Nilai. Aku rasa tiket tol tuh terjatuh dari pintu Piji masa aku nak bukak/tutup pintu kot. Masa aku sedar tiket tol tu dah takde, aku dah dekat dengan tol Sungai Besi. Gelabah gila masa tuh, siap berhenti kat hentian sebelah Serdang untuk cari tiket tol tuh.

Elok-elok tol dari Nilai ke Sungai Besi MYR4.70, akibat kehilangan tiket tol tu, dah kena bayar denda MYR50 campur kadar tol dari Nilai ke Sungai Besi MYR4.70 = MYR54.70! Senang je kan PLUS buat duit! Padahal kos nak keluarkan sekeping tiket tol tu berapa sen la sangat. Saja je nak cari duit lebih kan? Patut la hutang tak selesai-selesai lagi sampai sekarang kot...

Ntah bila la Malaysia nak buat sistem lebuhraya bertol yang lebih canggih dari menggunakan Smart Tag tuh...guna pengimbas jugak tapi tak perlu perlahankan kenderaan, jalan je macam biasa. Kan lebih mudah, takde la risiko kehilangan tiket tol dan sebagainya.

Kes parking Kelly tu memang salah aku jugak la kan...ha ha ha. Sebab selama ni memang tempat parking tu kosong. Penghuni unit tu tak menggunakan sebarang kenderaan kot, tu yang aku parking Kelly kat situ. Dulu dah pernah mintak izin dengan pemilik parking bay tuh untuk letak Kelly kat situ, dan tuannya benarkan. Tetiba pulak satu hari tu jiran aku cakap Kelly kena clamp!

Aku syak mesti ada tenant baru masuk kot dan ada kereta nak parking kat parking bay tu. Melayang lagi MYR30 semata-mata nak mintak pak guard bukak clamp kat Kelly tuh. Nasib badan...ha ha ha...

Sekarang bila dah berniaga secara kecil-kecilan ni dengan sekelip mata sahaja aku dapat balik MYR230 yang aku hilang tuh. Bukan setakat MYR230, jauh lebih banyak dari jumlah tu. Betapa murahnya rezeki kalau berniaga dengan penuh etika ni. Semoga rezeki aku akan terus murah, suci, berkat dan halal!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...